CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 0

NICKI MINAJ terbit drama kisah hidup

[Copy link]
Post time 2-10-2015 05:32 PM | Show all posts |Read mode

                                    PENYANYI sensasi Nicki Minaj bakal menerbitkan sebuah drama bersiri untuk siaran ABC Family yang berkisar tentang kisah hidupnya. Selain bertindak sebagai penerbit, Minaj juga khabarnya akan turut membintangi drama yang masih belum diberi judul.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Minaj sering menggunakan #Nickisuprise sebagai memberitahu dia bakal terlibat dalam projek besar ini. Berita tentang drama ini juga disahkan sendiri oleh Minaj melalui laman sosial tersebut.

“Ini adalah satu pengembaraan unik yang akan saya mulakan tidak lama lagi. Saya berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan mereka yang hebat di samping memberikan sesuatu yang istimewa buat semua orang,” ujar Minaj.

Drama yang dijangka memulakan tayangan pada hujung tahun ini memaparkan kisah kehidupan Minaj sejak kecil. Penyanyi asal Trinidad & Tobago ini kemudian berpindah ke New York, Amerika Syarikat dan memulakan kerjaya nyanyian sekitar tahun 1990-an.
Minaj yang merupakan bekas pelajar jurusan lakonan Sekolah Tinggi LaGuardia, sebelum ini pernah membintangi filem The Othe Woman di samping Cameron Diaz, Leslie Ma dan Kate Upton.

Kejayaan Minaj memperkenalkan lagu-lagunya seperti Super Bass dan Right By My Side telah menjadikannya antara penyanyi papan atas  di Amerika Syarikat. Video muzik lagu Anaconda pula mencipta sejarah dengan catatan jumlah tertinggi penonton dalam tempoh 24 jam.
Terbaru tentang projek drama tersebut, Minaj melancarkan pencarian pelakon kanak-kanak bagi membawakan wataknya ketika kecil.
“Saya kini melancarkan pencarian seluruh negara untuk mencari #YoungNicki,” tulis Minaj di laman sosial miliknya. Sumber: Deadline & US Weekly
-manggaonline-

                                                                    




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044323 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list