View: 12985|Reply: 145
|
[Tempatan]
Johor banjir , dalam masa yg sama air dicatu beberapa bulan
[Copy link]
|
|
Laporan menyatakan beberapa daerah dinegeri johor mengalami banjir seperti di simpang renggam tetapi yg sama daerah johor bahru dah dicatu air utk beberapa bulan sebab kekeringan empangan
ps
syukur la berlaku dijohor .. dah berbulan jawa johor busuk tak mandi tapi gigih berforum pon tak jadi topic utama berita tv3 jam 8 |
|
|
|
|
|
|
|
hhahahaha tu yg pelik.... apa hamjadah sgt xde air tapi hujan tiap tiap hari
tgk kat app rain alarm berduyun duyun hujan turon |
|
|
|
|
|
|
|
Ape lagi sultan bangsa johor?
Pi le angkut air dengan trak Mack ko yang baru beli hari tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
johor selamat dr hencapan sbb mb dia umno |
|
|
|
|
|
|
|
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Simpang Renggam dekat Kluang meningkat kepada 231 orang daripada 51 keluarga pada petang ini berbanding 212 orang pagi tadi.
Pegawai Daerah Kluang, Mohd Fuad Radzuan berkata, kesemua mangsa itu kini ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir berbanding enam pusat yang dibuka sebelum ini.
"Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana yang dibuka sejak pukul 7 malam, dua hari lepas dan menempatkan mangsa dari Kampung Haji Noor dan Kampung Sungai Rambai sudah ditutup pada 4 petang tadi," katanya ketika dihubungi.
Mohd Fuad berkata, setakat 5 petang ini, lima pusat yang masih dibuka adalah Dewan Kampung Paya Palembang yang menempatkan 75 mangsa, Dewan Kampung Kolam Air (65), SK Sungai Linau (22) Balai Raya Kampung Seri Maju Jaya (55) dan Dewan Orang Ramai Kampung Ithnin Maarof (14).
Sungai Machap kini mencatat paras berjaga-jaga dengan bacaan 7.18 meter, Sungai Benut pula pada paras bahaya dengan 6.05 meter manakala Empangan Machap berstatus berjaga-jaga dengan bacaan 16.98 meter, katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
haahkan. my friend tu air dicatu kemain lama dah |
|
|
|
|
|
|
|
Catu2 air pun tapi kena pastikan Singapure dpt bekalan. X boleh putus. Hidup Bangsa Joho ..!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Daerah pasir gudang dah 3 bulan catu air... sambung lagi 3 bulan air dicatu... tgh malam berebut tadah air dalam tong... sungguh siksa hidup....apa nak buat.. nak suruh tv3... utusan lapor..? Hmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya bagi mereka yang kene catuan air........memang terasa siksa kot bila takde air nie........ |
|
|
|
|
|
|
|
Itu bezanya bangsa yang bijak mengurus dengan melayu yang hanya bijak berkompang.
Pulau yang tak cukup air mentah tu pun boleh mengurus bekalan dengan baik, secure reserve etc.
Negeri yang diberikan tuhan nikmat melimpah ruah sampai banjir tapi tak tau nak manage....
Selayaknyalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
'bangsa johor' sendiri tak kesah kena catu air, yang penting, team bola diorang menang bola.
aku yang merantau kat sini geleng kepala je tengok diorang ni. dari bulan 9 kena catu. jadual nov-dis pun dah kuar.
ada rumours yang kata projek rapid kat pengerang puncanya. guna banyak air
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-11-2015 01:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ketap2 bibir puak2 tu baca komen kat thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
peYno replied at 14-11-2015 01:11 PM
ketap2 bibir puak2 tu baca komen kat thread ni
Ketap bibir sambil tiup semangat nasionalisme. Negara Joho Bangsa Joho |
|
|
|
|
|
|
|
sbb johor bukan selangor....
warga selangor disayangi ummah |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 replied at 14-11-2015 10:53 AM
Catu2 air pun tapi kena pastikan Singapure dpt bekalan. X boleh putus. Hidup Bangsa Joho ..!!!!
Hang punya komen mmg win
P/s: @kak_sue xmo ucap beribu2 tima kasih kt jawa jdt yg sanggup betkorban kena catu air demi pastikan kak sue sekeluarga x payah susah pyh angkut air newater naik flet? |
|
|
|
|
|
|
|
Tempoh catuan air paling lama
http://www.sinarharian.com.my/ed ... aling-lama-1.451542
MASTURAH SURADI
14 NOVEMBER 2015
Jaafar ( kanan) sentiasa memastikan bekalan air bersih cukup di kedainya.
KOTA TINGGI - Catuan air yang berlaku sejak empat bulan lalu membabitkan kawasan Felda Air Tawar 5 hingga Pengerang, dianggap tempoh paling lama pernah dialami penduduk kawasan terbabit.
Penduduk, Jaafar Roso, 40, berkata, apa yang menghairankan catuan air berlaku bukan pada musim kemarau saban tahun dialami penduduk iaitu sekitar Januari hingga Jun.
Dia yang juga pemilik kedai makan berkata, pada awal catuan air berlaku, ada peniaga tutup kedai kerana mengalami kesukaran ketiadaan air.
“Bila tak ada air, kami susah nak bersihkan kedai, memasak dan mencuci peralatan.
“Saya sendiri, terpaksa datang kedai waktu malam untuk melakukan kerja pembersihan dan setakat ni saya tak pernah lagi tutup kedai. Selain fikirkan nasib lapan pekerja, saya tak sampai hati hampakan pelanggan yang datang terutama untuk bersarapan,” katanya.
Menurutnya, sejak catuan bermula dia telah membeli empat tong untuk menyimpan bekalan air bersih.
Jelasnya, ekoran masalah catuan yang berlaku, penduduk terpaksa meminimumkan penggunaan air untuk aktiviti harian seperti mandi dan membasuh.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Papan Timur, Hamson Kasa berkata, sepanjang hampir 40 tahun tinggal di Felda itu, situasi ini pertama kali dihadapinya dalam tempoh lama.
Beliau berkata, hampir semua rumah penduduk di kawasan itu ada tong air untuk menyimpan bekalan air bersih.
“Menjadi harapan penduduk agar catuan air yang berlaku akan segera berakhir sekali gus dapat mengembalikan kehidupan normal penduduk kepada keadaan sedia kala,” katanya.
Terdahulu, penempatan di kawasan terbabit antara yang terjejas dengan masalah bekalan air mentah berikutan penurunan paras air berterusan di Empangan Sungai Lebam sejak beberapa bulan lalu.
Berikutan itu, Syarikat Air Johor Holdings Sendirian Berhad (SAJ) telah menjalankan operasi bekalan air berjadual bagi melanjutkan hayat simpanan air dengan bekalan air setiap dua hari sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah...diorgkan bangsa johor.bangsa yg gagah dan kayap....eh silap... kaya raya |
|
|
|
|
|
|
|
tak guna punya guan eng! |
|
|
|
|
|
|
| |
|