CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16154|Reply: 71

Araa Aziz Mula Popular Kerana Instagram

[Copy link]
Post time 27-8-2015 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Anak Aziz M. Osman Mula Popular Kerana Instagram


Araa bersama bapanya, penerbit dan pengarah, Aziz M Osman. Foto THE STAR/RAYMOND OOI


PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah Aziz M Osman memberitahu anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra mula menyedari dia kini menjadi perhatian selepas popular menerusi video tutorial solekan yang dimuat naik di Instagram.

Aziz, 52, bagaimanapun berkata, sebagai bapa dia tidak mahu Azzahra atau lebih mesra dengan sapaan Araa yang berusia empat tahun itu hanyut dalam populariti kerana dia masih kanak-kanak.

"Pada awal dahulu dia berasa pelik apabila sering menjadi perhatian orang ramai malah ada yang mahu mengambil gambar bersamanya.

"Namun kini dia semakin faham dia sudah popular kerana video tutorial solekan yang dimuat naik ke Instagram," katanya kepada mStar Online.


Tambah Aziz, dia tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka oleh isterinya, Puteri Lily Lokman menjadi perhatian pengguna laman sosial tersebut.
Araa tidak kekok gambarnya dirakam jurugambar.

"Pada saya apa yang dilakukan oleh Araa itu perkara biasa kerana kanak-kanak pada usianya memang gemar mencuba sesuatu yang baru tambahan pula ada gajet seperti iPhone dan iPad.

"Tetapi tidak sangka pula selepas memuat naik video berkenaan dia mula menjadi perhatian dan ramai suka dengannya," ujar Aziz.


Dalam pada itu, Aziz berkata, Araa mendapat idea merakamkan video tutorial solekan selepas menontonnya di YouTube.

Kata Aziz, dia atau pun isterinya tidak pernah mengajar anak mereka cara merakamkan gambar atau video kerana Araa mempelajarinya sendiri.

"iPhone dan iPad pun dia belajar sendiri cara guna tetapi apa hendak dihairankan tentang kanak-kanak zaman teknologi hari ini kerana mereka lebih 'advanced' berbanding dahulu.

Aziz mahu Araa membesar seperti kanak-kanak lain.

"Saya tidak menghalang kerana bagi saya ia adalah satu bentuk perkembangan minda kanak-kanak sepertinya namun sebagai ibu bapa saya sentiasa meletakkan had terhadap penggunaan gajet kepadanya," jelas Aziz.

Sementara itu, Aziz berkata, biarpun Araa dilihat mempunyai bakat luar biasa selain petah bercakap di hadapan kamera namun dia tidak akan memaksa anaknya itu untuk menceburi bidang hiburan.

Padanya, Araa masih kecil dan mahu dia membesar seperti mana kanak-kanak normal lain.

"Dia masih kecil dan masih banyak perkara yang dia masih belum faham. Saya tidak mahu memaksanya dan biarlah dia membesar seperti kanak-kanak lain," katanya.

Instagram Aara boleh diikuti menerusi akaun: https://instagram.com/araaziz/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 08:30 PM | Show all posts
Comel la bdk nie..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
comel bdk ni.suka tgk video dia.petah btol .
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 08:45 PM | Show all posts
alala comelnya araaa, 4 tahun umurnya ye. mcm pwincess!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 08:52 PM | Show all posts
Ini la sesuai kalau nk pakai dress frozen. Bkn ifa raziah & maria tunku sabri!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bdk ni ke yg dlm iklan maggie tu..?? cute sgt.. cerdik plak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2015 09:34 PM | Show all posts
asampodeh replied at 27-8-2015 09:25 PM
bdk ni ke yg dlm iklan maggie tu..?? cute sgt.. cerdik plak tu

Bukan... budak yg dalam iklan maggie tu lain... yg tu dah besar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok araa ni dlm ye ke cuteeee sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel.. Kalah ank awal..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah dia ni comel. Welcome to mascara or lipstick clubbbbb. Katanya. Pastu nampak aziz m osman mengemas kat belakang. Aziz pulak tanya awak buat apa? Dia jawab buat tutorial. Si aziz membebel kata saya tukang kemas dia tukang sepah. Pastu si ara buat memek muka. Pastu ara kata ok lah thats all. Muka bengang sbb ayah dia kacau. Hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2015 10:31 PM | Show all posts
comel kan bdk ni..petah lak tu. dh la 24jam dok pakai mahkota kt kpala
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 10:39 PM | Show all posts
Ooo budak Ara ni anak Aziz
Aku adalah tertenguk kat fb aritu...dia kasi tutorial pakai makeup..
Dab dab dab mulut membebel sambil menepek eyeliner..
Tapi acik2 yg mengomen semua menghencap...kecil2 lagi dha bermakeup..muka rosak katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2015 10:41 PM | Show all posts
Madel replied at 27-8-2015 10:39 PM
Ooo budak Ara ni anak Aziz
Aku adalah tertenguk kat fb aritu...dia kasi tutorial pakai makeup..
Da ...

bongok pnye makcik. biasa la bdk2 pompuan nk bermekap
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Comellnya anak aziz m osman nie
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 11:32 PM | Show all posts
boleh berlakon iklan nih kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
antiQue replied at 27-8-2015 09:34 PM
Bukan... budak yg dalam iklan maggie tu lain... yg tu dah besar...

Aah la mcm rupe bdk megi tu. Tp bdk tu da besar. Part nata besar n petah tu same je ngn aara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dh mcm cucu
comel anak dia.. ni ank gn bini skrg eh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mewarisi bakat seni .. comey je buat tutorial dgn slang omputih dia tu..keletah! Maknya pun cantik kan..anaknya cantik jugak.
Budak2 mmg suka mekap.. anak i yg tadika tu pun pantang nampak mekap mak ..siap bukak youtube tengok tutorial mekap.. lps tu dok pakai nail polish..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 aziz y lain2 pon semua sayang kat dia ni kan.. sonoknya tgk.. xde beza2
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 08:26 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 28-8-2015 01:43 AM
dh mcm cucu
comel anak dia.. ni ank gn bini skrg eh

yep, anak dgn bini skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.169222 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list