CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10828|Reply: 74

[Tempatan] Pegawai Wanita Rusia Cantik Yang Bekerja Di Malaysia Ini Tidak Mahu Balik

[Copy link]
Post time 25-10-2015 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Pegawai Wanita Rusia Yang Bekerja Di Malaysia Ini Tidak Mahu Balik
Sabtu, 24 Oktober 2015
Nurulwahida Othman | Thevocket.com

Seorang pegawai akhbar Kedutaan Rusia sudah jatuh cinta dengan Malaysia. Selepas tiga tahun bekerja di Kuala Lumpur, beliau mencintai dan selesa tinggal di sini.


Choy May Choo, Malay Mail


Polina Matveycheva, juga naib johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 mengakui cuaca sejuk dan bersalji di Rusia — sehingga mencecah 25 darjah Celsius bawah paras beku  — sering merisaukannya dan sentiasa menggamitnya pulang ke Malaysia.

Pertandingan pidato itu, yang diadakan di Kuala Lumpur, terbuka kepada pelajar-pelajar di serata dunia yang mengambil pengajian bahasa Melayu. Sejak itulah, gadis berambut perang ini berkenalan dengan Malaysia.

“Saya sudah biasa dari kanak-kanak tidak suka salji, tidak suka hujan. Bila saya balik Moscow pada musim salji, tidak boleh tahan.

“Saya suka salji tetapi hanya pada hari pertama. Lepas itu, rasa hendak balik Malaysia. Tidak boleh tahan,” katanya ketika ditemubual oleh ProjekMMO, Sabtu lalu.

Mengakui jatuh cinta dengan masyarakat dan budaya Malaysia, Matveycheva berkata berat kakinya untuk meninggalkan negara ini kelak apabila tempoh perkhidmatannya di kedutaan tamat dua tahun lagi.

Beliau memuji Malaysia. Di matanya, negara ini sememangnya indah dan mempesona sebagaimana yang diceritakan pensyarahnya sewaktu menuntut di Moscow University of Oriental Studies tiga tahun lalu.

Choy May Choo, Malay Mail


“Mungkin saya akan balik Rusia dua tahun lagi tetapi saya sangat suka di sini dan sekarang saya tidak mahu balik.”

“Saya suka Malaysia. Di sini semua orang senyum kepada orang yang tidak dikenali. Di Rusia tidak begitu. Kalau tidak kenal orang, kalau senyum pada mereka, rasa pelik. Di sana tidak sama,” katanya.

Ditanya perbezaan ketara antara budaya Malaysia dan Rusia, gadis 24 tahun itu berkata warga Rusia sangat mementingkan masa dan segala perkara mahu disiapkan segera.

Anak tunggal kelahiran Moscow berkata menetap di Malaysia memberikannya sedikit ruang dan tidak perlu tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu.

“Gaya hidup di Moscow sangat berbeza, semua mahu cepat. Di sini relaks sedikit. Di Rusia sangat menepati masa. Bila saya baru datang ke sini sangat luar biasa.”

“Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.”

“Di Rusia, kalau tidak panggil balik, orang akan marah. Kenapa tidak panggil balik sebab sudah berjanji. Perkataan paling popular di sini, ‘tak apa’,” katanya, sambil tersenyum manis.

Lulusan pengajian Timur ini juga menggemari masakan pedas dan kuih karipap namun cuba mengelak menikmati nasi lemak kerana bimbang menjadi gemuk.

Choy May Choo, Malay Mail


“Saya suka karipap dan sambal. Nasi lemak juga suka tapi tidak baik untuk badan, saya takut jadi gemuk. Hanya sekali dalam beberapa bulan,” katanya, yang menghabiskan masa di gimnasium tiga kali seminggu.
Peminat filem “Ibu Mertuaku” dan “Penarik Beca” lakonan Tan Sri P Ramlee, Matveycheva  gemar melancong. Kedudukan Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara memudahkan beliau menikmati negara-negara jiran.

“Saya sudah melawat Bali, Kemboja dan Thailand. Lokasinya hampir dengan Malaysia. Tidak seperti di Rusia, negaranya besar, terpaksa terbang lapan jam untuk ke Vladivostok dari Moscow,” katanya, merujuk kepada dua kota besar Rusia yang jauhnya hampir 9,300 km.ss

“Di sini, saya sudah melawat Langkawi, Redang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Baru. Belum ke Sabah dan Sarawak tetapi mahu ke sana.”

“Saya orang Rusia. Di Moscow tidak ada laut. Bila saya di Rusia beberapa tahun tentulah saya mahu ke laut, berjemur. Orang Rusia suka begitu,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
org mesia lak.. mau migrate ke obersi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 09:37 AM | Show all posts
“Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.”


kahkahakah...perli ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 09:38 AM | Show all posts

die x taw ka kos hidup tinggi kt malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 09:38 AM | Show all posts
belum pi bank pertanian,sejam nunggu walau customer 5 orang
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 09:38 AM | Show all posts
“Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.”

ni staf gomen tolong jawab,najib dah bagik imbuhan dh,,sila2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat sini keje sambil lewa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 10:01 AM | Show all posts
Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.”

budaya tempatan lni  budaya yahudi....semua budaya yahudi ada dalam budaya di sini..disini adalah tempatnya  yahudi tulen berada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg suka winter tahap beku. Masuk public toilet nk membuang pun payah..

..Alhamdulillah sini panas pun bleh berkipas beraircond..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 10:08 AM | Show all posts
gila ka nak expect staff gomen panggil balik?... after 5 minutes?.... tak Malaysia lah kalau macam tu....


aku punya tax refund berbulan2 dorang peram rupanya tunggu aku follow up. Lepas follow up rupanya nak tengok resit zakat. Dah sebulan senyap aku call lagi dah dihilangkannya suruh aku email lagi.

Lepas entah berapa lama aku call lagi org lain jwb boleh dia tanya aku balik kenapa tunggu lama sgt baru nak call

see, aku juga yg salah....

I love Malaysia too sbb xde snow...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Yela..aku klu cuaca panas berbahang mmg teingin ni nk duduk oversea.tapi bila mai hujan lebat sampi sejuk air pon xtahan jgk.sejuk sampai ketulang..
Kesimpulannya syukurla Malaysia xde cuaca melampau.panas bole pasang aircond..sejuk2 hujan just tarik selimut jahh.xdela smpi kering kulit menggelupas bagai cm musim salji
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 10:31 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-10-2015 10:08 AM
gila ka nak expect staff gomen panggil balik?... after 5 minutes?.... tak Malaysia lah kalau macam t ...


............... kalau pasal LHDN tu ..... rasanya karma uls kot .... kak lid dapat jer refund dlm 3k++ selepas submit e-borang dalam 1 bulan lebih  .. tak mintak tak apa ...


satu lagi ... kalau tuntutan kamu meragukan lhdn atau  kalau dia mahu audit kamu .. pun ia jugak ...


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kawin la dgn org sini
bol
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 10:57 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-10-2015 10:31 AM
............... kalau pasal LHDN tu ..... rasanya karma uls kot .... kak lid dapat jer refund dl ...

malas nak citer detail dulu2 saya biasa terlebih bayar sampai 40k dapat refund sekelip mata no questions asked



last year sbb banjir ujong tahun i terpaksa bayar kat JAWI instead of MAIDAM


fine dorang nak tengok resit tapi tak minta until i called. (saya submit online). dah submit no actions kena follow up 4/5/6 kali pegawai selalu out stn. Bila pegawai audit dah puas hati saya sangkakan semua dah settle. rupanya saya juga yg kena follow up dengan bahagian pembayaran.


Meka siap cakap duit encik ada jgn takut. masa tu lah saya apply ilmu melahar yg saya pelajari di porum


Itu kita minta duit kita dipulangkan, bukan minta BRIM pun....












Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 11:00 AM | Show all posts
winter sejuk siut sana.. campak air menggelegak ke bawah terus jadi salji

tak mau balik rusia masuk melayu terus kawin dgn jutawan mesia la... macam olga juara pidato rusia tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 11:00 AM | Show all posts
kalau lelaki, ramai forumer2 ckp rembes la, merecik la.

ni xde sape ke nk meleleh air liur dan puja puji cantiknya dia ni?


me syak forumer ramaiiiiii perempuan je dlm forum cari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2015 11:03 AM | Show all posts
actually bukan melahar sgt pun....

cuma being sarkastik ingatkan gomen dah takde duit....

termakanlah juga dakyah media so sial.... ;p

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 11:04 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-10-2015 10:08 AM
gila ka nak expect staff gomen panggil balik?... after 5 minutes?.... tak Malaysia lah kalau macam t ...

org gomen ni memang tido... bila komplen diorang pun serang kita balik kat blakang... salah tak nak ngaku. saya pun sudah biasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 11:28 AM | Show all posts
xde gambar pun...

“Saya suka Malaysia. Di sini semua orang senyum kepada orang yang tidak dikenali. Di Rusia tidak begitu. Kalau tidak kenal orang, kalau senyum pada mereka, rasa pelik. Di sana tidak sama,” katanya.


based on above quote, i nk kata,'yelah tu'...

xdenya mesra sgt pun rkyat msiA,, propa lebih..

i suka je cuaca sejuk.. jom tukar kerakyatan dgn i.. jom..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 11:30 AM | Show all posts
gomen putrajaya ada yg mcm taik perangai... bkn semua kot, tp yg i terkena..

ok sekian luahan jujur...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.427507 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list