Perkembangan fesyen terutamanya modest fashion semakin meningkat dan diterima ramai. Lantas ia dijadikan sebagai fesyen identiti yang stylish namun masih mengekalkan kesederhanaan.
Diwakili oleh 4 buah negara seperti Jepun, India, Korea Selatan dan Indonesia setiap pereka menyempurnakan kepakaran masing-masing untuk menggabungkan teknik khas ilham pereka tersendiri.
Seperti salah seorang pereka Indonesia Hannie Hananto dengan tema 'New Janesia', dia menggabungkan batik Jogjakarta dan memuatkan elemen warna kuning didalam sentuhannya. -CARI Infonet.