CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3920|Reply: 9

Betapa Azabnya Gadis Ini Tersedu Setiap Dua Saat

[Copy link]
Post time 18-11-2015 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Januari lalu, seorang pelajar mengalami sedu yang dianggapnya biasa ketika dia dalam perjalanan ke sekolah.



Bagaimanapun, sejak itu hidup Emily Marsh mula berubah apabila sedu itu tidak berhenti sehingga kini, malah dia mengalaminya setiap dua saat.

Gejala itu, kata Emily, 13, turut berlaku walaupun ketika dia tidur. Pakar perubatan kebingungan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi Emily dan belum menemui penyelesaian bagi mengatasinya.

Seminggu sejak menyedari keanehan itu, kata Emily, dia menjalani beberapa ujian perubatan dan kesnya dirujuk kepada Hospital St Helier di Epsom, Surrey.

“Saya melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik,” katanya. Doktor juga, kata Emily, memberinya pelbagai jenis ubat yang setakat ini belum menampakkan sebarang hasil.

“Saya juga pernah mencuba kaedah rawatan hipnosis tetapi masih belum berhasil,” katanya. Dia juga mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan alternatif.

Kata Emily, selain menyakitkan, gejala itu memang memenatkan apabila terpaksa tersedu dalam kekerapan yang tinggi.

Disebabkan masalah itu, Emily diberi perlepasan setiap tengah hari di sekolahnya untuk membolehkan dia berehat sebelum menyambung semula pembelajarannya.



Sementara itu, ibu Emily, Cathy Barrett, 45, berkata dia rela mencuba apa saja kaedah perubatan asalkan anaknya kembali ke keadaan asal.-Daily Mail

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 11:31 PM | Show all posts
Kesiannya. Mmg terseksa tersedu setiap 2 saat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 01:04 PM | Show all posts
Nasib pihak sekolah faham masaalahanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 01:56 PM | Show all posts
Simpati.
Cuba restart otak itu. Biarkan Koma seketika.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita yang sedu jarang2 ni pun rimas je. Cepat2 teguk air.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 11:25 PM | Show all posts
tidur pun sedu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2015 11:39 PM | Show all posts
penatnya asyik tersedu.... sungguh terganggu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 04:38 PM | Show all posts
pergilah berbekam.makan kurma,minum habbatus sauda,buah delima,buah tiin,minum madu.zaitun,insyaallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 08:59 PM | Show all posts
ENT case agaknya

byk angin tu

ada gangguan makhluk halus

kahwin nanti hilang makhluk halus tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 05:26 PM | Show all posts
keciannye.... nak membesar agaknye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.049680 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list