CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10694|Reply: 101

[Tempatan] SPRM Dedah Sdg Siasat Org Paling Berkuasa Dlm Malaysia, Paling Besar Sjk 1967

[Copy link]
Post time 12-10-2015 09:10 PM | Show all posts |Read mode
SPRM Dedah Sedang Siasat Orang Paling Berkuasa Dalam Malaysia, Paling Besar Sejak 1967



12 Oktober - Bekas Timbalan Ketua Pesurujaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar hari ini mendedahkan SPRM sedang melakukan siasatan terhadap individu yang paling berkuasa di dalam negara ini.

Zakaria yang bersara secara rasmi hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kepada kes SRC International dan dana RM2.6 billion.

"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya.

"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.

"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya memetik laporan dari Malaysia Insider.

Selain itu, Zakaria juga turut menyentuh tentang isu 7 pegawainya disiasat sebelum ini.

"Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya.

Zakaria juga menyeru agar pegawai yang terlibat dalam penyiasatan agar menjalankan tanggungjawab tanpa gentar.

"Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.

"Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya. - Siakapkeli.my



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti tun
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pigidahhh... 48 taun punya siasat x abis2. ntah2 saksi pun dh mati, pindah, ilang ingatan, sakit.. pegawai penyiasat pun bnyk dh pencen
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:22 PM | Show all posts
siapa yg disiasat pada 1967?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:23 PM | Show all posts
apa yg berlaku pd 1967?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:24 PM | Show all posts
  1. "Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.

  2. "Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun <b><font color="#9932cc">kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan</font></b>," katanya
Copy the Code

ataudic4ataudisimenatauditerjunkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 12-10-2015 09:23 PM
apa yg berlaku pd 1967?

Mungkin kes lori bawak babi terbalik..babi hilang maauk hutan tak jumpa sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:29 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 12-10-2015 09:21 PM
pigidahhh... 48 taun punya siasat x abis2. ntah2 saksi pun dh mati, pindah, ilang ingatan, sakit.. : ...

Pemahaman aku ialah dulu tahun 1967 ada penyiasatan yg besar.... tahun ni penyiasatan perkara lain yg besarnya mcm tahun 1967.... bukan yg 1967 punya penyiasatan tu belum siap lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 12-10-2015 09:29 PM
Pemahaman aku ialah dulu tahun 1967 ada penyiasatan yg besar.... tahun ni penyiasatan perkara lain ...

tu dia tulis sejak 1967, klo tulis selepas 1967 bru jadik ari ni. pemahaman aku ngan ang x sama?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:37 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 12-10-2015 09:33 PM
tu dia tulis sejak 1967, klo tulis selepas 1967 bru jadik ari ni. pemahaman aku ngan ang x sama?

Kalau ada cikgu bm bagi penjelasan kat sini baguih jugak...

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:38 PM | Show all posts
.............kes besar sprm apa pada 1967 ??


kes apa sekarangsama besar dengan kes 1967 /

Jenggg jengg jengg
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:41 PM | Show all posts

.......siapakah?

TDM?? ...........bukan org paling berkuasa sekarang ini ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Atau BPR ditubuhkan tahun 1967?

Errrr...siapa orang yang paling berkuasa di malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
hah kn ramai yg x fhm disiasat sejak 1967 atau selepas 1967.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:45 PM | Show all posts
rambut putih atau rambut kembang??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:48 PM | Show all posts
info dari wiki..

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 09:49 PM | Show all posts
           1967 - penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
                       kini sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
So maksudnya, sejak penubuhan, Sekarang lah kes paling besar nak kena siasat ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
hah ok. bru phm..artikel yg pening.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:53 PM | Show all posts
Sedang siasat kes terbesar mlibatkn SRC dan RM2.6b.... Kes yg tgh pnas skrg ni la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
siasat agong letew khen
sebab bru ni majlis raja2 suruh segerakan siasatan & tindakan
u know, kat msia biasa org yg suruh siasat yg kena siasat, bukan org yg buat salah
yg buat salah dilindungi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.407592 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list