Sejarah tamadun negara-negara dunia pertama membuktikan kuasa membaca dan menimba ilmu pengetahuan dalam pembentukan tamadun manusia dan peningkatan kualiti hidup masyarakat.
Malaysia kini menghampiri halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh para ilmuwan.
Golongan belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan.
Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan dari Facebook dan Twitter.
Tabiat membaca memerlukan kepada perubahan minda yang peka dan dimulakan dari awal. Justeru, beban menerapkan sifat suka membaca di kalangan anak-anak kecil terletak pada bahu ibu bapa.
Perubahan satu generasi ke generasi yang lain akan dapat memastikan kemampanan tabiat membaca dan juga penerusan budaya ilmu di kalangan generasi yang berikutnya.
Marilah kita menerapkan budaya minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malaysia yang lebih baik ke arah kecemerlangan negara.- CARI Infonet
tapi saya suka membaca, sampai iklan signboard segala bagai pon saya baca, hahah... sekarang ni harga buku mahal, kalau nak baca ape2, cari kat tenet je.. or lepak kat borders/MPH curi2 baca, hahah...
ok ... aku akui mmg aku semakin malas membaca. dulu2 .. satu novel setebal 2 invci aku boleh habiskan dalam masa 2 hari. sekarang .. err ... yang tgh aku baca ni pun rasanya dah masuk 4 bulan. tu pun belum sampai separuh. eee i hate myself.