View: 4996|Reply: 6
|
Kenali Wanita Dengan Cara Ketawa
[Copy link]
|
|
Oleh : Fyruz Hanna
Personaliti bukan sahaja dapat dilihat daripada perlakuan dan pergerakan sahaja, melalui cara mereka bergelak ketawa. Jika anda perempuan, mana satukah anda??
1. Gelak mulut terbuka lebar
-Seorang wanita yang agak bersikap terbuka.
-Tiada pendirian.
-Penakut.
-Apa jua yang terjadi dalam hidupnya samada masalah besar atau pun kecil seolah-olah tidak pernah anggap serius.
-Pandai bergaul,berdedikasi dan selalunya disukai kawan-kawan.
-Seorang yang mempunyai emosi yang tak menentu membuatkan amat sukar untuk menduga hati dan perasaannya
-Dia juga seorang wanita yang biasanya menaruh minat yang mendalam dengan apa yang disukainya tetapi akan meninggalkan begitu saja bila tidak lagi menarik minatnya.
-Dalam urusan cinta,disebabkan tabiatnya yang sebegini ada kemungkinan dia akan mudah berubah hati,berpindah teman dari satu lelaki ke satu lelaki yang lain.
2. Ketawa dengan wajah menunduk
-Wanita yang ketawa seperti ini biasanya bersikap agak tertutup,tidak suka bergaul dan pandai menyimpan rahsia.
-Selalu berhati-hati dengan orang yang baru dikenali dan tidak akan sembarangan mencurahkan perasaannya.
-Suka menyendiri dan menjauhkan diri dari tempat orang ramai kerana dia akan merasa lebih damai dan tenang
-Dia tak mudah jatuh cinta.
-Lebih suka bermain-main dengan perasaannya sendiri.
3. Ketawa dengan sudut bibir ternaik seperti huruf 'u'
-Biasanya wanita yang ketawa seperti ini seorang yang bersikap terbuka,bijak bergaul dan pandai memikat hati orang untuk menyukainya.
-Seorang yang pemurah dan tak pernah segan-segan menolong orang yang dalam kesusahan.
-dia seorang yang cukup bertanggungjawab dan bijak mengatasi tiap persoalan yang datang.
-hatinya sukar untuk terpaut pada lelaki.Tetapi apabila sudah jatuh cinta,dia akan mengorbankan apa saja untuk orang yang dicintainya.
4. Ketawa dengan menutup kedua tapak tangan
-seorang wanita yang suka membandingkan dirinya dengan orang lain.
-tak percaya diri sendiri dan lemah dalam soal pergaulan.
-Jika tidak mengenalinya secara mendalam,memang dia kelihatan seperti sombong tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati dan mengambil berat hal orang lain.
-Dalam bertindak dia selalu berhati-hati dan tidak ingin menyakiti hati orang lain kerana dia juga akan sangat marah jika hatinya disakiti.
-Dalam cinta,umumnya dia seorang wanita yang sangat setia namun sukar untuk memaafkan bila hatinya dilukai.
5. Bila ketawa kedua hujung bibirnya ke bawah seperti huruf "n"
-Gaya ketawa seperti ini menunjukkan dia seorang wanita yang memiliki kemahuan yang keras,pantang menyerah dan tidak boleh ditunjuk ajar.
-Keinginannya banyak dan selalu tidak tercapai,maka itu dia sering merasa stress bila tidak berhasil memperolehi apa yang diinginkannya.
-Dalam pekerjaan seorang yang amat rajin dan bersedia berusaha untuk kemajuan masa depannya.
-Hati dan perasaannya agak sukar diduga,kadangkala gembira,kadangkala marah-marah.
-Dalam soal cinta,umumnya dia seorang yang suka memerintah pasangannya dan sukar diatur sifatnya.
6. Bila ketawa seperti senyum-senyum je nampaknya
-Dia seorang wanita berjiwa besar,boleh menerima nasihat dan pandai bawa diri.
-Selalu berhati-hati dalam pergaulan,tetapi pandai mengambil hati dan disukai ramai.
-Hati dan perasaannya senang diduga kerana dia cukup terbuka dalam mengemukakan apa yang diinginkan dan yang menjadi matlamat hatinya.
-Lelaki biasanya mudah jatuh cinta dengannya kerana sifatnya termasuk jinak-jinak merpati.
-Sering membuat lelaki tak senang duduk namun jika hatinya sudah terpaut pada seseorang lelaki,sukar untuk dilepaskannya.
7 Ketawa sekali dengan bahu bergoyang
-Jenis wanita yang amat pandai mengambil hati,tidak ada pendirian tetap dan sukar diduga hatinya.
-Suka memerhatikan orang lain dan membuat orang tertarik padanya.
-Agak keanak-anakan dan memiliki khayalan yang tinggi tak mudah dicapai.
-Tempat yang ramai orang seperti pesta dan sebagainya merupakan tempat kesukaannya.
-Dalam cinta,dia biasanya mudah jatuh cinta.Baginya cinta bagaikan perjudian untung rugi.
-Walaupun demikian,dia memiliki cinta sejati yang akan diserahkan sepenuh hati,setia keakhir hayat,pada lelaki yang dicintainya.
Perhatikan kekasih, wanita anda atau yang anda sukai, mereka tergolong dalam kategori yang mana? -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
saya no 1
|
|
|
|
|
|
|
|
Tepatkah penyataan no 1 itu dengan diri anda?
|
|
|
|
|
|
|
|
awek yg aku suka tgk ketawa no. 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
nak gelak baca artikel ni....
agaknya saya dari kategori mana ni?..
bila dah ketawa of coz la mulut buka..
lain la sengih..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|