CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32696|Reply: 252

Edry Mojo: ‘Saya tak kenal pun siapa Michael Ang’ - Respon Michael Ang (#150)

[Copy link]
Post time 13-10-2015 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by achik2009 at 13-10-2015 09:47 PM

Oleh Wahi Aziz
[email protected]                  





Kuala Lumpur: Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015 Edry Abdul Halim, 39, menyifatkan semua kenyataan Twitter daripada pengarah drama Michael Ang berhubung konsert akhir program realiti terkenal itu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam semalam sebagai pendapat yang tidak relevan.

Edry yang juga penerbit album dan komposer berkata, dia tidak mahu ambil peduli mengenai perkara itu kerana pandangan berkenaan bukan diluahkan oleh individu yang berpengetahuan dalam bidang muzik.

'Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.

“Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka," katanya yang juga anggota kumpulan KRU dan Mojo.

Edry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Michael di Twitter yang dilihat kurang senang dengan kemenangan Sufi dan pemilihan lagu serta artis yang membuat persembahan di pentas akhir AF2015 yang dianggap mempunyai kaitan dengan KRU Music.

Berikutan beberapa kenyataan Twitter daripada Michael ketika konsert akhir berlangsung semalam, pengarah itu turut dihentam teruk sebahagian besar pengikut laman sosial berkenaan.

Kenyataan dikeluarkan pengarah drama M.A.I.D itu dianggap tidak profesional.

Sementara itu, Michael ketika dihubungi berkata, semua kenyataannya di Twitter mengenai AF2015 bukan bertujuan mencetuskan provokasi atau mempertikai mana-mana pihak, sebaliknya hanya gurauan saja.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 10:04 PM


Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/84599

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg meols nampak si Edry Herdik ni mmg jenis x suka kene kritik....terlalu defensive & at some point....angkuh.

Dgn che ta kau buat musuh.... keji che ta terang2an kt meletop dua tiga kali sampai sudah che ta x burukkan kau kt mana2 media.... x nk panjangkan issue.

Ni dgn michael ang pulak... masalahnya perfect sgt ke konsert akhir AF tu? Byk lompang sana sini. So klu org kritik, ambik je lah scr positive. Kau main mcm ni lama2 anak didik ko jd naik lemak.... penghujungnya michael ang jugak yg nk kene direct drama raya student2 kau.
Hidup xyah mendabik dada sgt...esok lusa silap2 michael ang menang AJL...kau jugak gigit jari. X pelik org filem masuk industri muzik..cthnya habsah hassan, erma fatima, mamat khalid
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:46 AM | Show all posts
mummy michael bergurau sajor abam herdikk...rileksss....  heheheee...

gerenti heshe akan ambik sharul and bila as hero heroin utk telemovie cinta suci jadi seksi musim kedua ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:46 AM | Show all posts
amboi tuan pengetua
ko ingat af ditonton orang yang pandai dalam industri muzik aje ke
pendapat orang awam takleh diterima ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 08:47 AM | Show all posts
Michael Ang Luahkan Rasa Tidak Puas Hati Keputusan AF 2015

Oleh RTKY Staff pada  12 October 2015, 1:10PM  

Jika dilihat pada reaksi pengikut tegar program realiti televisyen Akademi Fantasia 2015 (AF 2015), ada di antara mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan malam tadi termasuklah pengarah Michael Ang.




Jika dilihatkan menerusi akaun laman sosialnya yang lain, Michael sendiri memuatnaik gambar dia mengundi Bila untuk menjadi juara pada konsert final tersebut, malangnya Bila hanya berjaya menduduki tangga ketiga.

Menerusi akaun Twitternya, pengarah ini telah menyatakan rasa tidak puas hatinya selain menyifatkan konsert final AF tersebut seperti konsert anak syarikat KRU. Luahan pendapat Michael tersebut turut mendapat reaksi berbaur daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, keputusan juri adalah muktamad dan apa yang dapat dinilai selepas ini adalah sejauh mana kehadiran bintang program realiti televisyen tersebut mampu menyinar di persada seni tanah air. (rtky/s)


Sumber: http://www.rotikaya.com/michael-ang-luah-tidak-puas-hati-keputusan-af-2015/
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:49 AM | Show all posts
a ah!!! kat meletop tu terang2 dia mengata che ta.... walhal che ta tu dah move on takdak kata apa lagi pasal isu AF.... pelik jugak y Edry marah sangat.... pondan sangatkah beliyauuu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2015 08:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr... Taknak dgr pendapat org bukan dlm bidang muzik, tp yg mengundi semua tu mcm la semua expert dlm bidang muzik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hattan last year lagi teruk kene hencap...relax jah.

Damien mikhael tj lg teruk menghencap AF ala2 ada personal issue dgn aastro...hattan buat relax jah.

Tu beza retis yg classy vv pprt ...wlaupun  hattan tu hauk as pengetua.
But meola puji la as pengetua edry seorang yg rajin. Carried away dgn peraaaan sayang kt student ni....plus heshe pengetua paling muda dlm sejarah AF
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 08:53 AM | Show all posts


michaelang38   Ok I dah vote u all dah vote ke? Yg dulu penyokong Racheal n Lisa Harus vote for BILA! Jom ramai ramai vote BILA!  1d
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Michael and dan Bila tu adik bradik ke..muka seakan akan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:57 AM | Show all posts
stuju dgn micheal bab pemilihan lagu....
lagu2 yg tak patut bg kat peserta final..
bg la lagu strong skit..yg dpt lagu terbaik ker...

tp x sokong yg org SG x sokong sufi waktu kat spore...
pastu yg aaron aziz tu semua....awat leh mai mesia pastu jd top lak?

utk edry....kami mmg x ada diploma muzik....bukan org muzik ka apa...
tp kuasa membeli dan pergi konsert adalah kami...mengundi pun adalah kami peminat yg tiada background muzik...
ingat tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:57 AM | Show all posts
maxim replied at 13-10-2015 08:54 AM
Michael and dan Bila tu adik bradik ke..muka seakan akan

hahahahahaahhaha...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sombongnya dia haha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
af tahun nj mmg hauk. x de rase nk undi lsg.nk tgk konsert final pun x lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:04 AM | Show all posts
yg menang pun tak relevan jualah sbb yg mengundi bukan org muzik majoritinya..sian gigih mengundi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2015 09:06 AM | Show all posts
maxim replied at 13-10-2015 08:54 AM
Michael and dan Bila tu adik bradik ke..muka seakan akan



ada persamaan tak?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 09:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sombongnya edry bg komen.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:13 AM | Show all posts
achik2009 replied at 13-10-2015 08:47 AM
Michael Ang Luahkan Rasa Tidak Puas Hati Keputusan AF 2015

Oleh RTKY Staff pada  12 October 2015 ...

seyesly dia nak sharul juara!?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.126775 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list