View: 5143|Reply: 49
|
[Tempatan]
UMNO pantau tujuh pemimpin pro-Tun M
[Copy link]
|
|
FMT Reporters | October 5, 2015
Ku Nan menasihatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya berhenti menyerang Najib Tun Razak kerana kerajaan tahu menyelesaikan masalah negara.
KUALA LUMPUR: UMNO sudah mengenal pasti tujuh pemimpin parti itu yang mengeluarkan kenyataan untuk menjatuhkan Perdana Menteri selaku Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemimin UMNO itu dalam perhatian untuk dihantar surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti.
“Kita ada tujuh pemimpin yang dipantau dan Lembaga Disiplin parti tidak akan teragak-agak untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Unit RUMAWIP di Kepong pada Isnin.
Tengku Adnan atau Ku Nan berkata demikian mengulas jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin selepas secara terang-terangan dan berterusan menyerang Najib melalui beberapa majlis forum baru-baru ini.
Ku Nan menasihatkan Dr Mahathir supaya berhenti menghentam Najib dan menyatakan bahawa kerajaan lebih tahu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
“Sudah-sudahlah apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir. Biar pemimpin dalam kerajaan sahaja selesaikan,” katanya sambil
memberi amaran kepada orang luar termasuk media supaya tidak melaga-lagakan pemimpin baharu dan lama dalam parti itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah 7 org tu ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala skrg jib ada kuasa bolehla ko jilat bagai nak gila.. Tunggu la jibby out nanti sah2 la ko kutuk yg pro jibby plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NAT_11 at 5-10-2015 05:02 PM
Segala-galanya sunyi sepi.
Takda siapa bising-bising lagi.
Sungguh menggerunkan, tapi dia ni masih tak rasa apa-apa.
Masih nak pantau orang itu orang ini.
Dia wajar pantau the silent MAJORITY.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Pro najib makin berani, sebab israel dibelakang mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa keling sebelah encik adnan tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
entah lah sekarang rasanyer..menteri dan jurucakap kerajaan yang ada ..datang dr pelusuk mana pun tak tau. lol alih alih bersuara dan alih alih jer muncul dlm media masa.......... dan kipas idola mereka dgn bersungguh sungguh nyer. Kadang kadang baca or tgk tc..tertanya tanya.ni menteri mana ni lol.rakyat blurr
DUlu tu yang berani bersuara tu yang ada jugak contribution pada negara dan dikenali lah jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak pecat saje Tun M? |
|
|
|
|
|
|
|
sosma? kan je ..
bagi dia rasa mcmana org2 yg dia penah buat dulu..
giliran dia pula menjadi mangsa..
kalau pecat xde hal, sbb dia mmg dah lawan..
|
|
|
|
|
|
|
|
ku nan ada hati nak warning mahadet |
|
|
|
|
|
|
|
Ketuanan mamak melawan ketuanan yindon.... |
|
|
|
|
|
|
|
org yg menjadi punca negara & rakyat terjerumus teruk ke jurang masalah tu lah yg patut di silence n ditendang
ngok!!! |
|
|
|
|
|
|
|
meke neh bukang nak memerintah negaro....nak memUmnokan negaro......
|
|
|
|
|
|
|
|
hoi, itu melayu, ko buta kah |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuh pemimpin Umno dipantau itu mungkin...
Abdul Rahim Sabri  5 Oct 2015, 7:16 pm  5 Oct 2015, 7:27 pm
http://www.malaysiakini.com/news/314626
Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencetuskan tanda tanya selepas mendedahkan tujuh pemimpin Umno dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti.
Sekalipun menteri Wilayah Persekutuan itu tidak mendedahkan individu yang terlibat dan sebabnya, namun umum boleh mencongak pemimpin yang dimaksudkan berdasarkan perkembangan semasa, aktiviti dan kenyataan masing-masing.
Setakat ini masih belum jelas pemimpin terbabit sama ada di peringkat atasan ataupun akar umbi.
Namun begitu, berdasarkan keadaan semasa, tujuh pemimpin itu mungkin melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kabinet Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Selain itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut disebut-sebut, di samping bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.
Anak lelaki Dr Mahathir itu, yang sebelum ini diuar-uarkan akan dipecat sewaktu isu pemecatan Muhyiddin berada di kemuncak, turut terkena tempias daripada kelantangan bapanya mengkritik Najib.
Mereka antara yang lantang mengkritik kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Mereka antara yang lantang mengkritik kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Ia termasuklah kenyataan keras mereka mengenai dakwaan skandal kewangan 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan mendapat liputan buruk media antarabangsa.
Semua pemimpin itu juga dilihat mempunyai kaitan dengan Mahathir - yang nampaknya kini sanggup melakukan apa sahaja untuk menurutkan Najib, termasuk hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung Ogos lalu.
Beliau konsisten menunjukkan kemarahan kepada pentadbiran Najib. Sementara Muhyiddin dan Shafie – walaupun antara pemimpin paling kanan Umno tidak mustahil turut berdepan pemantauan ibu pejabat parti.
Muhyiddin, yang disingkirkan dari kabinet sering mengeluarkan kenyataan pedas dan sinis terhadap Najib, turut mempersoal mengapa sumbangan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib dan mahu lembaga pengarah 1MDB ditukar dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno.
Hampir empat bulan tiada dalam kabinet, Shafie juga mahu isu 1MDB diselesaikan segera termasuk isu ekonomi ketika ini.
Mukhriz antara pemimpin awal Umno yang tidak segan-segan menunjukkan simpati terhadap Muhyiddin dan Shafie.
Sementara itu, Khaled pula antara tokoh utama Umno Johor yang rapat dengan Muhyiddin - menyuarakan kekecewaan akar umbi yang terluka ekoran pemecatan ketua Umno Pagoh dalam kerajaan.
Khaled dilapor lantang mengeluarkan kenyataan mengenai kepentingan akar umbi Umno menunjukkan kesetiaan dan menyokong kebenaran.
Beliau juga mengkritik Umno supaya tidak berdiam diri dengan amalan rasuah yang menjadi budaya dalam parti.
Pemerhati juga berpendapat kemunculan semula Sanusi dan Rafidah yang ligat menghentam kepimpinan Najib sejak akhir-akhir ini turut mencetuskan persoalan antara pemimpin Umno yang berada dalam pemantauan ibu pejabat parti.
|
|
|
|
|
|
|
|
saifuddin selamat???
nampaknya saifuddin kena bekerja lebih keras....
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke??
lain macam je rupa...kalau tak silap, pernah tengok video dia ni berkempen....tapi dia cakap bahasa tamil....
|
|
|
|
|
|
|
|
sosma...penjara tanpa bicara...
adakah itu hukum karma buatnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
7 orang pemimpin dan bekas pemimpin
tu kalo buat parti baru pun tak akan ke mana
itulah hakikat yang ditunjukkan oleh
pertubuhan kebangsaan melayu bersatu
sejak tahun 1946 lagi
hanya ada satu laksamana
dalam armada |
|
|
|
|
|
|
| |
|