Video: Peserta Bersih Kata Gereja Lebih Mesra Berbanding Masjid
Posted on September 2, 2015 by Editorial|
Kuala Lumpur – Seorang peserta yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 mengakui terima layanan lebih ‘mesra’ daripada gereja berbanding masjid.
Wanita yang berasal dari Langkawi itu turut memberitahu selama dia sampai di ibu negara, dia menggunakan ruang dan fasiliti gereja St John Cathedral kerana masjid berada jauh dari kawasan mereka berhimpun.
Selain itu, dia turut mendakwa, disebabkan masjid terdekat (masjid jamek) tutup dia terpaksa menggunakan gereja di kawasan itu untuk tidur.
“Memandangkan masjid negara jauh, masjid jamek pula tutup lepas isya’ tutup lampu dan aircond semua orang pun disuruh keluar so, saya terpaksa keluarlah,”katanya.
Menurutnya semasa dijemput kakitangan gereja masuk ke dalam kawasan itu, mereka membuat pemeriksaan sekuriti. Kemudian, dia diberi minuman dan buah limau sebagai tanda menghormati tetamu. Setelah itu kakitangan tersebut menempatkannya di tempat tersorok untuk perlindungan wanita.
“Malam-malam mereka akan check bersama sekuriti. Malah, mereka juga ada ‘offer’ dan bertanya kepada saya apa cara terbaik untuk dilakukan supaya saya dapat solat dengan selesa dan dengan cara terbaik,”katanya.
Wanita itu turut mendakwa kakitangan gereja turut menyediakan fasiliti untuk tidur, mandi dan solat. Tambahan pula, menurutnya kakitangan gereta turut mengalu-alukan kehadiran wanita atau sesiapa sahaja diluar sana untuk menggunakan fasiliti yang ada dalam kawasan tersebut.
Ketika ditanya tentang perbandingan antara masjid dan gereja, wanita itu mengakui layanan gereja lebih mesra jika dibandingkan dengan masjid.
Post time 2-9-2015 08:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Modngengade replied at 2-9-2015 08:30 PM
Gelandangan yg buat onar sis....mengotorkan mesjid...ada yg curi wang dari peti derma mesjid....
...
Kan sis... Golongan gelandangan tu sendiri yg malas nak merubah nasib... Bangla dan nepal yg dtg sehelai sepinggan pun boleh hidup lebih bermaruah dr mereka.... Kalau masjid dibiarkan jd tmpt gelandangan tidor, pasti masjid jadi kotor dan mcm mcm kes.... Golongan gelandangan ni kalau mmg ada niat nak dekatkan diri pada agama dh lama dah mereka bersihkan diri, cari kerja, sewa satu bilik... Masjid sentiasa terbuka utk mereka habiskan masa ... Nak menumpang tido pun boleh utk sekali sekala ,,, tp bukan utk jadi permenant shelter for homeless
Akak mod aku tegurr ko kat sini je lah ye. Hari tu tgh taip nak reply ko terout pulak dah mls nak log in balik, pastu tu terus lupa. Aku tgk ko dah kurang mengkaferrrrkan org skrggg, dah insaff ke sis?
Post time 2-9-2015 08:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nak suruh puji gereja..kutuk masjid ya..hello matlamat tak menghalalkan cara..kos sampah pun korang berdolak dalik nak byr..nak suruh dbkl yg bayar plak...byk cantik..lenkali suruh penganjur book hotel..membantu sektor pelancongan kan bershit...kalau org parking keter dpn pagar rumah uolss tanpa izin..uols tak marah ?....dbkl plak jd mangsa...peace no war uolss