CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2881|Reply: 23

[Jenayah] Kapal Hilang Lagi??

[Copy link]
Post time 10-9-2015 08:13 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Semua aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak telah digerakkan sejak Isnin lepas bagi mengesan sebuah kapal kargo yang dipercayai hilang semasa dalam perjalanan dari pelabuhan di sini ke Limbang, Sabtu lalu.
   
Pegawai Perhubungan Awam APMM Wilayah Sarawak, Leftenan Madya Maritim Muhammad Hainizam Mohd Jamil berkata kehilangan itu hanya disedari pemilik kapal pada hari Isnin apabila beliau mendapati ia tidak sampai ke destinasinya mengikut jadual.

"Pemilik kapal yang berpejabat di Bintawa, dekat sini, kemudiannya membuat laporan polis, dan datang sendiri ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) (ibupejabat APMM di sini) untuk melaporkan kehilangan kapal yang membawa muatan barangan am itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebaik menerima laporan, semua aset APMM di tiga daerah maritim iaitu Kuching, Bintulu dan Miri telah digerakkan untuk membantu mengesan kapal berkenaan.

Muhammad Hainizam berkata Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit akan mengadakan satu sidang media petang esok di KOMTAS.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 10-9-2015 08:15 AM | Show all posts
angkara lanun lagi ker???
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:18 AM | Show all posts
Lanun mengganas lagi!!!! Zahid Komedi plak sibuk berpolitik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 08:22 AM | Show all posts
MissNigga replied at 10-9-2015 08:15 AM
angkara lanun lagi ker???

dengar berita malam td belum dipastikan lg samada angkara lanun atau bukan

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:25 AM | Show all posts
dondangdendang replied at 10-9-2015 08:22 AM
dengar berita malam td belum dipastikan lg samada angkara lanun atau bukan

tapi kalo kat belah sarawak .. ramai jer lanun lanun indon yang berasal dari kalimantan bermaharajalela kat perairan tu ...

apa apa pun, harap2 sumanya elok elok belaka dan mereka cuma tersesat jer
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:30 AM | Show all posts

Kapal Bawa Barangan Am Dipercayai Hilang Sejak Sabtu
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 7:40 PM
[size=0.75em]- Gambar hiasan

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUCHING: Semua aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak telah digerakkan sejak Isnin lepas bagi mengesan sebuah kapal kargo yang dipercayai hilang semasa dalam perjalanan dari pelabuhan di sini ke Limbang, Sabtu lalu.

Pegawai Perhubungan Awam APMM Wilayah Sarawak, Leftenan Madya Maritim Muhammad Hainizam Mohd Jamil berkata kehilangan itu hanya disedari pemilik kapal pada hari Isnin apabila beliau mendapati ia tidak sampai ke destinasinya mengikut jadual.

"Pemilik kapal yang berpejabat di Bintawa, dekat sini, kemudiannya membuat laporan polis, dan datang sendiri ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) (ibupejabat APMM di sini) untuk melaporkan kehilangan kapal yang membawa muatan barangan am itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebaik menerima laporan, semua aset APMM di tiga daerah maritim iaitu Kuching, Bintulu dan Miri telah digerakkan untuk membantu mengesan kapal berkenaan.

Muhammad Hainizam berkata Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit akan mengadakan satu sidang media petang esok di KOMTAS.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2015 08:34 AM | Show all posts
Family member aku ada sorang kerja engineer kapal. Tapi bukan kapal ni lah...

baru je kahwin terus kena pergi afrika....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 08:39 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-9-2015 08:34 AM
Family member aku ada sorang kerja engineer kapal. Tapi bukan kapal ni lah...

baru je kahwin teru ...

lain kali suruh dia minta kapal perairan domestik...xlah jauh
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 10-9-2015 08:49 AM | Show all posts
Kapalaludimana?

mesti isterinya kesunyian kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hilang dlm jerebu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:50 AM | Show all posts
dulu2 kerap ke mcm ni?

ke dulu selalu je blaku cuma tak heboh? ke mmg skg je asyik jd mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:51 AM | Show all posts
Edited by XxNotTruexX at 10-9-2015 09:22 AM

Hahahaha .... Tahukah anda bahwa semua kapal ang dilaporkan hilang di Malaysia kahir-akhir ini ternyata hanyalah 'Rekayasa'  .... Sebuah kerjasama yang telah diatur dengan 'Baik dan Rapi' antara 'Pemilik Kapal' dengan 'Pihak Ketiga' demi keuntungan ekonomi semata .....   Fakta ini tebuka lebar berkat hasil penyelidikan  pihak Indonesia (TNI-AL) setelah menangkap para pelaku pembajakan di wilayah Indonesia  .....

Ternyata ilmu 'Tipu-Tipu dan Maling' ala Najib telah berhasil diturunkan dan dipraktekan dengan baik oleh rakyat marhaen Malaysia ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 08:53 AM | Show all posts
chinta89 replied at 10-9-2015 08:50 AM
dulu2 kerap ke mcm ni?

ke dulu selalu je blaku cuma tak heboh? ke mmg skg je asyik jd mcm ni?

a'ah....dulu pun kerap jugak cuma xviral cm sekarang lah...

sekarang semua benda di tunjuk jari

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:00 AM | Show all posts
ermmmm......dah semua tido.....semua ilang ler....
nak jadikan satu story..kena laa create action yang leh pecah paper....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:05 AM | Show all posts
dondangdendang replied at 10-9-2015 08:39 AM
lain kali suruh dia minta kapal perairan domestik...xlah jauh

aku tengok memang kerjanya begitu. sekejap obersi, sekejap lokal.

tapi kalau obersi biasanya belayar cuma one way sajork, one way fly.

ada juga yang pergi balik fly. Itu lagi pelik...

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 10-9-2015 09:07 AM | Show all posts
xde ke org nak kacau port2 kat sg sane? asyik malaysia aje kena..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:08 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 10-9-2015 08:49 AM
mesti isterinya kesunyian kan?

sunyi di luar tu bolehlah di sibuk2kan dengan kerja dan kawan2....

sunyi di dalam tu tak dapek lah orang nak tolong...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 09:20 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-9-2015 09:05 AM
aku tengok memang kerjanya begitu. sekejap obersi, sekejap lokal.

tapi kalau obersi biasanya be ...

yg ni bukan perkapalan kot, yg ni bukan keja oil n gas ke?

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:23 AM | Show all posts
dondangdendang replied at 10-9-2015 08:53 AM
a'ah....dulu pun kerap jugak cuma xviral cm sekarang lah...

sekarang semua benda di tunjuk jari ...

mcm kes kapal terbang.. dulu pun ada tp xde la heboh2 sgt.. kan?

skg ni pantang ade kes sikit je terus jd isu besar2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075024 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list