CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2957|Reply: 11

[Tempatan] Mercedes Diesel Hibrid cukup Jimat

[Copy link]
Post time 7-10-2015 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Sebaik memandu Mercedes-Benz E300 BlueTec Hybrid, barulah penulis percaya kereta premium dari Jerman itu semenangnya jimat minyak.
Pada pelancarannya penghujung tahun lalu, penulis melihat satu rakaman video Cabaran Afrika ke United Kingdom dengan memandu Mercedes-Benz E300 BlueTec Hybrid.
Bagaikan tidak percaya perjalanan sejauh 1,968 kilometer (km) mampu dipandu dengan satu tangki penuh minyak diesel, manakala Mercedes-Benz Malaysia (MBM) beberapa bulan lalu turut melakukan cabaran yang sama membabitkan Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand.


Keputusannya cukup memberangsangkan apabila kurang 80 liter bahan api diesel digunakan dalam perjalanan meliputi hampir 1,500 kilometer (km) de-ngan 22 jam pemanduan.
Selain jimat minyak, ia boleh dianggap murah berbanding varian lain selepas jentera berkenaan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang MBM di Pekan, Pahang sekali gus layak menerima pelepasan cukai dan dijual pada harga RM338,888 di atas jalan tidak termasuk insurans.
Jika dibandingkan dalam keluarga ‘E’, Mercedes-Benz E300 BlueTec Hybrid adalah paling murah dan berbeza hampir RM30,000 dengan Mercedes-Benz E200.
Selain harga, ia hadir dengan ciri spesifikasi sedikit tinggi dengan kelengkapan seperti pakej AMG Sports membabitkan rim aloi lima bilah berkembar 18 inci, selain padanan kit badan, brek cakera ber-saiz besar dan sistem ekzos kembar.
Apa yang ditawarkan sudah tentu menarik lebih-lebih lagi bentuk kereta premium ini tampak garang tanpa perlu menambahkan wang untuk membeli aksesori AMG.



Masuk ke ruang kabinnya, model ini dilengkapi akses bebas tangan iaitu menggunakan kunci pintar dan perlu menekan butang bagi menghidupkan enjin.
Suasana ruang dalaman dipenuhi warna gelap dan tidak seperti kereta mewah lain yang memilih kombinasi cerah, selain mempunyai bumbung matahari di bahagian penumpang hadapan serta belakang.
Ruang kokpit boleh dianggap biasa seperti keluarga Mercedes-Benz yang lain, cuma ditambah pelapik kaki produk AMG untuk memberi kelainan.
Sebaik memasuki ruang kokpitnya, tuil penukaran gear berada di belakang stereng yang mempunyai ‘N’, ‘D’ dan ‘R’. Ia seolah-olah tuil lampu isyarat bagi kereta buatan Jepun dan perlulah berhati-hati sekiranya buat pertama kali memandunya.
Ketika mahu keluar dari tempat letak kereta, penulis tidak rasa gentar untuk memandu kerana ia dilengkapi kamera keliling 360 darjah yang boleh dilihat pada skrin papan pemuka.
Sekurang-kurangnya rasa lebih selamat dan terjamin kerana bentuknya sangat besar berbanding kereta yang digunakan penulis setiap hari.
Skrin itu turut berfungsi sebagai sistem multimedia dengan mempunyai navigasi lengkap bagi memudahkan pemanduan di sekitar ibu kota dan dikawal menggunakan butang bulat pada bahagian konsul tengah.
Malah, penumpang belakang boleh menonton DVD yang digemari apabila ia dilengkapi dua skrin di belakang perehat kepala.



Pemanduan penulis di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya boleh dikatakan sangat menjimatkan dengan jarak pemanduan hampir 220km, kurang suku tangki minyak digunakan.
Tahap penggunaan bahan api dalam bandar dengan kesesakan lalu lintas mencatatkan purata 7.4 liter setiap 100km, namun sekiranya memandu di lebuh raya angka itu sudah pasti menurun pada tahap maksimum.
Biarpun enjin diesel ini digabungkan dengan sistem hibrid, ia boleh menyalurkan 204 hp dengan tork setinggi 500 Nm serta dipadankan transmisi tujuh kelajuan 7G-Tronic Plus.
Tork setinggi itu sudah pastinya membekalkan tenaga yang cukup memberangsangkan, malah ia mempunyai tiga mod pemanduan iaitu ekonomi, normal dan sport.
Namun, sepanjang penulis memandunya, hanya mod ekonomi saja digunakan untuk mengetahui tahap penjimatan bahan api itu.
Sekiranya memandu pada kelajuan minimum, jentera ini digerakkan dengan menggunakan motor elektrik sebelum enjin dihidupkan jika menekan padel minyak secara agresif.
Ketika berhenti di lampu isyarat dengan bateri hibrid dalam 45 sehingga 50 peratus, enjin mati secara automatik tetapi penyaman udara dan audio masih lagi berfungsi.
Pengendaliannya juga menarik dengan jarak roda panjang dan lebar ternyata memberi cengkaman ketika di selekoh pada kelajuan tinggi.
Sistem kedapan bunyinya juga boleh dikatakan terbaik dalam kelasnya kerana kurang kedengaran enjin diesel sepanjang pandu uji yang dilakukan beberapa hari itu.
Cuma sekiranya berada di luar kenderaan, mungkin rasa sedikit terganggu dengan enjin diesel mengeluarkan bunyi yang sedikit kasar tetapi ia masih mesra alam sekitar.
Jika mencari kereta jimat minyak tanpa mengorbankan prestasi, kenderaan premium ini mungkin adalah antara yang terbaik berada dalam pasaran.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 5:02 AM
«»

JARAK pemanduan dan tahap penggunaan bahan api.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82172#sthash.J1haY43U.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 09:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan bod automotif kah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu ko mampu beli keta rege lebih suku juta....takan minyak pun berkira?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:22 AM | Show all posts
mikasa replied at 7-10-2015 09:15 AM
Kalu ko mampu beli keta rege lebih suku juta....takan minyak pun berkira?

wrong!

Orang kaya are smart with money. Tu pasal mereka kaya.

Orang miskin akan kata kalau dah kaya, spend ja lah. Tu pasal orang miskin tak boleh jadi kaya.


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:27 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-10-2015 09:22 AM
wrong!

Orang kaya are smart with money. Tu pasal mereka kaya.

hahahahaa...


org semekin beli myvi modify ejos tong gas jadinya minyak 2x isi kl - penang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2015 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow, Kalo mampu, berbaloi2 untuk beli ni. Sebab tak nampak harga minyak Makin turun. Melainkan, Kalo kete tesla ada jual kat mesia ni. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 10:37 AM | Show all posts
buat review utk kereta x mampu pilik.

pe jadah. org kaya ada baca cari forum ni ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 10:41 AM | Show all posts
celaka...baru 4 bulan lepas wa beli mercedes...dah ada kluar model baru lagi..

otomatik mercy wa dah jadi model lama..

celakak tul la..

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 11:14 AM | Show all posts
Wow. 1968km
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:06 PM | Show all posts

kannn....  nampak sgt bodo. janji bunyi garang katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:10 PM | Show all posts
Edited by Changa at 7-10-2015 12:12 PM

VW golf yg diesel pun katanya boleh pergi up to 1000km per tank, tka payah nak hybrid gitu.
namun tiada di jual di tanah air sbb diesel tanah air masih di tahap pprt dulu2?
sekarang jah baharu ada certain BHP station jual diesel euro5
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.459993 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list