View: 9061|Reply: 64
|
[Jenayah]
Gadis Menyerupai Makcik Tua Mencuri Di Mejlis Kahwin
[Copy link]
|
|
Wanita berusia 25 tahun terbabit (tengah) dicekup di ruang tamu ketika bergegas mahu keluar dari rumah pengantin lelaki dan beg tangan miliknya diperiksa.
TELUK INTAN - Seorang wanita berusia 25 tahun dicekup mencuri di sebuah majlis perkahwinan di Kampung Selabak, tengah hari semalam oleh ibu saudara pengantin lelaki ketika dia bergegas mahu beredar dari rumah terbabit.
Wanita terbabit yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, tanpa segan silu mengaku sudah lama melakukan kegiatan tersebut di majlis-majlis perkahwinan dihadirinya.
Ibu saudara pengantin lelaki, Rohana Osman berkata, dia mula mengesyaki wanita terbabit setelah melihat dia merayau-rayau di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan.
“Kemudian saya lihat dia naik ke atas dan tiba-tiba turun dengan tergesa-gesa dan menuju ke pintu utama untuk keluar dari rumah.
“Saya kemudian mengejar wanita itu dan menarik beg tangannya ketika dia ingin melangkah keluar rumah. Alangkah terkejutnya saya bila lihat zip begnya terbuka dan ada beg kulit berwarna hitam milik saya di dalamnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Menurutnya, dia terus menarik keluar beg tangannya dari dalam beg wanita terbabit dan berlaku adegan tarik-menarik hingga menarik perhatian tetamu yang sedang menjamu selera.
“Saya terus tanya dia bagaimana beg saya boleh berada di dalam beg tangan awak? Dan dia jawab, dia mencurinya dan sudah biasa melakukan kerja tersebut di beberapa rumah orang lain yang mengadakan kenduri kahwin sebelum ini.
“Selepas berjaya merampas beg tangannya, kami selongkar dan jumpa sebuah lagi beg tangan kecil yang mengandungi wang tunai sebanyak RM500,” katanya.
Rohana berkata, wanita yang mendakwa berasal dari Seberang Perak itu kemudian merayu supaya tidak diserahkan kepada polis dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, wanita itu diserahkan kepada anggota Rela yang bertugas ketika itu sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk tindakan selanjutnya.
Rohana berkata, insiden itu sesuatu yang memeranjatkan dan situasi tersebut pertama kali dilaluinya.
Katanya, beg tangannya yang mengandungi wang tunai berjumlah RM800 hampir dilarikan wanita terbabit.
Sementara itu, bapa pengantin lelaki, Hassan Kamar berkata, dia tidak mengenali wanita berkenaan malah tidak pernah mengundangnya hadir ke majlis perkahwinan anaknya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kantoi-mencuri-di-rumah-pengantin-1.439409
|
|
|
|
|
|
|
|
memang selalu kejadian mencuri masa majlis kawin ni jadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan gadis
ni dah mengadis |
|
|
|
|
|
|
|
time kenduri mmg kena hati2...kdg tu kita xkenal org yg kluar masuk umah kita.xkan nak tnya sorg2 ni sape...ni sape?
yg penting time kenduri brg2 berharga letak dlm almari, kunci almari then kunci bilik tu |
|
|
|
|
|
|
|
selambernye. . takde org knl ke pempuan nh. . kalau kenal takkan nak jemput kan
|
|
|
|
|
|
|
|
That's why elok buat kat dewan.. buat kat rumah ni rimas le.. kang ada yg hilang mula la berbalah dgn sedara ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo mencuri dah menjadi habit ... |
|
|
|
|
|
|
|
tudung fareeda?
|
|
|
|
|
|
|
|
dasar muka tembok btl..
dh le mencuri...terang2 ngaku....plk tu
cam sengal plk aku rs.
nsb ade yg lbh prihatin |
|
|
|
|
|
|
|
kat umurnya
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dia tak curi dulang hantaran duit mas kawin
|
|
|
|
|
|
|
|
masa kahwin kakak aku 10 tahun lepas.. kasut mama aku jenama carlo rino hilang tanpa dapat dikesan..
tak taula saper yg panjang tgn sgt..padahal kasut tu duk dalam lemari kasut.. kalau bergelimpangan dengan kasut2 tetamu lain tu mungkin boleh faham ada yang tertukar ke apa kan..
mujurlah jugak brg2 hantaran kakak aku tu tak hilang.. itu sebab letak dalam bilik dan berkunci..
pernah jugak mama aku hadiri perkahwinan anak sedara dia, handbag dia simpan dalam bilik anak sedaranya (bilik lain bkn bilik pengantin).. tapi dia sedar duitnya hilang dan dia syak isteri anak sedaranya sebab hanya dia sahaja yang duduk dalam bilik tu menyusukan anak.. tapi macam biasalah mana mau ngaku.. lagipun mama aku tak nak bising2 sebab isteri anak sedaranya, nanti jadik lain pulak katanya..
4 tahun lepas gelang emas batal air sembahyang wife org opis aku tercicir dalam rumah.. tapi biasalah.. yg berjumpa tu ada ke mau menanya gelang siapa yang tercicir.. hilang sampai ke sudahlaa jawabnya..
tu sebab kalau buat kenduri kawin kat rumah, pintu2 bilik semua elokla kunci.. kalau tak, tak semua akan perasan apa yang jadi sebab sibuk melayan tetamu dan sedara mara serta kenalan..
|
|
|
|
|
|
|
|
gittewww...umur gegadis sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
gigihnye siap angkut dengan dulang..hhahaha!
|
|
|
|
|
|
|
|
sebaya aku tapi awat badan macam mak aku
takpayah majlis kawen, ferrero rocher yg masa tu nak letak atas dulang waktu pertunangan kawan aku dua minggu lpas pun ilang.
gigih la pecut pegi aeon semata2 nak ganti cekelat tu.
ada setengah org mmg gila |
|
|
|
|
|
|
|
Heran dgn.org suka mencuri.ni
Xrasa berdosa langsung PKI duit curi |
|
|
|
|
|
|
|
esok chuols kawin jgn eksyen nak tayang duit mas kawin atas katil eh
|
|
|
|
|
|
|
|
ini gile ceklat...
tak kira siapa punya abis dimakannyer..
|
|
|
|
|
|
|
|
ai perasan yg wat modus operandi camni biasanya pompuan...
tak hairan skrg org lagi suka wat kenduri kt dewan atau hotel jer pasal kes2 camni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|