CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4412|Reply: 0

Areeka Dessert Makanan Arab Paling 'Ohsem'

[Copy link]
Post time 8-9-2015 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Areeka merupakan pemanis mulut atau dessert yang menjadi kegemaran orang Arab. Jika anda penggemar makanan Arab, sudah pasti anda tahu dessert ini. Rasanya yang manis berlemak sangat berkhasiat kerana menggunakan madu dan kurma. Biasanya pemanis mulut ini dimakan selepas selesai makan makanan lain atau makanan berat. Ia juga boleh dijadikan sebagai hidangan minum petang dan santai anda.





Jom, penulis kongsikan anda cara untuk membuat Areeka ini.


Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1/2 cawan mentega yang telah dicairkan atau minyak sapi (ghee)
  • 1 sudu teh serbuk biji pelaga
  • 1/2 cawan madu
  • 5 biji kurma dilenyek atau dipotong kecil (dibuang biji)
  • 1/2 cawan hirisan keju
  • *Jika ada sarang lebah boleh digunakan juga



Cara-caranya ;

1. Masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk.

2. Campurkan bersama serbuk biji pelaga dan madu.

3. Kemudian, masukkan kurma dengan kesemua bahan.

4. Akhir sekali, taburkan hirisan keju di atas bahan-bahan tadi. Siap untuk dihidangkan.






Senang sahaja kan? Jom cuba. Mana tahu, ia menjadi makanan kegemaran anda pula selepas ini. Hidangkan dan nikmati bersama yang tersayang. - CARI Infonet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054634 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list