CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16963|Reply: 101

[Tempatan] JAKIM: Sijil halal roti jenama Sweetie ditarik balik

[Copy link]
Post time 23-10-2015 08:11 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA 22 Okt. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan menarik balik sijil pengesahan halal bagi roti jenama Sweetie keluaran syarikat Today Bakeries Products (Klang) Sdn. Bhd. sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Isu Sosial Bahagian Hab Halal Jakim, Marzita Ibrahim, penarikan semula sijil halal tersebut hanya melibatkan produk yang dihasilkan di kilang milik syarikat itu di Klang.

"Jumlah keseluruhan kilang di bawah syarikat tersebut ialah sebanyak lima buah di seluruh negara namun, hanya produk dihasilkan di kilang di Klang sahaja ditarik balik sijil halal kerana berlaku isu pelanggaran manual dan standard Pensijilan Halal Malaysia melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan.

"Kita telah menarik balik sijil ini sejak 13 Ogos lalu selepas satu serbuan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di kilang berkenaan dan hanya kilang itu sahaja yang dikenakan tindakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran secara meluas di media sosial mengenai penarikan balik sijil halal kelua­ran syarikat terbabit terutamanya roti jenama Sweetie di pasaran.

Sehubungan itu, Marzita berkata, pihaknya memberi tempoh masa selama tiga bulan bagi syarikat tersebut untuk membuat permohonan semula sijil halal daripada Jakim.

Pada masa sama, kata beliau, pihaknya juga akan menunggu terlebih dahulu keputusan Kementerian Kesihatan mengenai tahap kebersihan kilang tersebut sebelum membuat keputusan lanjut.

Dalam pada itu, katanya, bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung status halal produk keluaran syarikat tersebut melibatkan kilang lain, pihaknya mengarahkan syarikat berkenaan memohon sijil halal secara berasingan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Woww...company iols keja pnya customer ni..

Ada org nk merempan mcm isu secret recipe x kali ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:16 AM | Show all posts
roti ni aku selalu makan ni...ngeeee..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:17 AM | Show all posts
bila air mineral bertopengkan ayat2 alquran ditarik lesen?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:18 AM | Show all posts
kes kotor lagi ker???
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:18 AM | Show all posts
ohhh m geeee..
my fav roti pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Roti ni sedap, tapi kalau boleh dikurangkan manis pada inti dia tentu lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh fevret i ni...slalu beli kt bai naik moto..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap lah yang inti kacang merah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyum2 roti sweetie coklat.kalau pg umah akak kat shah alam mesti beli.sbb kat tempat umah aku sini xda..laki aku lah dok pkenalkan dia ckp masa blaja uitm selalu mkn roti ni dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:33 AM | Show all posts
aechae replied at 23-10-2015 08:15 AM
Woww...company iols keja pnya customer ni..

Ada org nk merempan mcm isu secret recipe x kali ni?

Patutlah lama tak nampak roti favourite iols kat kedai




Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:43 AM | Show all posts
sepatutnya diwar² untuk pengatahuan rakyat malaysia........ melalui tv contohnya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
hm. saya buat sendiri roti.
tapi harap2 tepung roti tu halal (takde tulis halal)
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:50 AM | Show all posts
sofiazara replied at 23-10-2015 08:43 AM
hm. saya buat sendiri roti.
tapi harap2 tepung roti tu halal (takde tulis halal)

eleh.. ye je buat sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tentera_laut replied at 23-10-2015 12:50 AM
eleh.. ye je buat sendiri..

kikiki
jarang beli
bread maker kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 09:02 AM | Show all posts
dulu slalu makan sweetie ni..skrg jarang jumpa sweetie ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 09:12 AM | Show all posts
alamak. den suka makan yg kastad tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-10-2015 08:33 AM
Patutlah lama tak nampak roti favourite iols kat kedai

Xda kena mengena dgn comp weols okeh...ktorg supply flavor jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa roti sweetie inti choc favourite kot.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tau xpe korang. Roti ni la roti murah sekali siap ada macam2 perisa lagi. Comel.
Boleh simpan untuk backpacking.

Cepatle kilang ni apply balik.. huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.613828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list