CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2015|Reply: 0

SHANTY pilih Reza Rahadian

[Copy link]
Post time 16-10-2015 02:42 PM | Show all posts |Read mode


SETELAH lima tahun tidak begitu aktif di industri muzik Indonesia, Shanty muncul dengan single terbaru berjudul Bukan Adam Hawa.

Jika sebelum ini nama meledak menerusi lagu Hanya Memuji berduet dengan Marcell (2000), kali ini Shanty berubah cita rasa kepada Reza Rahadian.

Bukan berduet dengan pemain filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu, mereka tampil intim sebagai pasangan bercinta dalam muzik video lagu tersebut.

“Saya perlukan seseorang yang bisa berlakon baik. Apatah lagi saya suka sangat lakonannya dalam filem Perahu Kertas. Saya juga peminat setianya,” ujar Shanty dalam satu temu bual semasa berada di Jakarta, minggu lalu.

Dengan pelancaran single terbarunya itu membuatkan Shanty harus berulang alik antara Jakarta dan Hong Kong. Setelah mengahwini ahli perniagaan dari Ecuador bernama Sebastian Parades, Shanty mengikut suaminya menetap di Hong Kong. Mereka memiliki dua anak,  Arjuna Lucio Paredes, 4 dan Enrico Satria Paredes, 2.

“Sudah lima tahun tidak rakam lagu baru, dengan adanya single ini andai ada urusan penting saya akan berulang alik dari Hong Kong ke Jakarta.

“Dua hari proses penggambaran muzik video di sini sangat menyeronokkan. Anda boleh lihat keserasian saya dengan Reza dalam muzik video Bukan Adam Hawa,” jelas pemilik nama sebenar Annissa Nurul Shanty Kusuma Wardhani Heryadie, 37.



Shanty mengagumi lakonan Reza Rahadian.


Sepanjang kerjaya, Shanty telah mengeluarkan lima album studio berjudul Shanty pada 2000, Persembahan Dari Hati (2002), Seperti Langit (2005), 9907 (2007) dan Bintang Utara (2010).

Lagu hits yang lain antaranya, Oh Kasih, Persembahan Dari Hati, Indah Hari Ini,  Takkan Habis, Di Belahan Langit Hati serta Tak Berawal Tak Berakhir.

Filem popular lakonannya, Berbagi Suami pada 2006 serta Laskar Pemimpi dan Red Cobex (2010). Lain-lain filem, Detik Terakhir (2005), Kala, Maaf, Saya Menghamili Isteri Anda, The Photograph (2007), Perempuan Punya Cerita (2008) dan Madame X (2010).  Beliau perrnah muncul cameo dalam filem Arisan 2 pada 2013.


manggaonline


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046581 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list