CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1030|Reply: 4

[Tempatan] STING rampas syabu 46 kilogram

[Copy link]
Post time 5-11-2015 09:22 AM | Show all posts |Read mode
STING rampas syabu 46 kilogram

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki termasuk tiga warga Nigeria dan merampas 46 kilogram dadah dianggarkan bernilai RM5 juta dalam satu serbuan di Puchong dekat sini, semalam.
Dalam serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu, polis menemui bungkusan dadah berkenaan disorok dalam beg-beg tangan wanita yang dipercayai diseludup ke negara ini dari China.
Kejayaan terbaru STING itu dikongsi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataannya yang dimuat naik ke laman Twitternya malam tadi.
"Syabas STING @PDRMsia tangkap 4 orang (3 warga Nigeria), rampas 46 kg syabu yang disorok dalam beg tangan wanita, di Puchong tadi. Go PDRM Go," katanya.
Khalid turut berkongsi kejayaan Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) menumpaskan lima sindiket judi ekor haram menerusi Ops Dadu Patin di beberapa daerah di Pahang, semalam.
"Syabas lagi STAGG @PDRMsia serbu 22 premis di Temerloh, Pahang. Tangkap 30 orang terlibat judi ekor haram. Go PDRM Go," katanya. Sebanyak 22 premis ekor haram di Temerloh, Mentakab, Kuala Krau dan Kerdau diserbu dalam operasi bermula jam 5 petang, semalam sehingga 8.30 malam tadi.
Ada di antara sindiket berkenaan dikesan beroperasi di rumah kediaman, kedai telefon bimbit, kedai barang runcit dan pengedar beras. Seramai 26 orang terdiri daripada ejen dan pencatat nombor ekor haram serta empat pembeli turut ditahan dalam serbuan itu. Kesemua mereka berusia antara 25 hingga 65 tahun.
Semua sindiket berkenaan dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM292,000 sebulan dengan purata keuntungan harian sebanyak RM25,850 dan aktif sejak dua hingga tahun lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94452
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 09:52 AM | Show all posts
masyuk tu keuntungan yg dorg dapat.. takkan xdpt nk suap barua2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga Nigeria lg.....:Zahid,tolong haramkn kemasukkan warga Nigeria ke M'sia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 10:31 AM | Show all posts
dadah ni senang je beli cam sayur kat pasar...tambh2 among gay communities...menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 10:42 AM | Show all posts
Dah lepas bawak masuk baru kena tangkap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.128264 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list