CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12629|Reply: 100

[Tahniah!]Ezad Lazim timang anak kedua,mohon doakan isteri. Pic,nama baby#26

[Copy link]
Post time 6-10-2015 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by doubleA at 7-10-2015 02:05 PM


Ampang: Isteri penyanyi Ezad Lazim, Nor Azeana Ramli, 36, selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Ampang pada 2.15 petang tadi (Isnin 5 Oktober).
Ini adalah anak kedua pasangan yang bernikah pada 30 Mac 2013 itu selepas dikurniakan anak perempuan, Puteri Rania Keisha yang kini berusia dua tahun.
Nor Azeana atau lebih dikenali dengan Zeana, nekad mahu melahirkan anak kedua mereka walaupun disahkan menghidap ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST).
Ezad, 36, berkata, isterinya dimasukkan ke wad sejak 10 pagi dan menjalani pembedahan pada tengahari.
Alhamdulillah anak lelaki saya selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah. Cuma saya sedang menunggu perkembangan isteri kerana dia mengalami pendarahan yang banyak,” katanya ketika dihubungi.
Zeana mula mengalami sakit perut sebaik pulang mengerjakan umrah pada Februari lalu. Dia seterusnya menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan.
Seminggu kemudian, Zeana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi, namun selepas itu sakitnya kembali berulang. Dia dirujuk semula kepada doktor dan disahkan menghidap GIST.
Ezad pernah memberitahu, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang selepas bersalin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82586#sthash.D2xCIS0K.dpuf



p/s : sempena spekuan ezad dalam gv2, kita doakan kesihatan isteri dia sama ok. sebab ezad lebih wangi lepas kawen





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 11:43 AM | Show all posts
tahniah ezad n wife.. kuat betul semangat isteri dia ni kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 11:45 AM | Show all posts
kaksom replied at 6-10-2015 11:43 AM
tahniah ezad n wife.. kuat betul semangat isteri dia ni kan..

aah, sangat kuat. lepas kes ezad dgn dadah dah pernah keguguran sekali.
masa pregnant yg ni kena ketumbuhan tapi masih nak teruskan bawa bayi ni sampai selamat lahir dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Smuga Allah sembuhkan istri ezad...in sha Allahh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:47 AM | Show all posts
Alhamdulillah & tahniah Ezad..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:02 PM | Show all posts
be strong !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2015 12:04 PM | Show all posts
tahniah utk ezad dan isteri.. semoga lebih tabah menghadapi segala dugaan.. aaminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu bukanke ada statement ckp isteri dia ada cancer? Ketumbuhan tu jnis cancerke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2015 12:11 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 6-10-2015 12:09 PM
Haritu bukanke ada statement ckp isteri dia ada cancer? Ketumbuhan tu jnis cancerke?

ketumbuhan kalau berulang tu saspek kanser.

mohon yg lebih arif huraikan, iols bukan doktor
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah eza n wifey. Ezad pun da brubah kan? Tapi nape iols rasa ezad ni ala2 retis downgrade masakini. Nak kata frozen, xdela frozen mana pun. Suam2 jeh... Padahal dia dan exist patut dh jadi grup legend dah alongside with slam since byk lagu2 grup yg evergreen dan masih didengari smpai kini. Maksud iols heshe mcm kurang eksklusiviti gittew. X mcm akak jena, kak nuar, erra gite. Maybe kes dadah dan diskriminasi warna kulit yg mnjatuhkan heshe kowtt??
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:27 PM | Show all posts
lampor replied at 6-10-2015 12:23 PM
Tahniah eza n wifey. Ezad pun da brubah kan? Tapi nape iols rasa ezad ni ala2 retis downgrade masaki ...

Heols akan muncul dalam Gegarvaganza so moga2 heols akan lebih sukses selepas ittew.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 12:27 PM | Show all posts
lampor replied at 6-10-2015 12:23 PM
Tahniah eza n wifey. Ezad pun da brubah kan? Tapi nape iols rasa ezad ni ala2 retis downgrade masaki ...
Maybe kes dadah dan diskriminasi warna kulit yg mnjatuhkan heshe kowtt??


tulah, exist pun antara group yg banyak kali masuk AJL walau tak menang.
agak laa, banyak jugak job dia selain nyanyi, masih berlakon, tapi tak nampak eksklusif (di mata meols juga).

kaka @sepitsiput ada sepatah dua kata?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Rhyno replied at 6-10-2015 12:27 PM
Heols akan muncul dalam Gegarvaganza so moga2 heols akan lebih sukses selepas ittew.

Aaaaminnnn.
#teamezad kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
gist ini memang cancer pun. congrats ezad and bertabahla.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 01:20 PM | Show all posts
ekslusif tapi takdak job payah jugak
dia ada family nak sara so kena la masuk gv
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ninanoni replied at 6-10-2015 01:20 PM
ekslusif tapi takdak job payah jugak
dia ada family nak sara so kena la masuk gv

Aah iols pun rasa gtu,sebab perlukan job,usaha keras ajelah. Lebih baik dari terlibat dgn benda bukan2.

Biarlah kurang eksklusif tu,hakikat suara dia sedap dan otai tu hakikat jua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 01:26 PM | Show all posts
congratz bro !!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 01:28 PM | Show all posts
Ketumbuhan ada jenis benign dan malignant.
Yg malignant tu yg jenis aktif, boleh spread ke organ2 lain.

Kalau benign tu biasanya dia setempat je x cancerous.
Kene la amik sample..g test
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 01:33 PM | Show all posts
tahniah ezad n wife
semoga penyakit wife ezad cepat sembuh
semoga ezad terus berjaya dan menang GV2

#teamezad jugakk
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 02:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah & tahniah Ezad..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057186 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list