PENYANYI Rita Ora khabarnya kini sedang intim dengan vokalis kumpulan Blink 182, Travis Baker. Mereka dikatakan mula berjumpa pada 20 September lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat dan sejak itu dilihat sering keluar bersama.
“Rita mencari Travis dan memberitahu maklumat tentang dirinya. Mereka bersama hampir setiap hari selepas itu.
“Travis sangat menyukai Rita. Dia suka wanita yang mempunyai personaliti menarik dan Rita pula seorang yang cantik,” jelas satu sumber yang dipetik dari US Weekly.
Rita dan Travis mula saling suka selepas pertama kali jumpa.
Rita yang popular menerusi lagu Black Widow (nyanyian bersama Iggy Azalea) sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Calvin Harris. Dia baru sahaja putus cinta dengan Richard Hilfiger, anak kepada pemilik rangkaian fesyen Tommy Hilfiger.
Sementara itu, Travis pula sebelum ini pernah berkahwin dengan Ratu Amerika Syarikat 1995, Shanna Moakler. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata, Landon Asher dan Alabama Luella. Travis dah Shanna bercerai pada 2008 selepas bersama selama empat tahun.
-manggaonline-
|