CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7486|Reply: 95

[Dunia] Indonesia cadang perketat syarat kemasukan tenaga kerjanya ke Malaysia

[Copy link]
Post time 29-10-2015 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Indonesia cadang perketat syarat kemasukan tenaga kerjanya ke MalaysiaBernama |                                                 Oktober 29, 2015 13:22 MYT                    
                                            




                                 Menurut Jusuf dengan menjadi pekerja mahir, TKI layak untuk diberikan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta mendapat perlindungan insurans. - Gambar Fail

JAKARTA: Kerajaan Indonesia bercadang memperketatkan peraturan kemasukan rakyatnya untuk bekerja di Malaysia bagi memastikan tidak berlaku lambakan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di negara itu.

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata, antara peraturan yang dicadang oleh kerajaan republik itu adalah tenaga kerja yang akan ke luar negara terlebih dahulu dilatih dan mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.

Katanya, dengan menjadi pekerja mahir, TKI layak untuk diberikan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta mendapat perlindungan insurans.

"Kita harus ada aturan, (pekerja) harus ada skill (kemahiran) dan mereka harus diberi gaji minimum dan perlindungan insurans," katanya dalam wawancara khas dengan Bernama di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mempertimbangkan penguatkuasaan gaji minimum untuk golongan pekerja domestik kerana golongan itu juga memerlukan pembelaan.

Jusuf berkata, sebelum ini rakyat Indonesia banyak pergi ke Arab Saudi dan Malaysia untuk  menjadi pembantu rumah kerana gajinya adalah lima kali ganda jika dibandingkan dengan di Indonesia tetapi sekarang ini gaji pembantu rumah di Indonesia sudah naik sehingga Rp2 juta rupiah (kira-kira RM630).

Katanya, asas kepada permintaan gaji minimum untuk pembantu rumah adalah jika mereka mahu kerja di luar negara, gajinya hendaklah dua atau tiga kali ganda daripada pembantu rumah di Indonesia dan adalah tidak bermakna untuk mereka bekerja di luar jika gajinya lebih rendah daripada bekerja di negara sendiri.

"Dulu mereka pergi Rp500,000, sekarang mereka mahu RM1,000 kerana jika gaji yang dibayar sekarang adalah lebih rendah dari di Indonesia malah di negara ini juga sekarang susah untuk mencari pembantu rumah," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Indonesia juga sedang berusaha mengatasi isu kemasukan pekerja tanpa izin dari republik itu ke Malaysia.

Naib Presiden itu juga berkata, kemasukan pekerja tanpa izin sehingga sanggup bergadai nyawa adalah sesuatu yang tidak diingini oleh mana-mana pihak namun rakyat Indonesia sanggup ke Malaysia secara tidak sah kerana terdapat penawaran yang tinggi.

"Pekerja illegal (tanpa izin) kerana dua-dua suka (majikan dan pekerja) dan dua-dua salah ... jadi pekerja Indonesia salah, majikan di Malaysia juga salah dan seharusnya kedua-dua mereka dihukum," katanya.

Jusuf juga mengingatkan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia supaya menjaga nama baik dan bekerja demi kemajuan bangsa negara itu.

Katanya, peluang mendapat pekerjaan di negara asing adalah sesuatu yang membanggakan dan  rakyat Indonesia haruslah memanfaatkannya dengan membina hubungan baik sama ada dari aspek ekonomi, kebudayaan mahupun politik.
"Saya ingin mengucapkan salam tahniah kepada bangsa kita (Indonesia) yang berada di Malaysia dan marilah kita sama-sama bekerja untuk kemajuan bangsa kita ... kerana kita  punya sejarah bersaudara yang panjang dan Alhamdullilah, ini dapat kita jalin sebaik-baiknya," katanya lagi.

Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Okt lepas berkata kerajaan menggariskan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di Semenanjung dinaikkan mulai tahun depan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan.

Bagi pekerja di Sabah dan Sarawak pula gaji minimum dinaikkan daripada RM800 kepada RM920 sebulan.

Bagaimanapun gaji minimum itu tidak terpakai kepada pekerja domestik dan pembantu rumah. -Awani


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 01:55 PM | Show all posts
Bagus la.. kurang skit indon merempat kat malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh....yg naik tongkang tu boleh kawal jugak ker
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
yg illegal mmg susah nak kawal.. sebab mudah sgt nak masuk menyeberang..bak kata peyno wong pontian

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
naik tongkang terdampar pantai pontian hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:04 PM | Show all posts
syukur! kurang skit pendatang kt malaysia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2015 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokom jah..menyemak je ramai2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:07 PM | Show all posts
bengongkan patut malaysia yg amil pendekatan ni. ketatkan syarat pengambilan indon n jaga perairan negara. indon pulak yg susah payah.... stupid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 02:07 PM | Show all posts
patutnya malaysia la perketatkan kemasukan pekerja asing.
ini terbalik pulak. ko nak masuk rumah orang, tapi sibuk nak bagi syarat kat tuan rumah.
watdehel??
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:08 PM | Show all posts
malaysia ni yg loose sgt..suka2 je pendatang masuk..penuh dgn bangla indon mynamar nepal..semak la
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia la bodoh kalau ikot.
kita mmg perlukan maid tp takkan nak baya maid mahal2.  Abc pon x pandai

Unless i charge dia for
Lodging
Food n electric nak sangat gaji minimum kan.. rasakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:13 PM | Show all posts
ckp berdebik2


entah2kan perketat faraj utk serve   sini...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:16 PM | Show all posts
Elok la.. tapi fail jugak nanti.

Indon luv Msia so much!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:18 PM | Show all posts
Cakap senang ar
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:25 PM | Show all posts
x yah dtg trus lg bagus....yg ada pun da semak mata memandang jerk
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:26 PM | Show all posts
gomen indon patut demand gaji minima RM2500 sebulan dan kerja 5 hari seminggu  
juga bonus 2 bulan setiap tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kencang
Yg pasti Malaysia hadapi serangan illegal economics migrants hari2 beribu jumlah nya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:38 PM | Show all posts
mikasa replied at 29-10-2015 01:55 PM
Eleh....yg naik tongkang tu boleh kawal jugak ker

tu elok kasik bom.... tapi payah laa



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 29-10-2015 02:08 PM
malaysia ni yg loose sgt..suka2 je pendatang masuk..penuh dgn bangla indon mynamar nepal..semak la

mmg niat nk ramaikn lg sedara ssrumpun haprak.
tu yg sambil lewa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:41 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 29-10-2015 02:07 PM
patutnya malaysia la perketatkan kemasukan pekerja asing.
ini terbalik pulak. ko nak masuk rumah or ...

Itu membuktikan bahawa calon prt lebih pintar drp calon majikan. Kenapa tidak ya.  Dari sana maunya datang ke sini, janji mau jdi prt. Calon majikan udah keluarin biaya yg tidak sedikit, dlm rupiah jumlahnya juta2an.  Eh.... udah 3 bulan, prtnya kabur. Majikn yg rugi menggigit jari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071054 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list