CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4201|Reply: 23

[Jenayah] PDRM Tahan Bekas Pegawai Kanan Felda, Anggota IS

[Copy link]
Post time 17-11-2015 08:40 AM | Show all posts |Read mode
PDRM Tahan Bekas Pegawai Kanan Felda, Anggota IS                                Nov 16, 2015                217

Anggota Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman giat menjalankan tugas menghapuskan ancaman IS di Malaysia. (GAMBAR HIASAN)



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk penyelia kantin farmasi Kementerian Kesihatan di Petaling Jaya, Selangor dan bekas pegawai kanan di Felda Global Ventures (FGV) kerana disyaki terlibat dengan militan Negara Islam (IS) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM turut menahan dua lagi lelaki antara 9 hingga 13 November lalu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dikenali sebagai “Imam Mahdi”.

Menurut beliau, empat daripada suspek yang ditangkap berusia antara 22 tahun dan 40 tahun merupakan rakyat Malaysia manakala seorang lagi adalah warga Indonesia.

“Seorang daripada suspek yang ditangkap di Johor rakyat Malaysia berusia 22 tahun dan bekerja sebagai penyelia kantin farmasi Kementerian Kesihatan. Beliau merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas IS.

“Seorang lagi suspek merupakan warga Indonesia bekerja sebagai pembantu kantin di farmasi yang sama. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah ditangkap oleh anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang, Johor di bawah Akta Imigresen. Siasatan masih diteruskan ke atas suspek ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid berkata, seorang lagi suspek berusia 40 tahun yang disyaki terlibat dengan IS berasal dari Petaling Jaya merupakan bekas pegawai kanan di FGV yang telah menamatkan perkhidmatan di bawah Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) pada Ogos 2015.

Kata beliau, suspek berlepas ke Turki pada 21 Oktober 2015 untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas IS dan urusannya ke Syria diatur oleh seorang warga Somalia yang dikenali melalui twitter.

“Beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Turki pada 25 Oktober 2015 bersama-sama dengan sembilan warga asing dari etnik Uighur, Morocco dan Rusia sebelum diusir balik ke Malaysia,” katanya.

Khalid dalam pada itu memberitahu, dua suspek rakyat Malaysia berusia antara 28 tahun dan 30 tahun, ditangkap di Selangor kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas “Imam Mahdi”.

Menurutnya, suspek berusia 28 tahun disyaki merancang untuk melancarkan serangan di beberapa lokasi di Lembah Klang dan membunuh mana-mana pihak, termasuk ahli keluarga mereka sendiri yang cuba menentang perjuangan mereka.

“Suspek yang berusia 30 tahun bekerja sebagai penjual air soya merupakan bekas anggota sel Al Ghuraba, kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang pernah ditangkap pada tahun 2003 di Karachi, Pakistan.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dan mengesan saki baki anggota kumpulan ini. Kesemua anggota kumpulan “Imam Mahdi” ini mengunakan facebook untuk berinteraksi,” katanya.

Jelas beliau, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ni nak apa sebenarnya?  72 virgins?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:09 AM | Show all posts
Depa2 ni lah yg memalukan islam

antara penyebab islam berpecah belah

menimbulkan perspesi tak baik di mata dunia

semua angkara jarum2 halus yahudi

islam is a peace religion

i,m not J.I

i,m not I.S

i,m not syiah

i'm not wahabi

i"m not pas

i'm not pan

BUT I'M A MUSLIM

My references only holly Quran & hadis

Last edited by tagas on 17-11-2015 09:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:18 AM | Show all posts
Kesemua anggota kumpulan “Imam Mahdi” ini mengunakan facebook untuk berinteraksi

bukti jarum2 halus yahudi Mark Zuckerberg kan Sis Antu.

siapa suruh buat facebook
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:19 AM | Show all posts
I rase diorang just tak happy dengan life diorang. Then utopia agama yang teroris tue bawak pulak memang kena dengan kekosongan jiwa diorang. So, diorang pun terpengaruh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:29 AM | Show all posts
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk penyelia kantin farmasi Kementerian Kesihatan di Petaling Jaya, Selangor dan bekas pegawai kanan di Felda Global Ventures (FGV) kerana disyaki terlibat dengan militan Negara Islam (IS) baru-baru ini.


teringin nak tau nick diorang kat CI.

any leads?...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2015 09:33 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-11-2015 09:29 AM
teringin nak tau nick diorang kat CI.

any leads?...

ketidakpuasan hati memang wujuddi kalangan sesetengah muslim melihat
betapa gagalnya sistem sisiopolitik barat
dalam menyeimbangkan agihan ekonomi
dan kemakmuran dunia

sekalipun langkah menggunakan kekerasan
sangat tidak wajar, namun jika hanya itu
sahaja ruang yang ada untuk bertindak, pasti
ada yang akan terpengaruh juga

dunia tidak boleh memerangi ancaman kelompok
seperti IS hanya dengan menggunakan pendekatan
bom dan peluru, sebaliknya kaedah 'soft approach'
lebih diperlukan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:33 AM | Show all posts
Diorang ni.. kiamat nak dekat ke?? Only God knows.

Tapi ai tgk international event utk tahun 2016, 2018, 2020, 2025 punya la gah.. so illuminati tak jadi la nak ww3 gitu.. hiks

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg suka sertai keganasan ala jihad ni bagi pandangan aku lah..diaorg ni pendosa sebenarnya.pendosa yg kehidupanya xpernah mengkaji konsep keagamaan.

Diwaktu mereka disapa hidayah diri mereka merasa jijik dgn dosa lampau,tu yg masuk militan gitu,konsep konon jihad lpstu hapuskan dosa lampau agar lebih segera ke syurga.org gini mudah tpengaruh dgn perkara jihad2 ni.

Lagi2 kat luar negara,ada paki2 kat masjid hati2 lah.akak aku dh kena,laki baru masuk islam,pg masjid ada paki ckp n bcerita tentang jihad.teruas takut akak aku.nak mengaku anuti sunnah waljamaah pun xberani.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:55 AM | Show all posts
Pengganas ISIS ada di mana-mana. Penjual air soya di pasar malam pun boleh jadi seorang pengganas







Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:08 AM | Show all posts
Pastu romen dengan bitches, buat solat taubat dulu. Pastu romen lagi, dosa terhapus. Maybe lagi banyak usaha kot daripada buat letter of indulgence dengan pedri
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:09 AM | Show all posts
I harap diorang release bideo seks sambil solat diorang tue untuk penelitian uhhh ahhh yang halal
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:10 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 17-11-2015 10:08 AM
Pastu romen dengan bitches, buat solat taubat dulu. Pastu romen lagi, dosa terhapus. Maybe lagi bany ...

Kak Bedah ni kenapa?  
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak ini adalah agen CIA yang menyamar jadi ISIS versi berkerak sis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:14 AM | Show all posts

Kau belum baca lagik artikel neh?

http://www.nytimes.com/2015/08/1 ... y-of-rape.html?_r=0

I tak tau pulak dosa meromen boleh diampunkan lepas semayang sunat sebelum romen. Perkim lupa kot nak ajar weols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2015 10:18 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 17-11-2015 02:14 AM
Kau belum baca lagik artikel neh?

http://www.nytimes.com/2015/08/14/world/middleeast/isis-enshr ...

Ibadah katanya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 17-11-2015 10:14 AM
Kau belum baca lagik artikel neh?

http://www.nytimes.com/2015/08/14/world/middleeast/isis-enshr ...

Hahaha. Aku ada baca artikel ni dulu. Bestnya rogol kapir boleh hapuskan dosa, inilah kot sebab mengapa ramai bodoh2 luar sana sebok nak join ISIS sunni wal jamaah. Sebok bunuh kapir syiah mutaah tapi sindri lagi teruk rogol2 kapir boleh hapus dosa sebab Allah dan Quran setuju katanya.

Of course la pejuang ISIS forum ini harus klem ini hanya dakyah Yahudi nak burukkan Islam kan.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:34 AM | Show all posts
Mulayu yg join ISIS ni agama apa?
agama yg mencintai keamanan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
v(T.T)v replied at 17-11-2015 10:34 AM
Mulayu yg join ISIS ni agama apa?
agama yg mencintai keamanan.

Melayu yang terpengaruh dengan jarum2 halus yahudi katanya, katanyalah... Akak senyum sinis jah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
v(T.T)v replied at 17-11-2015 10:34 AM
Mulayu yg join ISIS ni agama apa?
agama yg mencintai keamanan.

Oh lagi satu, melayu yang dok laung awlohuakbar ke hulu awlohuakbar ke hilir. Agak2 agama apa mereka anuti tu sis? Akak syak agama islam lah kan sis? Tapi akak bet kompom2nya lah puak sunni ni akan divert kata bukan agama islam, tapi cuma menyamar sebagai penganut agama islam nan syumul... Akak senyum berganda sinis sis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.380091 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list