CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11842|Reply: 128

[Tempatan] Kenaikan tol : Saranan guna motorsikal ke tempat kerja

[Copy link]
Post time 16-10-2015 09:28 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Ramai pengguna lebuh raya di ibu kota menyatakan hasrat untuk beralih menggunakan motosikal sebagai alternatif mengelakkan daripada membayar tol yang mengalami kenaikan antara 17 hingga 80 peratus di 18 buah tol di sekitar Lembah Klang bermula semalam.

Tinjauan mendapati, beberapa lebuh raya mengalami penyusutan bilangan kenderaan berbanding sebelum ini ekoran tindakan sebilangan pengguna yang memilih untuk menunggang motosikal pada hari pertama penguatkuasaan kadar bayaran tol baharu.

Seorang peniaga, Ahmad Jefri Sham, 38, berkata, kenaikan kadar tol ternyata membebankan kerana dia perlu melalui dua buah tol di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuh Raya Baru Pantai.

“Sebagai pengguna Smart Tag, saya terkejut apabila melihat jumlah baki kad telah susut secara mendadak selepas melalui AKLEH dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

“Jika keadaan ini berterusan, lebih baik naiki motosikal berbanding kereta,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 09:34 AM | Show all posts
sok ni dah semua org naik moto, pendapatan tol pun dah merosot, kuar plak stmnt baru nk impose chrgs kat moto pulak even basikal pun kena byr tol
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-10-2015 09:34 AM
sok ni dah semua org naik moto, pendapatan tol pun dah merosot, kuar plak stmnt baru nk impose chrgs ...

Kalau semua pengguna boikot guna hiway bertol..agak2 harga tol akan turun tak?



Yelah...kalau barang naik.geng2 persatuan pengguna kan dok kempen boikot supaya less demand...jadi harga turun
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya sarankan tutup kilang proton
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 09:43 AM | Show all posts
dulu dlm dokumen perjanjian tol yg didedahkan
(dulu kan ada diheboh dokumen konsesi)
disebut kalau volume kenderaan kurang
kerajaan kena byr gantirugi
tu sebab org marah
kenapa bangang sangat BN sign dokumen tu
dan tu sebab bila highway kulim
dan highway PD
volume kenderaan kurang
kerajaan ambilalih highway tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:45 AM | Show all posts
mmg tak dinafikan kalo naik moto lebih menjimatkan...

tapi hati2 sikit, jgn ingat ada 'tiket besar' bila bawak moto... tgk kiri kanan, jgn cilok kiri kanan..guna lorong yang sepatutnya...nampak kenderaan berat jgn ingat nak selit2... ingat org nampak ker moto cinonet tu?

bila kereta bagi signal kiri, jgn pulak nak lalu belah kiri... memotong hanya di sebelah kanan...

parking kat tempat yang sepatutnya, jgn hadang parking kereta...

bila berenti kat trafik light, kalo hadang kereta, jgn pulak lampu dah ijau, masih lagi terhegeh2 nak start enjin moto... lepas jalan, alih kenderaan anda ke tepi kalo bawak slow dari 20km/hr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2015 09:47 AM | Show all posts
yang lelaki bole la kut beralih naik moto. yang perempuan je bawak kete..bole pecut slps bayar tol yang mahai tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot tollll!:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 09:49 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 17-10-2015 04:22 PM
krustykrab replied at 16-10-2015 09:34 AM
sok ni dah semua org naik moto, pendapatan tol pun dah merosot, kuar plak stmnt baru nk impose chrgs ...

dah naik motor....gunalah jalan yg kerajaan buat.....tak jem...bebas tol....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 16-10-2015 09:43 AM
dulu dlm dokumen perjanjian tol yg didedahkan
(dulu kan ada diheboh dokumen konsesi)
disebut kalau ...

Perjanjian hway mmg mcm tu...untung company amek...kalau rugi kjaan kene byr....perjanjian tu slalu smp 20 ke 30 tahun kan?? Lps tu br kjaan amek balik dgn n terserah nk teruskan ada tol atau free....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:50 AM | Show all posts
ramai pulak mati eksiden moto karang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:51 AM | Show all posts
semoga berhati hati menunggang. dulu masa minyak naik, ramai beralih kepada motosikal sebagai pengangkutan ketempat kerja. kini,  tokey kedai moto senyum lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:51 AM | Show all posts
mikasa replied at 16-10-2015 09:37 AM
Kalau semua pengguna boikot guna hiway bertol..agak2 harga tol akan turun tak?

ada ke yg nk boikot? sbb bila diboikot mcm mana org nak bwk brg, takkan nak bwk kontena naik moto pulak kan....nak guna jalan lama, karang buang masa pulak tau jelah rakyat msia ni, ada je accident masing2 slowkan kete saja je nak nengok...

boikot ni kalau tak melibatkan urusan penting tak pe, tp kalau melibatkan urusan penting, yg susah pengguna jugak...

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:53 AM | Show all posts
rashiman replied at 16-10-2015 09:49 AM
dah naik kotor....gunalah jalan yg kerajaan buat.....tak jem...bebas tol....

ye lah, kan ke naik moto tak kena tol, boleh babai babai je kat penjaga tol tu

tp pikir logik lah, kalau bawak kontena tak kan nk tarik dgn motor pulak kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 09:57 AM | Show all posts
senang la pemimpin joli sakan mencuri duit rakyat

rakyat disaran naik motor ...dilanggar sakit, melanggar pun sakit....jatuh seorang diri pun sakit....hujan, panas...semua rakyat kena rasa

pemimpin mencuri, rakyat yg kena tanggung bala
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 10:00 AM | Show all posts
mmg naik motor menjimat kan.. save time, save duit..tapi kene hati2 la... aku spend a week utk minyak tak sampai 15 ringgit .. tol tak bayar.. parking tak bayar...

kalau kire2 aku naik kete g keje..dengan parking dah 200 sebulan, minyak silap2 seminggu 100 tol lagi lebih kurang 300..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 10:02 AM | Show all posts
Anak dua orang, sorg darjah 4, sorg darjah 3, cmn nak usung naik motor.........
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 10:04 AM | Show all posts
kalau anak ramai..dihangkut bersama-sama naik motor..
itu la yang pemimpin nak kot..

penuh satu motor..macam kes abang yang bawak anak2 balik beraya dikampung dengan naik motor tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 10:06 AM | Show all posts
kenapa tak saran naik basikal je... jimat bdn pun sihat.. kikiki.. sorry gurau je ok.. sebab kadang2 begang dengan cadangan2 orang yg konon bijak pandai ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 10:08 AM | Show all posts
boleh pulak terkejut tgk baki smart tag susut mendadak....ni berita dari metro ke?  huhuhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.442703 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list