CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25057|Reply: 140

[Edisi Kesian]Shima 'Teringin' merintih hiba,takde job,hidup terhimpit, 4x janda

[Copy link]
Post time 22-9-2015 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 22-9-2015 07:46 PM



Berdasarkan namanya yang pernah gah dan lagu-lagu dendangannya sering berkumandang di corong radio sehingga hari ini, pasti kita tidak percaya kalau Shima, 46, beritahu yang hidupnya kini dalam kesempitan. Shima tanpa berselindung bercerita mengenai  kisah kehidupannya sekarang bagi meringankan tekanan. Sukar untuk mempercayai untung nasib penyanyi lagu Teringin itu, tetapi itulah hakikatnya.


“Saya jarang dapat job (undangan menyanyi) sekarang ini. Tak tahu di mana silapnya. Lepas program Gegar Vaganza tahun lepas, ingatkan banyaklah tawaran tapi hampa. Masa program berlangsung ingatkan kemunculan saya dapat membuka mata penganjur untuk menawarkan saya peluang menyanyi, tapi hampa. Semua itu tidak membantu kerjaya saya.

“Memanglah ada tawaran menyanyi tapi tidak seiring dengan pembabitan saya dalam bidang seni ini yang sudah menjangkau lebih 10 tahun itu. Saya masih menyanyi dan tidak pernah berhenti daripada menyanyi tetapi itulah nasib saya, kurang mendapat tawaran persembahan berbanding orang baharu,” luahnya dengan nada sedih.
Tambah Shima, kekeliruan itu berlaku mungkin kerana penganjur tidak tahu untuk menghubunginya. Lagipun sekarang ini Shima tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan secara tidak langsung segala aktiviti seninya diuruskan sendiri.

“Memang payah kalau tidak ada pengurus atau orang yang menguruskan jadual seni kita. Macam mana saya nak lantik pengurus peribadi untuk mengurus kegiatan seni, nanti saya nak bayar dia dengan apa pula. Saya sendiri pun tak ada pendapatan,” akuinya lemah.

Hits yang tersentuh hati mendengar luahan rasa Shima, terus bertanya dari mana dia mendapat wang untuk kegunaan harian kerana kehidupan perlu diteruskan.
Dengan mata yang berkaca, Shima memberitahu setakat ini dia hanya bergantung kepada wang simpanan yang dikumpul selama bergelar artis.
“Nasib baiklah selama ini saya jenis yang beringat juga. Tapi, lama mana saya boleh bergantung pada duit simpanan kerana lama-lama habis juga kalau asyik keluar tanpa menyimpan. Nak berharap pada adik-beradik, mereka pun ada keluarga sendiri. Jadi susah atau senang sekarang ini, saya tanggung sendiri,” katanya.

Selain ahli keluarga, Hits juga sempat bertanya, ke mana perginya bekas-bekas suaminya. Tidakkah dia mendapat bantuan daripada mereka kerana Shima pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali sebelum ini.

“Mana ada, semua sudah buat hal masing-masing. Sekarang ini saya sendirian. Kalau tak kerja mana nak cari duit untuk sara hidup. Harap adalah yang sudi undang saya untuk menjayakan persembahan pentas. Entahlah mungkin penganjur tidak tahu nak hubungi saya macam mana. Saya boleh dihubungi menerusi talian 017-6085282,” rayunya

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kesian plak ngan sis Shima ni...sheols menderita kekdahhnyaa...  dah jadi janda empat kali plak tu ... ...anak pun takde .....

1st ex husband dengan Satiman ahli grup Band sheols dulu
2nd ex husband dgn Khairun lamb (Cikgu)
3rd ex husband rahsia kekdahnya taknak reveal
4th ex husband  dgn kokesen kanada ....

5th bakal suami.....???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 07:48 PM | Show all posts
Mestilahhh
Mas aalt gegar vaganza tu sheolss mcm dah ilang skill as entertainer
Nak bckp pun tunduk2 malu gitu

Org msti fikir byk kali nak undang wat show
Sbb show kene sembang2 ngan audience gak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dia. Nak start bisnes pon ada risiko. Modal lagi. Harap ada la hotel2 panggil dia menyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:01 PM | Show all posts
Artis walau dah kertu sekalipun, kalau bakat entertainer tak hilang, orang akan tetap panggil.

I perhati Shima ni, x de nilai2 tu. Masa GV so keras kejung, ala2 penyanyi amatur. Orang pun takut nak panggil. Plus, x de PA pulak. Double susah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya perjalanan hidup beliau....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyi kat kelab dangdut je la acik Shima..
Untung2 dpt pancing dato2 gatal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukanke Sheol slalu diundang nyanyi kat hotel.
See baru 40an dh merintih cmni..median
Retis lain tu beringatla..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 08:16 PM | Show all posts
kesiannya.. contohilah maya karin.. muda2 dah berjual beli hartanah hasil berlakon iklan, mengacara, berlakon pilem.. pendapatan juta2 bertahun takyah kerja.. kalau jimat cermat seumur hidup takyah kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:23 PM | Show all posts
maybe kna pikir cara lain utk carik rezeki
bidang nyanyian tak menjamin semua org
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 mne?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
keknis&hairul kena bace artikel ni...
at least bleh wat teladan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by de_ikea at 22-9-2015 08:49 PM

Setahun sblum gv, i watched her at grand millennium hotel. Masih wow, nyanyi sedap, baju sexy sequin merah, masih kurus, showmanship ok, boleh interact well with audience.

Terkejut bila tgok dia di gv dah bam bam n kejung kaku. Bila ditanya ucapan tersingkir pun, jawapannya geleng tak de pape.

Apa sebenarnya yg dah jd dgn dia???
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:51 PM | Show all posts
She needs to lose all the excess weight. Bila badan ringan, nak menyanyi pun yakin dan tak mengah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 22-9-2015 08:46 PM
Setahun sblum gv, i watched her at grand millennium hotel. Masih wow, nyanyi sedap, baju sexy sequin ...

Yes..wat hepen to her.dia nie pnyanyi club n hotel..mmg tkde mslh utk bkomunikasi n sore mmg power..dlu pnh tgk show die..mmg wow..tp knapa ms extravaganca nmpk tk bmaya ckp pun taknk.mcm de prob.smua org pun pasan..mcm pnyanyi yg br naek stage je ms tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kt gv aritu mcm malu2 pulak, statik pulak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kt gv sore dia time chorus mcm bingit..xsekata.sianla Sheol.dia kena turunkan berat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jd mcm lembab kan...mcm xalert pun ada...mcm di awang2an...kesian
Depression kot dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pernah kawin dgn matsaleh kn?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya sis shima

Tp masa GV hari tu mmg nampak mcm lost..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.336061 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list