PENYANYI pop Rihanna merasakan dirinya tidak selamat ketika berada di puncak kejayaan. Penyanyi lagu Umbrella ini tidak mahu berada di zon selesa dan sentiasa berfikir langkah seterusnya dalam kerjaya.
“Saya pernah merasakan tidak selamat apabila sudah berjaya. Rasa seperti akan jatuh kerana semua ini boleh berakhir.
“Walaupun sekarang ini semua orang meraikan kejayaan saya, namun saya harus fikirkan langkah seterusnya. Saya tidak mahu hilang dalam kejayaan yang selesa ini,” ujar Rihanna kepada T Magazine.
Bercakap soal peribadi penyanyi berusia 27 tahun ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Chris Brown. Namun hubungan mereka terputus selepas Brown dikatakan bermain kayu tiga.
Kini Rihanna dikaitkan punya hubungan rapat dengan rapper Travis Scott. Bagaimanapun menurut sumber, Rihanna bimbang pisang akan berbuah dua kali.
Pergaduhan Rihanna dan Brown pernah menjadi kisah sensasi kerana dia dibelasah oleh lelaki tersebut.
“Rihanna selalu fikirkan dirinya seorang wanita yang sukar dijinakkan oleh lelaki. Namun apabila bercerita tentang Chris Brown dia sering menangis, membiarkan lelaki itu menipu dan menerimanya kembali.
“Rihanna cuba untuk tidak jatuh cinta dengan Travis. Dia takut perkara yang sama terjadi dahulu berulang lagi. Dia melihat ciri-ciri Brown ada pada Travis.
“Dia juga kerap berjumpa dengan lelaki lain sebagai pelindung untuk meletakkan perasaan terhadap Travus. Bagaimanapun dia sebenarnya sangat menyukai Travis,” jelas satu sumber kepada Hollywood Life.
Rihanna takut ‘pisang berbuah dua kali’ andai mencintai Travis Scott.
manggaonline
|