CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

cerpen : Lady Boss ( ends 4 April 2017 )

[Copy link]
 Author| Post time 14-12-2015 06:20 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-12-2015 07:35 PM

"Darren !"

Yakin dirinya tidak tersalah orang. Pantas saja kaki menghala ke mari mendekati anak muda yang sedang enak menjamu selera.

Darren tersentak. Suapan nasi ke mulut terhenti. Berpaling ke arah belakang.

Alangkah terperanjatnya Darren melihat kelibat lelaki berusia depan mata. Lantas menarik kerusi mempelawa duduk makan bersama.

"Uncle tak mengganggu ke?"

Anthony jadi serba salah untuk turut serta walau hati melonjak kesukaan dapat bertemu Darren.

Sejak dari pertemuan di stesyen minyak tempoh hari diri kepingin bertemu semula dengan Darren. Puas menunggu panggilan dari Darren yang tak kunjung tiba, Anthony rasa bertuah dapat bertemu lagi saat ini.

"It's okay Uncle.. Lagi ramai lagi meriah.."

Hakim pula mempelawa. Ramah.

Umpama pucuk dicita ulam mendatang Anthony terus saja turut serta dua anak muda itu makan tengah hari.

Usai memesan makanan, Anthony dan Darren berbual santai. Sekali sekala Hakim menyertai perbualan mereka. Gelak tawa menghiasi segenap suasana. Keadaan hiruk pikuk restoran bukan penghalang jalinan kemesraan antara mereka.

Variance sedar pandangan mata Suzie kerap merenung ke arah luar restoran. Ketara sungguh Suzie tampak terpaksa melayani dirinya. Variance terpandangkan kelibat dua lelaki muda dan seorang lelaki berusia sedang bersembang di meja restoran bahagian luar.

Spontan minda dapat menebak gerangan siapa yang ditenung Suzie dari tadi.

Darren..

Variance yakin tekaannya mengena. Pasti Suzie ralit merenung Darren dari tadi.

Namun, lelaki hingusan itu sedikit pun tidak membuat Variance goyah. Bodohlah Suzie jika memilih untuk bersama lelaki seperti Darren. Terlalu mentah dan masih terkial dalam mencari hala tuju hidup. Beza bak langit dan bumi jika dibandingkan dengan Variance. Wanita sejelita dan menawan seperti Suzie layak mendapat lelaki lebih baik dari Darren.

Sekurang kurangnya lelaki kacak, muda dan kaya seperti Variance..

Variance senyum sendiri mengenangkan kesempurnaan dalam diri.

Lantas, sekotak hadiah dan sejambak bunga mawar merah dicapai lalu dihulur ke arah Suzie. Jari jemari runcing Suzie disentuh lembut. Mustahil ada wanita tega menolak pemberian darinya.

Suzie tergamam. Spontan menjauhkan diri dari Variance. Tidak selesa dengan tingkah Variance tadi.

Walau terselit bimbang Variance berkecil hati namun Suzie malas ambil kisah. Pemberian Variance dipandang sepi. Risau pula gosip timbul dipejabat andai pemberian Variance diterima. Takut Darren berprasangka juga.

Pusing kepala !

Tiada pilihan lain. Suzie memaniskan muka enggan menerima hadiah dan bunga dari Variance. Hujah logik dikemukakan bagi mengelakkan Variance terasa dengan keengganan Suzie menerima pemberian darinya.

Tidak sanggup mengambil risiko hubungan dengan Darren yang kini sedang mekar.Hidangan makanan dibiarkan tidak berusik. Selera Suzie mati.

Tindakan Suzie membuahkan satu idea nakal dalam minda Variance. Masih mampu tersenyum dengan penolakan Suzie. Riak wajah bersahaja.






Selesai menjamu selera berdua, Variance menggamit Suzie supaya singgah sebentar menyapa Darren yang masih leka berbual dengan Hakim dan Anthony.

Suzie menurut saja pelakuan Variance. Langkah diatur menghala ke arah Darren dan Hakim. Gerangan lelaki berusia yang turut berada disitu menarik perhatian Suzie. Cuba mengecam wajah memandangkan lelaki itu membelakangkan mereka.

" Hi Darren..  Tak sangka jumpa you dekat sini.."

Variance senyum ke arah Darren sambil bersalaman dengan Hakim dan Anthony.

"I guess you have met my pal, Hakim and this is Uncle Anthony.. Seseorang yang pernah berjasa pada I.."

Darren sekadar berbahasa basi. Ceria memperkenalkan Hakim dan Anthony kepada Variance.

"Papa?!"

Suzie terperanjat sebaik saja Anthony berpaling wajah ke arah mereka. Pelik melihat Papa makan bersama Darren.

"Suzie ?!"

Anthony turut terkejut besar melihat Suzie berada disini.

Sejenak minda memikir bahawa Suzie bekerja di bangunan berhampiran kawasan mereka menjamu selera. Logiklah jika anak bongsunya makan tengah hari di restoran ini.

"Wait.. Is he your Dad?"

Suzie hanya angguk tanda mengiyakan.

"Nice to meet you , Mr Anthony.. By the way my name is Variance Lim.. You are blessed to have such a beautiful and talented daughter like Suzie.."

Variance memang bijak bermain kata kata.

"Sweet talker, young man ! And who are you then?"

Anthony sekadar ingin tahu hubungan di antara Variance dan anak gadisnya.

"He is my boss.."

Segera Suzie menyampuk perbualan Variance dan Anthony.

"Papa.. How you ended up here with Darren and Hakim?"

Suzie diasak seribu satu pertanyaan melihat Papa bersama Darren dan Hakim.

Dalam masa yang sama, memberi isyarat kepada Anthony bahawa Darren adalah lelaki yang pernah Suzie ceritakan bakal menjadi menantu Papa.

"It's a long story ! Ada masa Suzie ajak Darren datang rumah kita borak panjang.."

Mengerti persoalan dalam hati Suzie, Anthony sengaja berkata begitu.

"Erm Uncle kena pergi dulu.. Weekend ni Darren datanglah rumah Uncle..Kalau Variance dengan Hakim free jemputlah sekali.."

Anthony amat berbesar hati jika Darren sudi menjejakkan kaki ke kediamannya.

"Tapi Uncle.."

Darren serba salah. Ditelan mati emak diluah mati bapa.

"Jangan risau ! Maid Uncle orang Indon Islam. Semua masakan dan minuman dijamin halal.."

Anthony seolah mengerti kebimbangan yang bersarang dibenak Darren.

Sememangnya gaya hidup Anthony agak keislaman terutamanya dari aspek kebersihan walau hidayah belum terbit dihati untuk menganut agama suci itu.

"Tengok macam manalah Uncle.. Nanti I call Uncle for confirmation..."

Darren memberi jawapan selamat. Enggan berjanji kerana takut gagal menepati janji.

"Ok.. Keep in touch, son ! Bye !"

Seraya Anthony melambai tangan sambil berlalu meninggalkan keempat empat anak muda tadi.

Hakim galak berbual bersama Variance. Menghabiskan waktu rehat yang masih bersisa.

Sementara Suzie pula merenung tajam ke arah Darren sebaik saja melihat kelibat seorang gadis muncul lalu menyapa Darren.

"La, tak sangka jumpa Encik Darren dekat sini.. I ada belikan you keropok lekor favourite you.. Kak Yana cakap Encik Darren memang 'hantu' keropok lekor.."

Zaheeda menghulurkan bungkusan plastik kepada Darren.

Yana dan Malar hanya diam memerhati dari jauh. Malas mahu bertembung dengan Lady Boss. Silap percaturan hanya sindiran pedas bakal diterima dari mulut 'laser' Suzie.

Alang alang sudah bertemu disini lebih molek pada Zaheeda jika memberi terus kepada Darren sementara keropok masih panas berbanding jika Zaheeda meletakkan saja diatas meja pejabat Darren. Bimbang Darren mungkin sibuk dengan mesyuarat dan tidak menyedari pemberiannya. Sayang akan berlaku pembaziran nanti.

"Untuk Darren saja ke? I tak ada?"

Hakim berpaling menyakat Zaheeda. Gadis itu dilihat tersipu malu.

Pandangan Variance juga tertancap pada Zaheeda.

"Wow caringnya ! Ini ke future wife you?"

Variance sekadar menebak. Memancing reaksi Suzie sekali. Malangnya riak wajah Suzie sukar diduga. Diam membisu sedari kepulangan Anthony.

"No ! She's someone else.."

Darren pantas menidakkan.

Zaheeda terpempan seketika. Calon isteri Darren? Sejak bila hati lelaki ini sudah dimiliki? Pilu bertandang. Riak wajah berubah.

"I wonder who she is.. What she does... Out of sudden.."

Variance lebih kepada ingin mengorek rahsia. Khabar angin dipejabat ligat mengatakan Suzie dan Darren sedang bercinta. Walau baru dua hari meluangkan masa dibangunan ini banyak cerita sensasi berjaya dikutip oleh Variance.

"Dia kerja luar KL. Ada masa I perkenalkan dia pada you.."

Darren malas mengulas lanjut tentang bakal isterinya. Hala tuju hubungan dengan Suzie juga masih samar. Biarlah kekal rahsia.

"Semalam you kata future wife you merajuk kan? Take these roses and gift bagi dekat dia.. Mana tahu sejuk hati dia nanti.."

Variance baru teringat sesuatu. Lantas tangan menghulurkan hadiah berbalut cantik dan sejambak ros merah ke arah Darren.

"Ambil lah ! I ingatkan nak bagi boss you.. Tapi Suzie tak sudi pula terima hadiah dari I.. Nak buat macam mana.. Nasib badan !"

Niat Variance ikhlas memberi memandangkan Suzie menolak pemberiannya sebentar tadi.

"It's ok , Boss ! My future wife allergic dengan bunga ros.. May be you boleh bagi pada Hakim atau Zaheeda.."

Memandangkan Zaheeda ada bersama mereka, Darren sengaja menyebut nama gadis itu sekali.

"I rasa better you bagi dekat Zaheeda.."

Hakim turut sama menyokong cadangan Darren. Pasti gadis seperti Zaheeda gemarkan hadiah dan bunga bungaan.

"Then all these belong to you , Young Lady.."

Variance menghulurkan sejambak bunga dan hadiah kepada Zaheeda.

Gadis itu teragak agak menyambut. Riak wajah masih muram tatkala memikir tentang bakal isteri Darren.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2015 06:25 AM | Show all posts
Zalikha segera berlari anak menghindari lelaki berpakaian serba hitam dibelakangnya. Meski mata tidak bertentangan namun naluri merasakan lelaki aneh itu asyik memerhati gerak gerinya sejak dipasar raya tadi. Tangan kiri menjinjing barangan dapur yang dibeli tadi manakala tangan kanan menekan punat automatik kereta. 

Sepantas kilat Zalikha mencampak barang ditempat duduk belakang sebelum terus masuk dikerusi pemandu untuk menghidupkan enjin. Enggan membazir masa kereta meluncur laju membelah jalan raya. Bayang lelaki misteri sudah tidak kelihatan.

Sempat Zalikha menarik nafas lega. Melurut jantung yang sedari tadi berdegup kencang. Paranoid. 

Ini bukan kali pertama lelaki asing itu mengejarnya. Meski sudah melangkaui usia separuh abad, Zalikha yakin pandangan matanya tidak silap. Lelaki yang sama mengekori sewaktu Zalikha dan Darren keluar berdua membeli belah minggu lepas. 

Persoalannya, siapakah gerangan anak muda tadi dan apa mahunya? 

Bingung otak Zalikha untuk memikir. Setahunya mereka dua beranak memang tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa pun.Kemunculan lelaki tadi memang menjadi tanda tanya. 

Sedang minda khusyuk dihujani seribu satu pertanyaan, Zalikha terlepas pandang ada sebuah kereta Audi S8 memecut dari arah belakang lalu memotong Toyota Vios yang dipandu Zalikha. 

Seketika kemudian, menghalang laluan Zalikha. 

Tergamam seketika, mujur Zalikha sempat menekan brek kecemasan. Gugup. Kedua belah tangan mengeletar. Ketakutan. 

Kelibat lelaki yang mengekor tadi keluar dari kereta untuk menghampiri Zalikha. Memberi isyarat supaya Zalikha keluar dari kereta. 

Zalikha panik. Buntu dalam mengambil tindakan lanjut. Stereng lock dalam genggaman sedia menjadi senjata ampuh mempertahankan diri andai terpaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 03:33 AM | Show all posts
elia201 replied at 1-11-2015 03:04 PM
Satu usapan lembut terasa diubun ubun kepala. Membuatkan diri rasa disayangi. Lantas menjadikan lena ...

replied to post #62

Darren sekadar inginkan kepastian. Sedar syaitan adalah makhluk ketiga jika lelaki dan wanita bukan muhrim berduaan dalam satu bumbung.

Muhrim adalah orang yang sedang dalam ihram ketika haji atau umrah.
pembetulan: Sepatutnya mahram, bukan muhrim.


Sekadar teguran picisan dari beng....seronok membaca cerpeng ni. Mcm tgk kdrama lak.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 04:56 AM | Show all posts
elia201 replied at 14-12-2015 01:25 AM
Zalikha segera berlari anak menghindari lelaki berpakaian serba hitam dibelakangnya. Meski mata tida ...

Wahai TT yang budiman...

SILA UPDATE PLEASE!


bertambah perisa cerita ni. best baca.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:19 AM | Show all posts
Best... kalau jadi novel pun i suka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kambeng_masam replied at 27-12-2015 03:33 AM
replied to post #62

Darren sekadar inginkan kepastian. Sedar syaitan adalah makhluk ketiga jika ...

Oic.. thanks sebab highlight penggunaan kata salah tuh.. baru tahu.. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-12-2015 02:19 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 28-12-2015 05:58 PM

Wajah Suzie muram mencuka. Meneliti fail depan mata dan mengabaikan saja kedatangan Darren meski Suzie sendiri yang memberi arahan kepada Darren supaya masuk ke bilik pejabat untuk menemuinya.

"Where is the report?"

Suzie menyoal Darren. Riak wajah sinis.

"What report?"

Darren garu kepala. Buntu.

Setahunya Suzie cuma mahu berbincang mengenai perkembangan prestasi staff bawahan. Semua laporan ada didalam komputer riba. Darren masih belum berkesempatan untuk mencetak memandangkan sibuk dengan urusan lain.

"Performance report for your staff.. My email clearly indicated I need the report urgently.. Isn't it hard to understand ?!"

Nada suara Suzie agak meninggi. Menghempas fail di atas meja. Kertas berselerakan.

"What's wrong with you ?!"

Darren menyoal, kasar. Bengang dengan tindakan Suzie.

Kalau betulpun Suzie perlukan laporan itu dengan segera, Darren boleh saja berpatah balik ke bilik untuk mencetak dan menyerahkan laporan yang dikehendaki Suzie.

"I am the one suppose to ask that question, what is wrong with you, Mr Darren?! Just simple instruction ! I need the report on my table now !! No more delay please !!"

Suzie menjeling geram. Tingkah Darren memancing kemarahan dalam diri. Sudahlah darah Suzie masih mendidih melihat gelagat Zaheeda disisi Darren tengah hari tadi. Kini tindakan Darren benar benar mencabar kesabaran Suzie.

"I suggest you to check your email...."

Bicara Darren terhenti seketika. Deringan telefon bimbit Darren mematikan pertikaman lidah antara mereka.

Kedengaran suara Zalikha cemas dihujung talian.

"It's okay Mama..  Darren ke sana sekarang.."

Talian dimatikan oleh Darren.

"I gotta go ! Personal matter."

Tanpa mempedulikan Suzie, Darren melangkah keluar. Bimbangkan keadaan Mama.

"Wait Darren..."

Suzie cuba menahan Darren lantaran kepingin tahu perkara sebenar yang terjadi. Pasti berkaitan dengan Mama Darren.

Malangnya Darren terus melangkah laju tidak berpaling lagi. Riak wajah kusut.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 06:56 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 28-12-2015 06:57 PM

Zalikha terpaku merenung lelaki uzur didepan mata. Inilah lelaki yang pernah menghina diri dan anak dalam kandungannya suatu ketika dulu. Malah menghalau seperti anjing kurap setiap kali Zalikha dan suami datang  merisik khabar. Allah memang Maha Berkuasa. Setiap perbuatan jahat pasti mendapat pembalasan setimpal.

Hati dipagut pilu melihat kesengsaraan ayah mertuanya meneruskan sisa hidup terbaring di atas katil. Terketar ketar saat berbicara lantaran diserang strok. Air mata mengalir tanpa diundang. Sungguh Zalikha tidak sampai hati melihat keadaan Papa.

"Jangan menangis Ika.."

Annie cuba menenangkan hati menantunya. Mengusap lembut bahu Zalikha.

"Papa teringin bertemu anak Vince.. Mama minta maaf kalau orang suruhan Papa menakutkan Ika.. Mama pun rindukan cucu Mama..  Pasti dia sudah dewasa sekarang.."

Air mata mengalir dipipi kedut Annie. Membayangkan wajah satu satunya zuriat mendiang anak sulungnya. Kalaulah Annie berani menentang kemahuan suaminya dulu, Annie yakin menantu dan cucunya tidak akan hidup terasing seperti sekarang.

Walaubagaimanapun, Annie bersyukur tatkala suaminya menyatakan hasrat untuk menjejaki cucu mereka. Kepingin melihat keluarga mereka bersatu semula.

"Ika dah called Darren.. Nanti Darren datang sini lawat Mama dengan Papa.."

Zalikha mula berupaya mengukir senyuman. Resah memikir reaksi Darren andai mengetahui dirinya ditipu. Sengaja Zalikha menghubungi Darren memberitahu dirinya dimasukkan ke hospital. Inginkan Darren datang ke sini segera.

Andai saja Zalikha berterus terang, Zalikha yakin Darren akan menolak mentah mentah untuk menjenguk Datuknya. Hati Darren masih terluka kerana Papa mertuanya pernah menghambur kata kata nista terhadap mereka dua beranak.

Apapun, semua sudah berlalu. Zalikha ingin Darren mengenali keluarga arwah suaminya. Vince Lee atau nama Islamnya Daniel Muhammad Lee. Siapa tahu andai ditakdirkan Zalikha pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu, Darren tidak akan tinggal sebatang kara didunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 28-12-2015 11:09 PM

Buat pertama kali seumur hidup Darren meninggikan suara terhadap Mama. Sakit hati kerana ditipu oleh Zalikha. Tambah menaikkan api kemarahan tatkala melihat lelaki tua yang berpangkat Datuk kandungnya pernah tega menyisihkan Darren dan Mama. Malah tidak mengakui dirinya sebagai darah daging. Sehingga kini Darren takkan memaafkan keluarga Papa. Luka semalam masih terasa. Sampai mati Darren tak mungkin lupakan caci maki Datuk !

Lantaran marahkan Mama, Darren menyepi diri disini. Menatap pusara sepi milik Shelly. Gambar mendiang yang terlekat dibatu nisan besar ditenung. Hanya Shelly tahu keperitan hati ditanggung Darren sewaktu Mama dihina.

"Shelly.. You ingat tak lelaki tua yang selalu caci maki Mama I dulu? Sekarang dia dah terima pembalasan setimpal ! Tapi I tak tahu kenapa I jadi tak sampai hati tengok dia terlantar tak berdaya.. I rasa sedih !! I sepatutnya gembira.. I memang bodoh Shelly !!"

Darren meraup wajah. Keliru dengan perasaan sendiri. Antara sayang dan dendam lama.

"Darren sayang.. You tak bodoh !"

Shelly muncul sambil tersenyum mesra ke arah Darren. Bergaun putih menyaluti tubuh. Jari jemari menyentuh wajah Darren.

"Itu tandanya you masih ada perasaan kasih sayang sesama manusia. Apatah lagi dia Datuk kandung you.. Darah dia mengalir dalam badan you, Darren !"

Darren terpaku seketika. Kata kata Shelly ada kebenarannya. Air dicincang takkan terputus. Tambahan pula, hubungan darah antara dirinya dan Datuk.

"Apa patut I buat?! Maafkan dia macam tu saja ?!"

Entah kenapa Darren sukar membuat pilihan. Separuh hati simpati dengan Datuk manakala sebahagian diri sukar menerima khilaf lampau yang telah dilakukan.

"You lebih tahu tindakan yang patut you ambil, Darren !"

Selesai berkata begitu bayangan Shelly kian memudar lalu menghilang. Darren terkesima.

"Shelly please don't go ! I need you !"  

Darren meracau tak semena. Meronta ronta mencari bayangan Shelly.

Satu ketukan dicermin kereta membuatkan Darren kembali ke alam realiti. Terjaga dari lena. Cuaca gelap dipersekitaran. Peluh jernih merecik didahi walau pendingin hawa dibiarkan terpasang. Darren segera menekan punat untuk membuka tingkap.

"Uncle buat apa dekat sini?!"

Darren tersentak melihat kemunculan Anthony yang tak diduga.

"Nanti Uncle ceritakan pada you..  By the way, Nenek you yang suruh Uncle ikut you dari hospital tadi.."

Anthony menerangkan tanpa dipinta. Jenuh mengekor dari tadi malangnya kereta yang dipandu Darren hilang dari pandangan. Terpaksa berpusing pusing untuk menjejaki Darren. Agak terkejut melihat Darren memarkir kereta dan tidur disebelah tanah perkuburan Kristian ini. Tidak pasti sudah berapa lama Darren tersadai disini.

Apapun, Anthony bersyukur kerana berjaya menemukan Darren. Sungguh Anthony tidak menyangka bahawa Darren adalah anak tunggal kepada Vince teman baiknya sewaktu dikampus dulu. Baru perasan wajah Darren mirip Vince. Padanlah Anthony rasa mesra tatkala berdampingan dengan Darren.

"Kita patah balik hospital.. Uncle ikut you dari belakang.."

Darren cuma angguk, tanda setuju dengan cadangan Anthony.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 08:10 PM | Show all posts
tt kembali mengganass
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 12:09 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-12-2015 01:46 AM

Suzie diamuk perasaan bersalah terhadap Darren. Ternyata Darren benar. Email yang dihantar kelmarin tidak meminta Darren membawa bersama laporan bercetak. Malu sendiri kerana melepaskan amarah melulu. Mahu meminta maaf mulut bagai terkunci. Lidah terasa kelu untuk menyatakan perkataan keramat itu.

Malah, Darren juga tidak menghiraukan kewujudan Suzie. Cuma berbicara berkenaan kerja. Komunikasi antara mereka lebih kepada urusan profesional. Segala panggilan dan teks mesej Suzie ke telefon bimbit Darren langsung tidak berbalas.

Dipejabat pula Darren leka menghadap komputer riba dan sesekali bergurau senda dengan Rere untuk melepaskan stress.

Ada juga mata Suzie menangkap kelibat Zaheeda mengikuti Darren makan tengah hari. Walau ditemani ramai staff lain entah kenapa Suzie jadi tak keruan. Menyampah dan cemburu bercampur baur. Tertanya tanya mengenai status perhubungan mereka.

Zalikha pula sudah bertanyakan bila waktu yang sesuai untuk melamar. Suzie sendiri buntu menjawab sedangkan Darren kekal membisu. Kadang diri terasa seperti menagih kasih orang tak sudi. Darren tampak endah tak endah.

Bosan dilanda persoalan tentang hala tuju hubungan mereka, Suzie tekad untuk menemui Darren yang kini sedang berada didalam bilik kerja. Biarlah mereka masih berada dipejabat dan sedang dalam waktu bekerja. Suzie jelak bermain tarik tali.

Andai Darren tidak sudi mengahwini dirinya, Suzie juga tak ingin menanti. Bukan Darren sahaja lelaki yang wujud dalam dunia ini. Masih ramai boleh dijadikan calon suami.

Malas memikir panjang lagi, Suzie terus saja berjalan pantas untuk menemui Darren.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 12:15 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-12-2015 07:55 PM

"Erm anything Miss Suzie?"

Darren menyoal dingin. Malas menatap figura jelita depan mata. Fokus tertumpu pada komputer riba. Menyibukkan diri seketika.

"We need to talk. About us ! Mama you dah call I tanya bila boleh melamar.. You serius ke tak, nak kahwin dengan I?!"

Malu sudah ditolak tepi. Suzie merenung tajam ke arah Darren. Menagih jawapan pasti.

"I don't think now is the best time to discuss.. I ada banyak kerja nak kena settlekan. Salah karang kena maki lagi.."

Darren tetap enggan mempedulikan Suzie. Sempat menyindir pelakuan Suzie yang gemar marah marah.

"Then bila you nak discuss ?! Dah dua hari I call you, you tak jawab.. Mesej pun tak reply.. Apa masalah you ha?!"

Suzie makin sakit hati dengan sikap Darren.

Sedikitpun Darren tidak mengambil kira perasaan Suzie sebagai seorang wanita yang sanggup menjatuhkan ego sendiri kerana sayangkan lelaki tidak memiliki hati seperti Darren.

Tak semena air mata berderaian jatuh dipipi gebu Suzie. Pedih menusuk dengan reaksi bersahaja Darren.

"I perlukan masa.. Banyak benda terjadi dalam dua hari ini.. Lepas kerja I jumpa you.. Kita discuss pasal ini okay.."

Tersentak melihat air mata Suzie , Darren mendapatkan Suzie untuk memujuk.

Suzie hanya membisu seribu bahasa. Malu kerana mudah kalah dengan perasaan. Air mata masih berjuraian.

"Dahlah you.. Nanti staff lain nampak mereka ingat I buli you sampai menangis.. Nah ambil ni.."

Darren mencapai sehelai tisu lalu disua ke arah Suzie.

Suzie mengesat saki baki airmata dipipi.

Seketika kemudian, buru buru keluar menuju ke tandas untuk membasuh muka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 03:04 AM | Show all posts
Suzie sengaja pulang awal hari ini. Tiada 'mood' untuk berlamaan dipejabat dan segan bertembung dengan Darren. Apatahlagi setelah kes siang tadi. Malu bukan kepalang kerana mudah mengalirkan air mata gara gara hal kecil. Sungguh Suzie takut andai Darren tega berubah fikiran dari mengahwini dirinya. Lalu emosi menguasai tindakan hingga adakalanya Suzie mencampur adukkan urusan peribadi semasa bekerja.

Ketakutan Suzie bertambah setiap kali melihat bertapa manjanya Zaheeda bila disisi Darren. Tambahan pula Zaheeda masih muda dan cantik menawan. Kadang Suzie rasa tergugat dengan gadis itu.

Malah Suzie tahu ramai lelaki menaruh hati terhadap Zaheeda. Bimbang Darren juga bakal terpikat jika hari hari digoda.

Bukan Suzie tak perasan Zaheeda cuba sedaya upaya mengambil hati Darren dengan memasak makanan kesukaan Darren. Merenung Darren dengan pandangan menggoda. Tampak ketara Zaheeda memang menggilai Darren.

Bimbo buat kerja tapi tahu pula cara nak memikat lelaki !

Suzie mendengus sambil mengutuk Zaheeda dalam hati.

Namun bunyi loceng mematikan khayalan Suzie tentang Darren dan Zaheeda. Bangun dari sofa lalu terus menghala ke pintu. Tertanya tanya gerangan sang tetamu.

Suzie terpana melihat sejambak bunga beraneka warna dihulur ke arahnya di muka pintu.

"Surprise untuk you.."

Darren senyum sambil memberi isyarat ke arah Suzie supaya menerima bunga ditangannya.

Bunga bertukar tangan. Riak wajah Suzie bertukar ceria dengan kunjungan mengejut Darren.

"Masuklah.."

Suzie mempelawa. Jari jemari menyentuh lembut bunga bungaan yang tersusun cantik. Bibir menguntum senyum. Suka hati.

"Tak apalah.. I sebenarnya nak ajak you keluar.. Jalan jalan ke kalau you free.."

Darren terpaksa menolak pelawaan Suzie untuk masuk ke dalam. Tiada ikatan antara mereka membuatkan Darren bertindak begitu. Lagipula Darren memang berniat membawa Suzie bersiar siar bersama. Niat utama meredakan keadaan dingin antara mereka.

"I free !  You bagi I masa 15 minit untuk tukar baju.. "

Tanpa berfikir panjang Suzie terus saja memberikan persetujuan. Teruja mahu keluar berdua.

"It's ok ! Take your time.. Jangan rush !  I tunggu dalam kereta.."

Suzie cuma angguk tanda setuju. Pantas menuju ke kamar untuk bersiap. Hati berpesta keriangan dengan ajakan Darren.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:03 PM | Show all posts
aku suka cara ko olah ayat
nampak kreatif pada ayatnya
walaupun singkat, tapi sampai pada pemahaman aku..
gud job!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2016 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 11-1-2016 09:49 PM

Tindakan Darren memang sukar dibaca. Siapa menduga Darren sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Melaka semata mata untuk menjamu selera.

Pada mulanya Suzie memikir Darren cuma bergurau ingin makan malam di Umbai. Menurut saja tanpa banyak soal. Rupa rupanya Darren mengotakan setiap kata kata.

Meski menempuh perjalanan jauh selama beberapa jam, hidangan makanan laut segar membuatkan Suzie berselera makan. Dua pinggan nasi habis dijamah. Udang dan sotong bakar diratah semahunya.

Selesai makan, baik Suzie dan Darren tersandar kekenyangan. Perut masing masing sebu.  

Ternyata Darren penuh dengan kejutan. Mengajak Suzie menghabiskan masa pula di pinggir pantai pada pukul 1 pagi begini. Memandangkan esok hari Sabtu, Suzie cuma bersetuju. Seronok juga dapat berlamaan dengan insan tersayang.

Apatah lagi ini kali pertama Darren mengajak Suzie keluar berduaan. Saat manis yang takkan Suzie lupakan seumur hidup.

" Nah untuk you.."

Darren menghulurkan kotak berisi cincin ke arah Suzie.

Suzie terkesima namun tetap menyambut kotak yang dihulurkan oleh Darren.

Mata sepet Suzie membulat tatkala melihat cincin bertahtakan berlian cantik berkilauan dibawah cahaya bulan.

"Bukan hari tu you cakap membazir saja beli cincin mahal mahal ke?"

Masih segar diingatan Suzie bilamana Darren menolak pilihannya sewaktu mereka bersama Zalikha membeli cincin di Habib Jewel minggu lepas. Alasan Darren harga terlalu mahal dan tak berbaloi berhabisan untuk perkara remeh temeh.

Zalikha agak berang dengan tindakan Darren dan cuba mengubah pendirian anak tunggalnya. Akan tetapi Darren enggan mengalah.

Penyelesaian terbaik, Suzie memilih cincin yang lebih murah mengikut kemahuan Darren. Itu pun setelah puas membelek. Akhirnya bertemu juga cincin yang agak berkenan dimata Suzie dan Zalikha. Bersesuaian pula dengan bajet ditentukan Darren.

Walau agak berkecil hati namun Suzie hanya memendam rasa. Sementelah Suzie sendiri mampu untuk memiliki cincin yang diidamkan. Redha dalam terpaksa dengan sikap kedekut Darren.

Darren hanya tergelak. Sudah menduga reaksi sebegini bakal ditunjukkan oleh Suzie.

"Takkanlah I sanggup tengok bakal isteri I kempunan nak pakai cincin idaman masa wedding.. Takut you masuk batu belah batu bertangkup pula nanti.."

Ketawa nakal bermain dibibir Darren. Sengaja mahu menyakat. Spontan teringatkan legenda batu belah batu bertangkup.

Mengisahkan seorang ibu merelakan diri 'dimakan' gua yang diberi nama Batu Belah Batu Bertangkup gara gara kempunan ingin makan ikan tembakul.

"You ni suka main main lah.. Habis sampai dua cincin you bagi I.. Banyak pula duit you.."

Sememangnya Suzie tahu Darren terlebih mampu untuk membeli cincin ini cuma Suzie tidak selesa jika Darren berhabisan untuk dirinya atas dasar terpaksa. Biarpun terharu menerima cincin ini, Suzie enggan membuat Darren rasa terbeban demi memenuhi kehendaknya.

"Anggaplah cincin yang kita beli minggu lepas tu sebagai hadiah dari I. Dan cincin ni tanda lamaran I.."

Darren yakin pilihan Mama adalah yang terbaik buat dirinya. Zalikha memang berkenankan Suzie sebagai menantu.

"Tapi you tak propose I pun.. Biasa kan lelaki akan cakap will you marry me ke.. Ini bagi cincin macam ni saja.."

Muncung Suzie panjang sedepa. Tidak puas hati.

Darren memang tak romantik langsung !

Sempat lagi hati Suzie membentak pelakuan Darren.

"Buat apalah I nak buang masa propose propose bagai ni.. Confirm confirm you memang nak kahwin dengan I yang kacak ni.. Betul tak?"

Darren masih ingin mengusik. Suka melihat Suzie meradang.

"Mana you tahu ? Perasan !"

Suzie menjeling geram. Diri terasa dipermainkan.

"Kalau you tak nak kahwin dengan I tak apa.. Ramai lagi gadis gadis tunggu I.. Takut you yang melepas nanti.."

Riak wajah Suzie berubah mendengar gurauan Darren. Tak semena terbayang wajah cantik Zaheeda diruang mata. Pesaing utama Suzie dalam merebut cinta Darren.

"Ada I kata tak nak ke? Cepatlah sarungkan cincin tu dekat jari I sebelum I berubah fikiran.. Macamlah you tu handsome sangat.."

Terus saja Suzie meminta Darren supaya menyarungkan cincin ke jari manis. Mana tahu pendirian Darren bertukar pula. Bimbang Darren membatalkan lamarannya.

Darren menurut kemahuan Suzie. Jari jemari Suzie dicapai. Cincin berlian tersarung indah berkilauan.

"Thanks Darren.. I love it !"

Senyuman mekar dibibir Suzie. Mata merenung cincin dijari. Perasaan terbuai bahagia.

"But I love you.."

Darren sengih. Serasa sayang itu wujud dan bisa bercambah menjadi cinta.

Pipi Suzie memerah. Malu. Kalaulah hari sedang siang, Suzie pasti Darren dapat membaca gelora yang melanda diri tika ini.

"So will you marry me?"

Darren melutut di atas pasir pantai. Serius menghulurkan lamaran.

"Yes. I will !"

Penuh keyakinan Suzie memberikan jawapan. Soalan yang ditunggu sekian lama. Air mata kegembiraan mengalir. Terharu.

"Thanks for the wonderful dinner... Thanks for this ring and lastly, thank you so much for the proposal.."

Nada suara Suzie tersekat sekat. Hajat hati jadi nyata. Menarik tangan Darren supaya berdiri.

"I takkan lupakan moment ni.."

Suzie mendakap mesra tubuh Darren. Bersandar dibahu lelaki yang selama ini dicintai dalam diam.

Darren hanya tersenyum. Mengusap lembut rambut hitam berkilat milik Suzie.

"Thanks sebab sudi terima I sebagai bakal suami.. Pasal cincin ni, perkahwinan sekali saja seumur hidup.. Takkan I sampai hati nak hampakan kehendak you sedangkan I mampu untuk belikan you.. Kalau I belikan untuk you hari tu juga tak surprise lah.."

Sememangnya Darren berniat membeli cincin yang diinginkan Suzie. Duit bukan satu masalah. Cuma menunggu saat sesuai.

Kata kata Darren membuatkan Suzie makin tersentuh. Disebalik gurauan ada kesungguhan. Nampak seperti tak kisah tetapi adakala Darren bijak mengambil hati. Semakin membuat Suzie jatuh cinta.

"Dah dekat pukul 2 pagi.. Kita balik lah.. Tengah hari nanti I nak bawa you pergi satu tempat.. Balik ni you terus tidur tau.."

Suzie hanya akur. Tidak sabar menunggu waktu berlalu.

Darren memimpin tangan Suzie menuju ke kereta. Sesekali menguap keletihan. Badan mula terasa penat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2016 03:53 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-1-2016 03:56 PM

Tepat pukul 12 tengah hari, Darren sudah terpacak menanti dipintu rumah Suzie. Hampir 10 minit menanti Suzie membuka pintu. Memikirkan Suzie masih lagi tidur, Darren mematikan hajat untuk keluar bersama.

Namun hasrat terhenti tatkala mendengar namanya diseru oleh suara yang tidak asing lagi..

"Sorry Darren.. I baru bangun..Kenapa you tak call I dulu sebelum datang?"

Wajah Suzie merah padam. Malu melihat Darren yang tampak segak berpakaian dan kemas penampilan. Akan tetapi dirinya...

Masih belum mandi meskipun matahari sudah tegak dikepala.. Jatuh saham didepan bakal suami. Kalaulah Zalikha tahu..

Suzie takut membayangkan kemungkinan itu.  

"I called handset you tak dapat dapat.. So I datanglah terus.."

Darren menerangkan keadaan sebenar. Hampir patah jari Darren mendail nombor telefon Suzie sedari tadi.

"Alamak.. I lupa charge handphone I.. Battery flat la tu.."

Baru kini Suzie menyedari kesilapan diri. Kesal kerana tidak memeriksa telefon bimbitnya terlebih dahulu sewaktu pulang awal pagi tadi.

"It's ok.. I tunggu kalau you nak keluar.. Tapi kalau you letih you rehatlah----"

" I'm fine ! You tunggu kejap. I siap ok.."

Suzie pantas menyanggah kata kata Darren. Mana mungkin Suzie membatalkan temu janji mereka hari ini.

Darren cuma akur dengan kehendak Suzie. Melangkah masuk ke dalam kereta sementara menunggu Suzie bersiap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2016 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Variance menengking kuat ke arah Tan Sri Vincent. Mengamuk sepuas hati. Biarlah doktor mengatakan Datuk tidak boleh berdepan sebarang tekanan memandangkan keadaannya yang agak tenat. Variance tidak peduli ! Asalkan Datuk menukar kembali wasiatnya. Variance rela lakukan apa saja demi memastikan kekayaan Datuk bakal menjadi miliknya.

"Cucu tak kenang budi !!"

Terketar ketar Tan Sri Vincent bersuara menahan amarah. Sedih juga kerana cucu kesayangan membuat onar. Terbaring di atas katil sambil menekan dada yang terasa sebak.

"I don't care , Grandpa !! I will do whatever it takes to secure my part... I have the right !!"

Kalau nyawa adalah pertukarannya Variance sanggup 'mengotorkan' tangan menghabiskan riwayat sepupu yang hingga kini masih samar identitinya.

"Kurang ajar !!!"

Satu tamparan hinggap dipipi Variance. Variance mengusap pipi yang terasa pijar. Terpaku dengan tindakan nenek.

"Mama.. How could you do this to my son?!!"

Viviana mendapatkan anak lelaki kesayangannya. Mengusap pipi Variance. Berang melihat darah daging sendiri disakiti.

"Anak kamu sudah melampau !! Apa kurang kasih sayang Mama dan Papa selama ini sampai Variance tergamak bercakap kasar dengan Papa?!"

Mata Annie berkaca. Sakit hati dengan tindakan cucu kesayangannya. Gara gara harta, Variance sanggup menentang Datuk sendiri.

"Listen Grandma... I am your grandson... I will not going to stand by and watch other people taking my right !!"

Variance tetap enggan mengalah.

"Everything's ok here?"

Anthony yang kebetulan ingin melawat Tan Sri Vincent tersentak mendengar keributan depan mata. Malahan terkejut melihat Variance disini.

"Get your son out from here !!"

Annie memberi arahan keras kepada Viviana.

"No Grandma !! I won't go anywhere unless Grandpa changed his mind.."

Nampaknya Variance memang keras kepala.

Anthony terpaksa masuk campur. Barulah Anthony tahu kedudukan Variance sebagai cucu Tan Sri Vincent Lee.

"Please son.. Don't make thing complicated ! Ikut Uncle keluar tenangkan fikiran kejap..."

Bahu Variance disentuh lembut. Anthony mengharap Variance sudi menurut kata.

Variance mendengus kasar tanda protes sebelum melangkah keluar. Hati masih terluka dengan tingkah nenek dan datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 01:24 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 10-1-2016 12:10 PM

Air mata masih bergenang dipipi Annie. Sedih. Jari jemari menggenggam erat tangan sang suami. Mengharap kekuatan untuk menghadapi detik sukar ini walaupunTan Sri Vincent kini hanya terbaring tidak berdaya.

"Jangan sampai sesiapa tahu pasal anak Vince.. Nyawa cucu kita dalam bahaya kalau identitinya diketahui.. Trust no one !   Even our daugther and Variance.."

Anggap saja ini sebagai salah satu cara Tan Sri Vincent membalas dosa silam terhadap menantu dan cucu lelaki mereka. Hanya Anthony saja boleh dipercayai memandangkan lelaki itu sudah lama bekerja dengan keluarga mereka. Beliau juga merupakan kawan baik mendiang Vince. Maka Tan Sri Vincent yakin rahsia anak Vince selamat ditangan Anthony.

"I'm aware of it dear... No worries ! I akan pastikan anak Vince selamat.. Begitu juga dengan isteri Vince.."

Annie memberikan janji. Biarpun nyawa sendiri jadi taruhan, demi kasih pada mendiang anak sulung mereka, Annie rela. Cukuplah selama ini Darren dan Zalikha hidup terpinggir.

"I really want to see my grandchild, Dear.. Dia marah lagi pada I ke? I rindu dekat dia.."

Annie tersentak mendengar permintaan suaminya. Sejak semalam Tan Sri Vincent asyik menyatakan hajat untuk menemui Darren.

Sedar cucunya masih enggan menemui mereka, Annie tidak mahu memaksa. Barangkali Darren perlukan masa untuk melupakan semua yang terjadi dulu.

"Nanti I suruh dia datang melawat you.. You restlah.."

Annie sekadar menabur janji. Janji yang tidak pasti bila akan dipenuhi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2016 05:11 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 10-1-2016 12:12 PM

Suzie terpaku bilamana Darren mengajak ke sini. Tanah perkuburan Kristian. Jarang menjejakkan kaki ke kawasan perkuburan membuatkan Suzie kecut perut. Mengekor saja langkah Darren dan akur tatkala Darren menunjukkan pusara Shelly.

Walaupun terselit cemburu namun Suzie hanya menjadi pendengar setia luahan Darren tentang Shelly. Ternyata Darren benar benar sayangkan Shelly sekalipun Shelly sudah tiada lagi didunia.

"I cuma nak you tahu.. Tak semudah itu I nak lupakan Shelly.. I tahu tak adil untuk you..  Bagi I masa untuk I lupakan bayangan Shelly.."

Bagi Darren berterus terang adalah jalan terbaik. Memandangkan Darren memilih untuk mengahwini Suzie maka wanita itu berhak mengetahui kisah silam hidupnya.

"It's okay.. I takkan cemburu pada orang yang dah tak ada.. Shelly masa silam you.. You ada hak untuk simpan kenangan dengan dia.."

Suzie senyum seraya menggenggam erat tangan Darren. Yakin dengan ketulusan hati Darren.

"Thanks Suzie ! I cuma nak start fresh dengan you.. Just forget all arguments.. Apa kata you?"

Setelah semua yang terjadi Darren malas menoleh ke belakang lagi. Biarlah yang sejarah silam itu berlalu. Mama memang benar.

Sekarang adalah masa untuk Darren memulakan hidup baru. Berkahwin dan melupakan segala kepahitan dulu.

Tentang Datuk, Darren masih mencari kekuatan untuk memaafkan semua kesalahan. Hanya waktu dapat menyembuh luka semalam.

"Anyway Darren, I minta maaf sebab marah marah you hari tu.. I cuma bengang bila Zaheeda tiba tiba muncul mengada ngada duduk sebelah you.. You pun macam syok melayan dia.. Lepas tu bila Variance tanya siapa future wife you, kenapa you tak berterus terang saja ?"

Akhirnya, Suzie berjaya meluahkan segala ketidakpuasan hati yang terpendam sejak beberapa hari lepas. Punca sebenar Suzie naik 'angin'.

"You memang lady boss.. Emo !"

Spontan ayat itu meniti dibibir Darren. Memperlekehkan pertimbangan Suzie. Tipikal bila wanita menjadi ketua. Kadang gagal mengawal emosi sehingga bertindak diluar batas professional.

"Apa?!"

Suzie ingin membalas balik namun deringan telefon bimbit Darren mematikan perbualan mereka. Hanya terpaku melihat Darren menjawab panggilan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lom ada sambungan ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.508103 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list