CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11554|Reply: 129

[Tempatan] Perhimpunan Maruah Melayu: Plaza Low Yat tutup 16 September

[Copy link]
Post time 9-9-2015 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Akhbar Cina


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon mengesahkan pihak polis telah memulakan siasatan ke atas penyebaran poster perhimpunan Maruah Melayu di bawah Akta Hasutan.

Siasatan itu dilakukan berikutan kandungan poster yang mempunyai imej dan tulisan berunsur ancaman.

Hong Soon berkata, polis memantau secara rapi penganjuran perhimpunan itu yang dijadualkan pada 16 September ini tetapi sehingga sekarang, pihaknya belum menerima sebarang notis daripada pihak penganjur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah pula berkata, pihaknya akan memanggil pihak penganjur untuk berbincang sebaik sahaja menerima notis mengenai perhimpunan itu.

Katanya, pihak polis pada ketika ini hanya memantau perkembangan semasa memandangkan penganjuran perhimpunan tersebut hanya tersebar melalui media sosial.

Peserta perhimpunan dikatakan akan berhimpun dan berarak dari Jalan Petaling dan Bukit Bintang di ibu negara.

Sinchew Daily melaporkan keadaan tidak menentu pada hari perhimpunan mendorong peniaga di kawasan terbabit bersedia untuk bercuti selama sehari pada 16 September.

Pengerusi Persatuan Penjaja Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee berkata, mengambil kira sensitiviti perhimpunan tersebut serta mengambil iktibar daripada insiden Low Yat, pihaknya menasihatkan penjaja untuk bercuti selama sehari bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, nasihat itu dikeluarkan kerana perhimpunan Maruah Melayu dikatakan mempunyai unsur perkauman berdasarkan apa yang tersebar dalam Internet.

Say Tee juga menggesa polis mengambil tindakan untuk melindungi keselamatan orang ramai termasuk pelancong di kawasan Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Dalam pada itu, seorang wakil peniaga di Plaza Low Yat memberitahu, pihaknya sedang menunggu arahan pihak pengurusan plaza untuk meneruskan perniagaan atau sebaliknya pada 16 September ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 09:20 AM | Show all posts
mau tak ttup...tgk poster dah tau
nak nak puak2 tu mmg dah lama perasap parang terbang since 2008
ko bleh byangkan betapa bertahun punya menggelegak kemarahan akibat xdpt majoriti 2/3
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 09:23 AM | Show all posts
42 bil ----> 2.6bil--------> derma Arab-------->cina nk jatuhkan melayu. gelak sinis je
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
I tunggu siaran lgsg je sambil lepak2 atas tilam
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Daripada buat perhimpunan x brfaedah baiklah brhimpun dpn rumah rosmah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:16 AM | Show all posts
42 bil ----> 2.6bil--------> derma Arab-------->cina nk jatuhkan melayu. gelak sinis je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2015 10:20 AM | Show all posts
saja gempak tu, last minit baju merah kecut perut
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Siasat juga dalang nya ... Funder nya.. Mana tau parti keris keramat yg dahagakan darah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 10:28 AM | Show all posts
bengongnya nak buat perhimpunan2 nii...

dulu kat sekolah soh berhimpun manjang je nak monteng
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:29 AM | Show all posts
Dema yang khorje hari Malaysia tu idok ler dapat double pay.
Lagipun elok ler dema semua cuti, ate kan cuti umum.

hik hik hik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:33 AM | Show all posts
42 bil ----> 2.6bil--------> derma Arab-------->cina nk jatuhkan melayu. gelak sinis je
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:34 AM | Show all posts
TUKANGKEBUN replied at 9-9-2015 10:20 AM
saja gempak tu, last minit baju merah kecut perut

Baju merah nak kecut perut ? Wakakakakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:41 AM | Show all posts
Berani kee?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 10:54 AM | Show all posts
masa BERSIH 1.0 dulu pun sama
geng2 keris beria-ia nk kumpul ratusan ribu
alih2 cancel
cek tendang
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:04 AM | Show all posts

Buduss. Sebelum insiden lowyat lagi ko dah tau jawapannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 11:08 AM | Show all posts
UMNO tidak halang ahli sertai perhimpunan 16 Sept.

5 SEPT : Ahli UMNO akan menyertai ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ pada 16 Sept ini jika dijemput.

Setiausaha Eksekutif UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof berkata, UMNO memberi kebebasan dan tidak akan menyekat ahlinya untuk menyertai perhimpunan bersempena Hari Malaysia di Kuala Lumpur.

Datuk Ab Rauf Yusof“UMNO tidak akan menghalang ahlinya dari menyertai perhimpunan itu. Saya boleh katakan UMNO akan berada di sana jika dijemput,” katanya kepada The Star online.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menafikan bahawa UMNO terbabit penganjuran itu dan memberitahu bahawa perhimpunan itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera katanya akan menghantar ahli UMNO dari bahagiannya untuk menyertai perhimpunan itu.

Sehingga kini, kumpulan yang menyeru orang ramai menyertai “Himpunan Rakyat Bersatu’ atau ‘Himpunan Maruah Melayu’ dengan memakai t-shirt merah pada 16 Sept menerusi laman media sosial belum dikenalpasti.

Poster yang disebarkan menerusi laman sosial membawa mesej supaya Melayu bersatu menunjukkan solidariti terhadap pelbagai isu antaranya bantahan terhadap DAP dan Bersih 2.0.

Sebelum ini, satu lagi kumpulan anti Bersih yang dipimpin Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dilaporkan berkata bahawa penganjur perhimpunan 16 Sept dijangka akan membuat pengumuman pada Selasa ini.

Sabtu lalu, Jamal berjanji mengumpulkan sejuta peserta berbaju merah untuk berhimpun menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di hadapan Plaza Low Yat di Bukit Bintang pada 10 Oktober depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 11:10 AM | Show all posts
CrowneGlory replied at 9-9-2015 09:25 AM
I tunggu siaran lgsg je sambil lepak2 atas tilam

syok nye mesti atas tilam empok kan

nak join bleh sambil guling2 sambil ngap pop corn garett

nyam nyam
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:13 AM | Show all posts
42 bil ----> 2.6bil--------> derma Arab-------->cina nk jatuhkan melayu. gelak sinis je
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:14 AM | Show all posts
cuba tanya pakcik AN.. parang karat dia dah perasah belum..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:18 AM | Show all posts
petola replied at 9-9-2015 11:14 AM
cuba tanya pakcik AN.. parang karat dia dah perasah belum..

Eeerrr.....hmmmmm......gosshhhhh...gossshhhhhh....

Lama menghilang?

Ada tambah lagi satu cawangan ka?











Cabutttttttttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.083948 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list