View: 2029|Reply: 4
|
TAYLOR SWIFT tidak terdesak untuk kahwin
[Copy link]
|
|
HUBUNGAN cinta penyanyi Taylor Swift dengan kekasihnya Calvin Harris semakin mendapat perhatian apabila ada khabar angin mengatakan pasangan ini bakal berkahwin. Ada pula cerita yang mendakwa, Swift telah membeli sebuah rumah bernilai lebih RM100 juta di Beverly Hills.
Menerusi laman Twitternya sebelum ini Swift sudah pun menjelaskan dia dan Harris tidak punya perancangan kahwin dalam masa terdekat. Malah, kini lebih sibuk dengan jadual persembahan.
“Apa yang media katakan saya sedang buat, membeli rumah di Beverly Hills, berkahwin dalam istana Inggeris, membuat persembahan di St. Louis?”
Kenyataan Swift itu juga secara tidak langsung menafikan dakwaan bahawa kekasihnya sudah pun membeli sebentuk cincin pertunangan.
Menurut satu sumber kepada Hollywood Life, pasangan ini ada berbincang soal rumah tangga dan anak, namun kedua-duanya setuju tidak tergesa-gesa melangkah ke fasa seterusnya.
“Semuanya berjalan lancar tetapi Taylor dan Calvin tidak terburu-buru seperti mana yang semua orang fikirkan. Berita tentang perkahwinan membuatkan mereka terkejut. Mereka tidak di tahap itu sekarang ini.
“Ia (perkahwinan) adalah sebuah fantasi yang indah, namun Taylor tidak mahu Calvin menganggap dirinya terdesak menerima sebentuk cincin. Ia sangat pelik,” ujar satu sumber kepada Hollywood Life.
Swift dan Harris mula berjumpa sejak Mac 2015. Penyanyi berusia 25 tahun ini pernah dikaitkan punya hubungan cinta dengan Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer, Jake Gyllenhaal, Connor Kennedy dan Harry Styles.
Taylor belum ada perancangan untuk berkahwin dengan Harris
manggaonline-
|
|
|
|
|
|
|
|
gila tinggi calvin harris ni. . |
|
|
|
|
|
|
|
TS ni dah la tinggi...dapat pula CH ni tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
@ogata xsilap tinggi CH ni 1.98m ..
lagi 2 cm je nak 2 meter
|
|
|
|
|
|
|
|
iloveyou replied at 8-10-2015 10:37 AM
@ogata xsilap tinggi CH ni 1.98m ..
lagi 2 cm je nak 2 meter
ooo
dh terbayang lain plak
kah kah kah.
harap taytay kawin sama ini orang.la |
|
|
|
|
|
|
| |
|