CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1813|Reply: 13

[Tempatan] Najib mahu saman tapi tak mau bising2lah

[Copy link]
Post time 11-9-2015 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Najib dan isteri mohon kes saman fitnah diputuskan melalui isu perundangan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri memohon supaya kes saman fitnah difailkan terhadap anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming diputuskan melalui isu perundangan iaitu tanpa perbicaraan penuh.

Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman itu terhadap Nga yang didakwa memuat naik gambar berunsur fitnah mengenai mereka dalam akaun Facebook anggota Parlimen DAP itu pada Mac lepas.

Peguam Choo Shi Jin, mewakili Najib dan isteri memberitahu pemberita bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu semalam dan tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar permohonan pasangan itu.

Beliau berkata demikian ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Siti Khadijah S. Hassan Badjenid. Peguam Dennis Goh hadir mewakili Nga.

Choo berkata mahkamah juga menetapkan 16 hingga 19 Mei tahun depan untuk perbicaraan dan disambung pada 23 hingga 26 Mei 2016, sekiranya kes saman itu akan diputuskan melalui perbicaraan.

Dalam prosiding sivil, sekiranya permohonan untuk melupuskan kes saman melalui isu perundangan ditolak, mahkamah akan memutuskan kes itu melalui perbicaraan penuh iaitu dengan memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan.

Mahkamah juga menetapkan 23 Okt ini untuk pengurusan kes.

Pada 11 Jun lepas, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Rosmah memfailkan saman itu terhadap Nga selepas mendakwa defendan memuat naik gambar Najib dan Rosmah berserta status dalam akaun Facebook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac lepas.

Pasangan itu mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama dengan beberapa orang menteri kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.

Mereka mendakwa Nga telah menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status menfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalah guna kuasa dan mandat sebagai perdana menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.

Rosmah pula mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mempengaruhi suaminya selaku perdana menteri dan telah menyalah guna kuasa selain mempunyai kepentingan dalam sistem pentadbiran negara.

Pasangan itu berkata walaupun defendan telah mengambil tindakan untuk membuang status bergambar itu, namun status bergambar itu masih tersebar dengan meluas di dua buah blog yang masih boleh diakses di seluruh dunia dan mempunyai 'page view' masing-masing seramai 25,360,055 dan 6,626,986 sehingga tarikh writ saman tersebut difailkan.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2015 04:30 PM | Show all posts
Dalam prosiding sivil, sekiranya permohonan untuk melupuskan kes saman melalui isu perundangan ditolak, mahkamah akan memutuskan kes itu melalui perbicaraan penuh iaitu dengan memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan.


macam sesuatu jer. takut ke apa ni

kalau dalam siasatan bercuti dululah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 04:33 PM | Show all posts
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri memohon supaya kes saman fitnah difailkan terhadap anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming diputuskan melalui isu perundangan iaitu tanpa perbicaraan penuh.
Takut kena cross exam ka?? Mau terkencin jibby dlm kandang saksi tu kalu kna cross exam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman ni ada pulak telo

saman wsj?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 04:39 PM | Show all posts
wahhhhhh meletopppp
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 04:44 PM | Show all posts
kawtimmm kawtim laaaaa...encik hakim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2015 04:44 PM | Show all posts
saman malu sebab betul la tu kan hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 04:53 PM | Show all posts
hahaha terus pki peguam cina jgak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 04:59 PM | Show all posts
takut pecah tembelang
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 05:09 PM | Show all posts
-electrifying- replied at 11-9-2015 04:53 PM
hahaha terus pki peguam cina jgak

hahaha

aku rasa aku boleh agak pada siapa hang nak tuju komen ni

yelah bukan boleh caya sangat cina dengan DApig komunis ni kan


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn nga kor ming pun kecut, lagi nak harapkan saman WSJ dgn barisan lawyer ivy league
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 05:36 PM | Show all posts
cabalero replied at 11-9-2015 05:09 PM
hahaha

aku rasa aku boleh agak pada siapa hang nak tuju komen ni

HAHAHA ! Biarkan ia menjadi tanda tanye wahai saudara ku
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 12:34 AM | Show all posts
something2hide?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 12:53 AM | Show all posts
Mau terkencin terkincit laki bini ni klau kene cross exam. Tak pun Ikut style toyo tempe..buat2 pengsan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.123814 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list