CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Dunia] iPhone 6S, 6S Plus terbaharu dilancar secara rasmi semalam

[Copy link]
 Author| Post time 10-9-2015 10:06 PM | Show all posts

Apa yang anda perlu tahu mengenai gajet terbaru Apple


KUALA LUMPUR: Kepada semua peminat Apple, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba!

Apple pada Khamis memperkenalkan gajet terbaru mereka, iPad Pro dan iPhone 6S dalam satu sidang rasmi di Auditorium Bill Graham Civic di San Francisco pada pagi 9 September 2015.

Berikut perkara-perkara yang anda perlu tahu mengenai gajet terbaru Apple itu:


iPad Pro

1. iPad Pro muncul dengan saiz skrin berukuran 12.9 inci, paparan retina beresolusi 2732 x 2048 piksel yang akan memudahkan pengguna menonton video ataupun bermain permainan video.

2. Menurut Apple, iPad Pro merupakan tablet yang terbesar dalam pasaran Apple, yang disasarkan kepada golongan professional.  

3. iPad Pro menggunakan chipset A9X yang memiliki kepantasan dua kali ganda berbanding chipset A8x yang digunakan pada iPad Air 2.

4. Kamera 8 megapiksel.

5. iPad Pro dilengkapi dengan aksesori-aksesori kibod pintar dan stylus Apple yang dipanggil iPencil.

6. Dengan ketebalan 6.9mm, kelebaran iPad Pro dikatakan sama dengan ketinggian iPad Air.

7. Menurut Apple, iPad Pro boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat mulai November ini.


iPhone 6S dan 6S Plus

1. Apple melancarkan dua edisi iPhone terbaharunya sejajar dengan sasaran syarikat memperkenalkan telefon bimbit berskrin lebih besar.

2. Gajet terbaru ini dilengkapi sebagai sentuhan tiga dimensi yang bertindak balas apabila sentuhan dibuat atas skrin yang membolehkan pengguna melihat aplikasi dan mesej di dalamnya.

3. Edisi terbaru ini menggunakan sistem operasi IOS9 yang menyokong elemen sentuhan 3 Dimensi terbaharu atau ‘3D touch'.

4. iPhone 6S muncul dengan saiz 4.7 inci skrin paparan manakala 6S Plus dengan saiz skrin 5.5 inci.

5. Piksel kamera juga akan dinaik taraf kepada 12 megapiksel.

6. Tambahan dalam koleksi warna telefon iaitu warna ‘rose gold’.

7. Kamera depan dilengkapi dengan 'flash'.
8. Perisian dalam edisi ini disokong dengan pemprosesan data lebih bertenaga yang membolehkan paparan lebih menarik bagi data berbentuk grafik.

Sementara itu, susulan pengumuman gajet terbaru Apple, media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai pandangan dan reaksi menerusi hashtag #iPhone6s dan #ipadpro.

Nampaknya, telefon pintar iPhone 6S mendapat sambutan hebat kerana ciri terbaru sentuhan ‘3D’ membuat pengguna untuk tidak sabar untuk memilikiya.

Bagi pengemar selfie pula, piksel kamera serta ciri 'flash' pada kamera depan telefon pintar itu menarik perhatian mereka.

Malah ada juga segelintir yang menjadikan saiz iPad Pro sebagai satu bahan jenaka serta meme di media sosial untuk menzahirkan kritikan mereka.


Harga pasaran Malaysia bagi kedua-dua gajet Apple itu, bagaimanapun masih belum diumumkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 10:06 PM | Show all posts
wa sayang iphone 6 plus wa muaahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 10-9-2015 02:45 PM
ipad pro tu more utk utk graphic designer... apple pencil tu bkn mcm s-pen samsung...
yg ni bl ...

S pen selama ni pn blh detect pressure n ink jd tebal or nipis.

Apple br tau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:41 PM | Show all posts
tergoda gak tgk color rose gold
tapi apakan daya
hnya mampu setia bersama aipong 6 saje
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:52 AM | Show all posts
tp kaler pink tu kt blakang je...dpn putih plak..seakan pakai casing kekdahnya
kalo penoh pink....br cantik gile nk mampossss
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:36 AM | Show all posts
hensemkansaya replied at 10-9-2015 10:36 PM
S pen selama ni pn blh detect pressure n ink jd tebal or nipis.

Apple br tau ke?

apple br tahu buat phone... tak sampai 10 tahun
btw implementation berbeza n bkn utk iphone... tu ipad pro...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2015 08:37 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 11-9-2015 07:52 AM
tp kaler pink tu kt blakang je...dpn putih plak..seakan pakai casing kekdahnya
kalo penoh pink....b ...

Makin di renung makin sawan .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:39 AM | Show all posts
dino replied at 11-9-2015 08:36 AM
apple br tahu buat phone... tak sampai 10 tahun
btw implementation berbeza n bkn utk iphone... ...

Walaupun baru 10 tahun tapi phone dia memang tahan lama.
Nie tak sabar nak tengok real warna rose gold tu,
Kalau lah, abe ku syg ku sesangat memang dia boleh usahakan untuk ku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 08:49 AM | Show all posts
Zep replied at 10-9-2015 02:31 PM
Kekdahnya bila dah pakai iphone walaupon iphone 5 jah dah tak teringin nak pakai brand lain. phone a ...

Tapi screen nya cinonet dibanding dengan smartphone yang ada sekarang ni. Bila snap picca nampak halus jek.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
nabila11 replied at 10-9-2015 08:40 PM
cantiknye pink kaler tu. tp nanti aku pakai casing xnampak gak.

pakai la yang lutsinar belakang..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 09:37 AM | Show all posts
stilla replied at 11-9-2015 06:37 AM
Makin di renung makin sawan .

ko sj je kan...bg aku moyan tahap ke langit
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:08 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 11-9-2015 09:37 AM
ko sj je kan...bg aku moyan tahap ke langit

Tak lah, aku ni pun dok sawan nie.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
nevberg replied at 11-9-2015 09:00 AM
pakai la yang lutsinar belakang..

boleh. tp kurangla kejelitaannya. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:20 AM | Show all posts
so bile 6s n 6plus baru dh klr ni, rega fon 6 akn jadik murah skit ke..? or sama jek..?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:25 AM | Show all posts
xiao mi aja uols..
pakai setahun rosak pon tak kisah sbb murah je
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols xbeli produk yahudi ni, selisih malaikat la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
baru perasan belakang je rose gold..dpn still putih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
nabila11 replied at 11-9-2015 10:10 AM
boleh. tp kurangla kejelitaannya. hehe

hehehe...aku dulu memang beli casing transparent..baru nampak gold..pastu bila nampak casing cantik2 nak beli juga..tapi sayang la yg tgh ni..lagipun casing ni kira cam protection utk phone jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nevberg replied at 11-9-2015 10:40 AM
hehehe...aku dulu memang beli casing transparent..baru nampak gold..pastu bila nampak casing canti ...

betulla. dulu pakai iphone kaler gold pastu buh otterbox xnampak gak kalernya. pastu upgrade ambik silver plak. yg penting casing tu leh jaga phone aku. lgpun otterbox lawa gak corak n kalernya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
nabila11 replied at 11-9-2015 10:46 AM
betulla. dulu pakai iphone kaler gold pastu buh otterbox xnampak gak kalernya. pastu upgrade ambik ...

aku masa dapat phone ni terus google casing transparent ni..balik keje gi digi tukar sim card, then gi machines cari casing..last2 beli spigen je..pakai sampai sekarang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.067989 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list