CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1375|Reply: 0

MINI Convertible Bakal Membuat Kemunculan Sulung Di Tokyo

[Copy link]
Post time 2-11-2015 05:16 PM | Show all posts |Read mode


MINI baru sahaja mendedahkan model terbaru MINI Convertible yang bakal membuat kemunculan sulungnya kepada orang ramai di 2015 Tokyo Motor Show yang akan bermula 29 Oktober nanti.

MINI Convertible ini adalah lebih besar berbanding model sebelumnya dengan tambahan 98mm panjang, 44mm lebar dan 1mm tinggi. Ianya juga mempunyai jarak tayar yang lebih besar (42mm hadapan dan 34mm belakang) dan juga wheelbase yang lebih panjang (tambahan 28mm).

MINI Convertible ini juga didatangkan dengan ruang bagasi 25% lebih besar pada kapasiti 215-liter apabila bumbung ditutup dan 160-liter apabila bumbung dibuka.

Bumbung kereta ini kini beroperasi dengan lebih senyap dengan mengambil masa 18 saat untuk dibuka atau ditutup sepenuhnya sehingga kelajuan 30km/j. Pelanggan juga diberikan pilihan untuk grafik Union Jack bagi fabrik bumbung kereta ini.

Satu tambahan warna baru yang ditawarkan bagi model ini ialah metalik Caribbean Aqua seperti yang dilihat dalam gambar.

Pada pelancarannya nanti, 3 varian enjin ditawarkan iaitu petrol 1.5-liter 3-silinder yang menghemburkan 134HP bagi model Cooper, petrol 2.0-liter 4-silinder yang menghemburkan189HP bagi model Cooper S dan juga diesel 1.5-liter 3-silinder yang menghemburkan 114HP bagi model Cooper D.

MINI juga bercadang untuk menawarkan pilihan enjin diesel 168HP dan petrol 2.0-liter turbo 228HP bagi edisi John Cooper Works tidak lama lagi.

Pilihan transmisi 6-kelajuan manual dan 6-kelajuan automatik bakal ditawarkan ke atas semua varian yang dikeluarkan bagi model MINI Convertible ini.


arenakereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055593 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list