CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1391|Reply: 0

HUGH JACKMAN gayat dan takut gelap

[Copy link]
Post time 5-10-2015 11:16 AM | Show all posts |Read mode

                                    DALAM satu temu bual baru-baru ini, pelakon Hugh Jackman berkongsi kisah sedih zaman kanak-kanak selepas ditinggalkan ibu ketika berusia lapan tahun. Peristiwa itu juga membesarkannya sebagai seorang kanak-kanak yang suka memberontak.
“Ibu meninggalkan rumah ketika saya berumur lapan tahun. Kemarahan saya tak nampak masa itu sehinggalah berusia 12 atau 13 tahun. Kemudian ibu bapa cuba rujuk semula namun ia tidak berlaku.
“Saya masih ingat dahulu sering menumbuk almari besi sehingga ia meninggalkan kesan lekuk. Ia bagaikan satu kombinasi peningkatan hormon dan emosi ketika itu.
“Kemarahan saya akan diluahkan ketika bermain ragbi di sekolah yang mana saya sifatkan sebagai Wolverine.
“Sejak ibu meninggalkan kami, saya menjadi seorang kanak-kanak yang ketakutan dan tidak berkuasa.
“Saya anak bongsu dan selalu pulang awal dari sekolah. Tetapi saya takut untuk masuk ke rumah sendiri. Saya tunggu di luar dengan perasaan takut dan kecewa,” cerita Jackman seperti dipetik dari People.
Keadaan itu juga menjadikan Jackman membesar sebagai remaja yang takut dengan kegelapan dan gayat pada ketinggian. Bagaimanapun pelakon berusia 47 tahun ini belajar mendapatkan keyakinan diri melalui acara berucap di hadapan umum.
Jackman tampil dengan filem terbaru berjudul Pan dengan memegang watak Blackbeard yang menjadi ancaman kepada Peter Pan sebagai teraju utama filem tersebut.
Jackman membawa watak kapten jahat dalam drama fantasi pan.

                                                                    -mangaaonline-




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.444899 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list