CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 3

[Dunia] AS jual bom cerdik kat Saudi

[Copy link]
Post time 18-11-2015 10:04 AM | Show all posts |Read mode



WASHINGTON: Jabatan Negara AS meluluskan jualan bom pintar dan pelbagai senjata lain bernilai AS$1.2 bilion (RM5.3 bilion) kepada Arab Saudi bagi menokok bekalan senjata negara itu yang digunakan menentang pemberontak di Yaman dan serangan udara terhadap IS di Syria.

Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA), agensi di bawah kendalian Pentagon yang menyelaras penjualan senjata kepada negara asing, memaklumkan kepada Kongres pada Jumaat bahawa jualan itu sudah diluluskan. Kongres ada masa dalam tempoh 30 hari untuk menghalang penjualan itu, satu langkah formaliti kerana sebarang janji niaga biasanya sudah diperhalusi terlebih awal sebelum persetujuan dicapai.



Penjualan senjata berkenaan menzahirkan komitmen Presiden Barack Obama memperkukuh sokongan ketenteraan AS kepada Arab Saudi dan sekutu Ahli Sunnah di bawah panji Majlis Kerjasama Teluk selepas pentadbiran beliau sebelum ini memeterai perjanjian nuklear dengan negara Shiah, Iran.

Mengikut DSCA, penjualan senjata berkenaan akan membantu menokok bekalan senjata Tentera Udara Arab Saudi yang semakin susut kerana digunakan dalam pelbagai misi sekarang, serta sebagai stok masa depan. Program jualan senjata itu merangkumi 22,000 bom pintar dan bom pelbagai guna termasuk 1,000 GBU-10 bom dipandu laser dan lebih 5,000 unit kit Serangan Bersama untuk menjadikan bom generasi terdahulu menjadi senjata lebih canggih. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97655






p/s : baik nya AS...sokong sunnah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 10:09 AM | Show all posts


Us ni sekutu ahli sunnah wal jamaah ker? mazhab hambali ke syafie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 10:15 AM | Show all posts
monyet_2015 replied at 18-11-2015 10:09 AM
Us ni sekutu ahli sunnah wal jamaah ker? mazhab hambali ke syafie?



US sokong sunnah... rusia sokong syiah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:58 AM | Show all posts
Alhamdulillah..bolehlah dipakai untuk mengebom Yemen nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.358468 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list