Memulakan langkahnya ke pentas hiburan Hollywood, bintang Bollywood terkenal, Priyanka Chopra kini ditampilkan sebagai Alex Parrish, seorang pelatih FBI di dalam drama bersiri aksi baru, Quantico.
Merupakan watak mencabar buat Chopra, yang dikenali di seluruh dunia sebagai seorang aktres, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Dunia, dia juga merupakan aktres Asia Selatan pertama yang membintangi program tv terkemuka di US.
Bergandingan bersama Jake McLaughlin (Ryan), Aunjanue Ellis (Miranda), Yasmine Al Massri (Nimah), Johanna Braddy (Shelby), Tate Ellington (Simon) dan Graham Rogers (Caleb), pelakon jelita ini memikul tugasan berat di dalam siri ini yang mengisahkan dirinya bergelut dengan latihan kepolisan, perhubungan selain mempunyai kisah silam yang tersembunyi.
Dijangka sebagai sebuah siri musim luruh 2015 yang paling dinantikan, Quantico memaparkan penceritaan kehidupan polis pelatih FBI dari mata seorang pelatih wanitanya. Tiada seorang pun yang boleh dipercayai dan Quantico melancarkan pencarian dalaman mereka untuk mengenal pasti musuh dalam selimut. Daripada penerbit eksekutif Grey’s Anatomy dan Criminal Minds dan ditulis oleh Josh Safran (Smash, Gossip Girl); Quantico menjanjikan kepuasan maksimum buat peminat mereka.
Quantico akan ditayangkan pada 28 September 2015 pada Isnin, 10:00 malam eksklusif di AXN (Astro 701 dan Astro B.yond 721). Episod 1 dan 2 boleh ditonton secara online untuk prebiu percuma sehingga 27 Oktober 2015.
sumber - www.wanista.com
|