Edited by scarlett-jo at 12-11-2015 07:41 AM
Assalamualaikum w.b.t.
Saya dalam dilemma dan ingin meminta pendapat kawan2. Saya sekarang bekerja secara kontrak (companykata akan serap selepas 6 bulan tetapi sekarang dah cukup 6 bulan tapi masihbelum diserap) dengan sebuah company GLC (Company A). Masalahnya ialahsaya mendapat tawaran dari company lama (Company B) dengansedikit kenaikan gaji dalam 4 ratus tetapi tugas agak berbeza dengan dengantugas sekarang dan ada komisen. Company lama tawarkan percubaan 3 bln dan akan diseraptetap slps itu.
Dilema saya ialah, perlukah saya menerima tawaran Company B atau kekal dengan Company A sekarang?
Company A Kebaikan : 1. Medical benefit OK dan bagus (family) 2. Tugas yang dilaksanakan mencabar dan seronok 3. Lokasi company 20 minit dari rumah
Keburukan : 1. Kontrak (baru-baru ni kawan yg masih kontraksehingga setahun tidak diserap tetap) 2. Lebih kurang government (increment dalam RM250)
Company B Kebaikan : 1. Bos baik dan bertimbang rasa 2. Peluang untuk meningkatkan potensi diri (companyChinese) 3. Ditawarkan tetap
Keburukan : 1. Medical benefit so-so saja, untuk diri sendiri saja 2. Jauh dlm 30 minit dari rumah 3. Tugas baru dan perlu belajar
Mohon pandangan ye kawan2..Terima kasih
|