CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20784|Reply: 5

Seni Bina Rumah Melayu Tradisional

[Copy link]
Post time 23-10-2015 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.

Sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra / Pribumi lain di Borneo dan bahagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.


Rumah Pisang Sesikat

Bentuk bumbung seperti V terbalik diperkenalkan. Pada pertemuan di sebelah puncak tutup bumbungnya dipisahkan oleh banir yang dipanggil tulang perabung.  Bentuk bumbung ini dikenali juga dengan bumbung lipat kajang atau bumbung panjang. Selepas kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris, rumah berubah bentuk kepada bentuk limas atau bumbung Belanda.


Bumbung lipat kajang

Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka lahirlah rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan lain-lain.

Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya.

Jenis-jenis Rumah Melayu


Di Johor, rumah potong Belanda atau  Rumah Limas


Di Kedah dan Perlis, rumah Melayu yang berbumbung  panjang dikenali dengan Rumah Serambi Kedah atau kadangkala dipanggil, rumah panjang sahaja.


Di Melaka rumah bumbung panjang juga dikenali dengan Rumah Serambi Melaka dan terbahagi kepada rumah tiang dua belas dan rumah tiang enam belas.


Di Pulau Pinang dan Seberang Prai, rumah berbumbung panjang ini dipengaruhi oleh senibina rumah panjang di Melaka.


Di Terengganu, terdapat dua jenis rumah bumbung panjang iaitu rumah tiang dua belas dan rumah bujang.


Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, rumah bumbung panjang dipengaruhi oleh senibina rumah bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan.


Di Perak, rumah bumbung panjang dikenali dengan Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani.

Keunikan Seni Bina Rumah Melayu Tradisional


Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya.  Kebanyakkan masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang diwarisi turun temurun. Kelebihan itu digunakan dalam menghias senibina rumah Melayu ini.


Tebar Layar dengan hiasan motif kosmos




Bahagian anjung rumah di pasang dengan ukiran larik.





Kekisi tingkas diukir dengan ukiran tebuk tembus membantu peredaran udara yang baik.

sumber : AnjungLaman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 02:04 PM | Show all posts
cantik cantik... saya suka rumah melayu tradisional, penuh dengan kesenian~~
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 02:46 PM | Show all posts
zaman skrg ni, masuk kawasan kampung pun dah sukar nk jumpa rumah-rumah tradisional lama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 02:48 PM | Show all posts
cantik yg ni

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 09:12 AM | Show all posts
bestnya rumah sesikat pisang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik..

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.634841 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list