BERIKUTAN laporan beberapa media di China yang mengatakan Seungri keluar dating bersama seorang wanita di kelab malam, pihak YG Entertainment tampil memberi kenyataan mewakili anggota kumpulan Big Bang itu.
“Kami tahu dia meluangkan masa bersama rakan-rakannya selepas selesai konsert Big Bang. Ia bukanlah sesuatu yang serius. Dia tidak menaiki kenderaan sama dengan wanita itu seperti yang didakwa,” jelas YG Entertainment.
Pada 24 hingga 27 September lalu, semua anggota Big Bang berada di Taiwan bagi menjayakan konsert jelajah, 2015 World Tour MADE.
Media China melaporkan Seungri memasuki sebuah kelab di daerah Daan pada 26 September pukul 1.00 pagi dan meninggalkan kelab tersebut dua jam kemudian.
Seungri dilihat berbual dengan wanita yang digosipkan dan mereka dilihat saling berbisik sambil menunjuk kepada satu arah. Seungri sempat berbual dengan beberapa wanita lain di luar kelab sebelum pulang menaiki sebuah kereta.
Wanita yang dilihat bersama Seungri itu tidak menaiki kenderaan yang sama. Bagaimanapun ada yang mendakwa mereka menuju ke destinasi yang sama. Wanita itu dikatakan seorang pelajar China yang kini sedang menuntut di Korea Selatan. Sebelum ini juga, Seungri dikatakan rapat dengan aktres popular Indonesia, Raline Shah.
Gambar Seungri yang dirakam media China. Sumber:manggaonline
|