View: 1908|Reply: 0
|
Dapatkan Bentuk Pinggul Idaman
[Copy link]
|
|
Untuk mendapatkan bentuk pinggul idaman, anda perlu mengamalkan senaman yang betul sahaja. Ada pelbagai cara untuk membolehkan impian anda itu terlaksana terutama sebelum berlangsungnya majlis berbahagia. Pilih masa yang sesuai dan pasti kan anda membuat senaman ini secara berkala untuk pinggul yang menarik dan tidak lebar lagi. Selain senaman, kurangkan makanan berlemak di dalam diet anda.
Senaman Kaki
Sambil berdiri, ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri dan paha anda dalam keadaan mendatar. Pasti kan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri anda atau tinggikan sedikit kedudukan kaki kiri anda. Kaki kanan anda pula dalam posisi membengkok sedikit dan badan anda tegak. Bertahan selama mana yang boleh dan ulangi langkah ini selama 5 minit pada kaki kanan pula.
Naik Turun Tangga
Selain daripada itu, anda boleh melakukan senaman dengan hanya menaiki tangga untuk turun atau naik. Dengan hanya melakukan senaman menaiki tangga selama 5 ke 10 minit sehari boleh mengecilkan pinggul dan dalam pada masa yang sama, ia baik untuk kesihatan anda. Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh membantu anda untuk membentuk otot betis dan paha sekaligus untuk pinggul anda. Namun, pasti kan anda tidak memakai kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci kerana tidak baik untuk kesihatan kaki.
Gunakan Trampoline
Jika anda mempunyai ‘trampoline’ dirumah, anda boleh juga menggunakannya sebagai alat senaman kerana ‘trampoline’ ini sangat baik untuk peredaran darah dan oksigen, pembakaran lemak dan kalori serta membentuk kaki dan pinggul yang cantik. Anda hanya perlu melompat paling kurang untuk setengah jam pada setiap sesi.
Elak Duduk Terlalu Lama
Jika anda bekerja, hindari daripada duduk di kerusi berjam-jam lamanya. Tabiat duduk yang lama tanpa ada sebarang pergerakan akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan terutama pada bahagian pinggul dan juga tulang belakang anda. Setiap 1 atau 2 jam anda perlu bangun untuk melakukan regangan dan ini sekaligus akan melegakan otot badan. Anda hanya perlu membongkok secara perlahan-lahan, sentuh kaki anda seterusnya bangun sambil melepaskan nafas. Cuba beberapa kali sebelum anda meneruskan kerja semula, ini juga penting untuk bakal pengantin agar badan sentiasa cergas sebelum dan selepas berkahwin.
Kurangkan Berat Badan
Salah satu sebab yang mempengaruhi bentuk pinggul adalah berat badan anda sendiri kerana lemak-lemak yang berlebihan akan menyebabkan pinggul anda menjadi lebar dan gemuk. Jangan mudah berputus asa jika keadaan ini berlaku kepada anda, seperti dinyatakan sebelum ini kawal pemakanan anda supaya anda tidak mengalami masalah ini. Amalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh.
Jangan Pakai Seluar Dalam Ketat
Memakai seluar dalam atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggul kerana mitos mengatakan yang memakai pakaian ketat boleh membuat pinggul nampak menonjol tetapi sebaliknya bentuk pinggul akan menjadi tidak sekata atau tidak rata. Gunakan seluar dalam atau pakaian yang longgar di bahagian pinggul agar otot-otot di bahagian ini tetap terjaga bentuknya.
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|