CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2981|Reply: 4

Kerjaya Nicole Kidman Berubah Selepas Bercerai

[Copy link]
Post time 16-10-2015 10:08 AM | Show all posts |Read mode
PELAKON Nicole Kidman memberitahu perceraiannya dengan aktor Tom Cruise kira-kira 14 tahun lalu mempunyai kelebihan tersendiri apabila ia mengubah kerjaya lakonannya.

Menerusi temubual Women In The World  pada minggu lalu, aktres ini berkata selepas perceraian tersebut dia hanya menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonan dengan tujuan melarikan diri daripada masalah yang dihadapi.

"Saat kemelut itu saya hanya boleh melarikan diri daripada kehidupan sebenar yang saya lalui sahaja. Berlakon merupakan satu-satunya cara saya untuk melupakan kesedihan dan lari dari masalah rumah tangga yang membebankan," ujarnya.

Bagaimanapun, usaha itu berhasil apabila dia diiktiraf menerima anugerah Oscar menerusi filem The Hours.
Filem tersebut dilancarkan benar-benar selepas dia dan Tom Cruise bercerai secara rasmi pada 2001.

Pasangan ini mengambil keputusan bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga dan mengambil dua anak angkat iaitu Isabella Jane Cruise dan Connor Antony Cruise.

-mstar


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicole lamanyaaa xde citer ttg dia...btw teringat lagu dia & robbie william tu...

Bestt dgrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 04:24 PM | Show all posts
Kalau aku dapat Tom Cruise aku xkan lepaskan


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
anak anak angkat depa jadi pelakon gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya sy sudah lama jatuh hati kat tom krus...sejak kali pertama bertentang mata dalam movie top gun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054631 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list