Penyanyi Janet Jackson dilaporkan sudah memeluk Islam. Beberapa laporan di luar negara mengatakan penyanyi berkenaan begitu serius mendalami agama Islam termasuk sudah tampil dengan imej yang sopan dan mengawal gerak tariannya ketika meneruskan siri jelajah ‘Unbreakable.
Sumber yang berkongsi dengan akhbar The Sun memberitahu, Janet yang juga isteri kepada ahli perniagaan kaya, Wissam Al Mana begitu menghormati Islam.
“Dia sudah seperti menemui hidup baharu dengan agama Islam. Malah keluarganya juga merestui keputusannya itu. Dia banyak menghabiskan masa dengan mempelajari serta mengkaji keindahan Islam itu sendiri,” kata sumber.
Malah, Janet kini tampil dengan imej yang lebih sopan dan tidak melakukan tarian yang melampau mahupun menggoda sewaktu siri jelajah Unbreakable bersempena dengan kemunculan semula beliau dalam bidang hiburan. Janet juga dikatakan mengakhiri konsert jelajahnya dengan menyebut Insya-Allah.
|