CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28048|Reply: 557

[Tempatan] Larang Guna Pembesar Sore Dimasjid Selain Azan di P.Pinang #341 Nabi Larang?

[Copy link]
Post time 1-10-2015 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 2-10-2015 03:47 AM

Larangan guna pembesar suara di masjid selain untuk azan akan diwarta di P.PinangBernama |                                                 Oktober 01, 2015 07:28 MYT                    
                                      




                                 Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau. - Gambar Fail

GEORGE TOWN: Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian dan syiar Islam malah selaras dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.

"Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.

"Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume yang sangat kuat," katanya.
Wan Salim berkata proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri ini mengenai perkara itu agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di qaryah masing-masing.

"Semoga dengan cara sedemikian isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbukan kekecohan yang berpanjangan," katanya. -Awani                                               


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Heeeeh sis,kita beribadat dan berzanji haruslah diwar2kan keseluruh alam,nanti orang xtahu pula kita alim sis..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
haha. peluang hentam dapig dah mai  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:31 AM | Show all posts
kenkdang dorang ceramah masjid/surau pon nak pki pembesar suara. . emmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:33 AM | Show all posts
ali dan jamal....mai...
parti PEMERINTAH UMNO...mai...

janji pulau pinang je...cpt2 la hencap cina dap
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lega rasanya tak dapat lagi dengar suara bagi ceramah ala ala terjerit jerit memaki hamun kat surau taman aku ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2015 08:41 AM | Show all posts
kenapa lah isu laungan azan di masjid ni nak dijadikan isu sangat..

iols dok taman kos sederhana..
melayu ada cina ada india ada..

cukup masa masing masing nak sembahyang..
sembahyang je la..

yang islam dengan azan mengajinya..
yang cina..bakar colok..bakar azimat depan rumah..
yang india hindu..dengan pasang lagu dan bunyikan loceng nya...

takde masalah pun..takde komplen pun..
hormat agama memasing..
hantu pun takut nak kacau taman kitorang....

yang iols tak tahan..

yang bela anjing..
menyalak sana menyalak sini..
kalau dibawak berjalan..cret sana..cret sini..
dan yang terkini..
bawak masuk dalam troli..

larangan berkaitan anjing yang patut diwartakan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
khenn..bunyi anjeng jiran umah seblah I lgi bising..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ini dapat nya pabila cina babi al kapirun memerintah.. cer ummah sekalian bayangkn klau theyolls ni mmerintah malaysia plak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
pasuoren replied at 1-10-2015 08:41 AM
kenapa lah isu laungan azan di masjid ni nak dijadikan isu sangat..

iols dok taman kos sederhana. ...

Kak... Xda sapa ada masalah dgn laungan azan, bahkan x dilarang pun melaungkan azan guna siar raya... Yg x dibenarkan tu adalah SELAIN AZAN...


Bodo.  !!!.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kg aku tiap kali subuh masjid pasang mengaji..x dak sapa buat report bagai sebab kat sini semua melayu islam..bagus pon boleh suh bangun solat subuh..harap2 la terus kekal sampai bila2..rasa syahdu bila dengar alunan ayat suci di pagi hening..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
IbuAulia replied at 1-10-2015 08:53 AM
kg aku tiap kali subuh masjid pasang mengaji..x dak sapa buat report bagai sebab kat sini semua mela ...

X berani repot la sebab jahil... Walhal benda tu salah.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:55 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 1-10-2015 08:53 AM
Kak... Xda sapa ada masalah dgn laungan azan, bahkan x dilarang pun melaungkan azan guna siar raya ...

ramai yg tak baca betul2......
otak macai memang macam tu bro....
tahap otak jamal lembu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:55 AM | Show all posts
pasuoren replied at 1-10-2015 08:41 AM
kenapa lah isu laungan azan di masjid ni nak dijadikan isu sangat..

iols dok taman kos sederhana. ...

Bukan azan yg jadi isu tapi ceramah, wirid, doa yg guna pembesar suara. Azan sekejap ja tapi kalau ceramah tu mau la sejam

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 1-10-2015 08:55 AM
ramai yg tak baca betul2......
otak macai memang macam tu bro....
tahap otak jamal lembu

Itulah sis... Lepas tu salahkan Cina, main sentimen.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 09:01 AM | Show all posts
IbuAulia replied at 1-10-2015 08:53 AM
kg aku tiap kali subuh masjid pasang mengaji..x dak sapa buat report bagai sebab kat sini semua mela ...

Kak, kalo ddk jauh dr mesjid mmg best la dgr sayup2 je dr mesjid. pasang plak 5-10 minit before solat subuh. for me okayla....bygkan kalo akak ddk kat tepi or radius 100meter dr mesjid pastu ada plak anak kecik. mesjid plak pasang kuat nak rak pastu bacaan plak membingitkan, sejam sblm azan dah bukak. tak ke tekejut ur anak kecik tu or ur hasben yg balik kerja penat sgt tgh malam dan memerlukan rehat yg cukup? di sinilah sya assume pihak mufti ambil point kemaslahatan masyarakat. AZAN itu wajib, dan yg lain2 tu tak wajib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Balik kampung gi rumah adik ipar depan masjid...nak sembang nak tanya apa pon xboleh  masjid depan tu tgh  ceramah... kuat gila...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
penyelesaian nya, sila tutup telinga anda kalau da rimas sgt..sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 09:27 AM | Show all posts
harap haramkan sama yg menjual tilam sokabar lama gas dsb....
memekak je...

btw bangsa tu je yg jual kan....?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
"jangan berumah ditepi pantai, klau takut dilambung ombak"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.621700 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list