Gambar kanak-kanak Malaysia minta sedekah di Thailand palsuGambar ini pernah diviralkan pada 21 Mei tahun lalu. - Foto iconosquare.com
[size=100%]KOTA BHARU, 1 Oktober:Gambar seorang kanak-kanak perempuan Malaysia berusia dalam lingkungan tujuh hingga 10 tahun meminta sedekah di Thailand yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, adalah palsu.
Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan memberitahu, gambar itu pernah diviralkan pada 21 Mei tahun lalu dan kini kembali disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Perkara ini sama sekali tidak benar dan segala penyebaran maklumat terbabit sama sekali tidak benar,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Dalam perkembangam sama, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip menyangkal pegawainya pergi ke Thailand untuk menyiasat perkara berkenaan.
Difahamkan, satu mesej ringkas bersama gambar seorang kanak-kanak perempuan yang disebarkan melalui aplikasi itu, mendakwa polis Thailand menemui seorang kanak-kanak perempuan fasih berbahasa Melayu, kononnya sedang meminta sedekah di Negara Gajah Putih itu.
Mesej itu turut mengatakan, ada pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihantar ke negara berkenaan untuk menyiasat kes tersebut dan meminta sesiapa yang mengenali kanak-kanak terbabit supaya menghubungi nombor telefon yang tertera.
therakyatpost
|