CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

(GAMES) MARI SAMBUNG CERITA - TAMAT KISAH 1 (PAGE 10). BOLEH MULA CERITA BARU

[Copy link]
Post time 2-9-2015 08:27 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-9-2015 02:55 AM
hahahha....aku dah keliru
dan satu lagi..
rupanya Xain tu betina ek?

salah lagi....Xain tu jantan. Nike tu betina...

Nike tulah Tok Ki....kucen kesayangan Azam. Xain pulak kucen yg salu duk ngendeng Qaseh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 08:34 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 2-9-2015 07:27 AM
salah lagi....Xain tu jantan. Nike tu betina...

Nike tulah Tok Ki....kucen kesayangan Azam. Xai ...

hahaha..anggaplah itu Xain, kucing Qaseh yang bertarung dengan General..kira Nike aka Tok Ki tu..belum muncul lagi..


sambung beng!

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-9-2015 07:55 AM
hahahha....aku dah keliru
dan satu lagi..
rupanya Xain tu betina ek?

Yg tu betul. Xain jantan. Nike betina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 10:44 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 1-9-2015 09:32 PM
XAIN menumpukan tenaganya sepenuh perhatian. Dia akan melakukan trasformasi sepenuhnya dan bukan sep ...

Kaset? Walkman?

Zaman ni paling tidak pun MP3 player Xain oit.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 10:46 AM | Show all posts
Qaseh menghembus nafas. Perlahan-lahan, dia membuka mata. Nafasnya tertahan-tahan. Suasana hutan kelam dan suram terpampang. Gangguan itu datang lagi. Hadir dalam bentuk mimpi yang pelik dan menakutkan. Terasa ingin menjerit sekuat hati namun suaranya bagai tersangkut di anak tekak. Tidak tahu, makhluk apa lagi yang dia akan jumpa kali ini.

“Huarrggghhh!”

“Hiyaarrrgghhhh!”

Terdengar jelas bunyi itu di telinga. Antara keliru dan ingin tahu, Qaseh mengumpul segala kekuatan diri lalu bangkit berdiri.

Ternganga. Biji mata terbuntang. Hampir Qaseh tidak bernafas. Memang dia kerapkali bermimpikan makhluk-makhluk pelik cuba mencederakannya. Tetapi yang ini, kepelikannya melebihi jangkauan akal.

Super Saiya?!!!

Dia terus terpaku. Dua makhluk seumpama Super Saiya itu sedang bertarung antara satu sama lain. Tidak jauh di sebelah barat, kelihatan seseorang berpakaian hitam sedang turut memerhatikan pertarungan ini dengan wajah bengis.

“BBbbrbrrrrrr…..bbbrrrrrr….”

Suara kecil kedengaran ditepinya. Qaseh memandang ke bawah. Seorang pemuda sedang menggeletar tak tentu arah. Tampak benar pemuda itu sedang ketakutan.

“Tolong aku!”

Qaseh terasa tangannya ditarik sekuat hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 10:56 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 2-9-2015 10:46 AM
Qaseh menghembus nafas. Perlahan-lahan, dia membuka mata. Nafasnya tertahan-tahan. Suasana hutan kel ...

geng kaki komik jugak ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-9-2015 11:04 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 1-9-2015 09:32 PM
XAIN menumpukan tenaganya sepenuh perhatian. Dia akan melakukan trasformasi sepenuhnya dan bukan sep ...

Hang pernah baca novel Santet?

Scene yang ini, teringat satu scene dalam Santet. AC dgn DC pasang lagu AC/DC untuk menaikkan semangat lintah



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 11:07 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 2-9-2015 10:56 AM
geng kaki komik jugak ni...

Dululah... masa muda-muda . Koleksi lengkap Dragon Ballz edisi 1 - 43 masih tersimpan kemas di bawah katil, di kampung.

Dah tua-tua ni, takdan nak beli komik dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 11:22 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 2-9-2015 11:07 AM
Dululah... masa muda-muda . Koleksi lengkap Dragon Ballz edisi 1 - 43 masih tersimpan kemas di b ...

dasatttttttt.... adik aku dulu kumpul komik pedang satria ke apa ntah..
pastu xtau campak pi mana..
yang ada kat umah aku skang ni penyiasat remaja kindaichi..conan.. doremon
dan koleksi adik aku sorang lagik KREKO!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 11:37 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 2-9-2015 11:22 AM
dasatttttttt.... adik aku dulu kumpul komik pedang satria ke apa ntah..
pastu xtau campak pi mana ...

Pedang Setiawan?
Ada satu watak dalam komik ni nama Nie Feng. Aku sampai jatuh chenta dengan beliau

Well, those were the days....

Haih. Terasa makin tua diri ini....

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 11:43 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 2-9-2015 11:37 AM
Pedang Setiawan?  
Ada satu watak dalam komik ni nama Nie Feng. Aku sampai jatuh chenta dengan  ...

ye kot.. zaman2 super saiya.. dok beli patung dragon ball apa segala..
aku dok minat laa komik serupa itu..
aku suka yg mcm conan, penyiasat remaja.. anything ala2 csi laa..

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:30 AM | Show all posts
Edited by kambeng_masam at 3-9-2015 05:42 AM

"HuarghhhhhhhhH!!!!!" bergemalah tempikan dari kerongkong Xain tatkala terpancar sinaran kekuningan daripada seluruh tubuhnya mencapai hikmat Super Kucing Terulung. Qaseh yang berada tidak jauh dari situ juga sudah tidak dipedulikannya. Dia bagaikan makhluk yang lain, bukan kucing, bukan manusia mahupun unta. Sepertinya mahkluk yang sudah hilang akal fikiran, mengamuk dan menghempas-hempaskan badannya ke tanah bagai ular dipalu.

Namun suasana menjadi anehnya sesudah beberapa ketika, tatkala segalanya menjadi tenang, Xain perlahan-lahan bangkit. Riak wajahnya yang sebersih permukaan skrin laptop penulis kini mempamerkan gigi seraya tersenyum sinis. Cahaya kekuningan masih menyelubungi seluruh tubuhnya yang kini mulai melangkah perlahan mendapatkan General. Bagaikan sudah reda, wajahnya turut tenang bagaikan kelegaan sesudah keluar dari tandas akibat cirit yang maha hebatlah adanya.

General yang pada awalnya tidak mengendahkan Xain kini mulai merasakan seolah-olah ada rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya. Dia berasa tidak selesa dengan perubahan Xain itu.

"Hoi! Kau jangan bergerak! Kalau bergerak juga nanti aku...nanti aku...geget dan cakar-cakar badan kau!" Semakin khuatirlah akan sang General apabila Xain yang sudah berubah lakunya semakin rapat melangkah namun dia memberanikan diri memberi amaran terakhir yang pertama. Sinar cahaya kekuningan pada badan General yang tadinya gemilang terang kini sedikit pudar.

General terus memulakan langkah dengan melompat tinggi ingin menerkam Xain laksana singa yang menerjah keluar dari semak menyerang kuda belang bernama Marty di Madagascar. Tumitnya terjulur terarah ke dada Xain bagaikan jurus Tendangan Padu Maut™ milik Kamen Rider si manusia belalang dari Taman Belalangville. Namun belum sempat kakinya menerjah menuju ke dada, Xain sudah hilang dari pandangannya. Qaseh yang melihat dari  jauh juga tidak dapat melihat kemanakah perginya lelaki pelik beraura keemasan yang tersenyum sinis itu tadi. General terjelepuk tergolek bagaikan anjing panas di dalam kuali lantaran tendangannya hanya menerobos merempuhi angin. Dia bingkas bangkit terpinga-pinga kemanakah perginya Xain. Sekonyong-konyong terterpalah dia ke hadapan hampir terjatuh apabila Xain muncul dari belakangnya. Seolah makhluk halimunan pulalah dia. Baru sahaja General hendak membalas, sekali lagi Xain hilang dari pandangan malah serentak dengan itu kali ini muka General yang sudah sedia comot menjadi penyek apabila dengan tiba-tiba muncul penumbuk Xain di pipi kirinya.

Tidak diketahui dari manakah datangnya Xain tiba-tiba sahaja muncul dan memukul-mukul General itu berkali-kali. Hilang, dan muncul. Hilang lagi dan muncul. Setiap kali kemunculan Xain daripada ghaib, bertalu-talulah General terasa badannya dipukul dipalu.

Lembaga berpakaian hitam yang berada di sebelah barat pertempuran berat sebelah itu tidak berganjak. Dia hanya memerhatikan dari jauh. Ingin mengukur sehebat manakah Xain yang dikatakan pejuang kucing yang semakin mendapat nama di Koloni Meowville. Cermin mata berteknologi tinggi yang dipakainya kini memaparkan angka-angka yang semakin meningkat. Daripada 2000MM secara mendadak menjadi 30,000MM dalam sekelip mata. Angka-angka itu adalah merujuk kepada ukuran kuasa dalaman yang mampu dilepaskan oleh seseorang Meowman.

"Hmfhhh...boleh tahannn...meoww" lembaga itu mengeluarkan suara wanita. Jari-jari tangannya mengeluarkan kuku-kuku yang tajam persis kucing.

"Nampaknya budak mentah ini sudah mampu menguasai Ilmu Sejenak" lembaga itu mengomel seraya melepaskan tudung yang menutupi kepalanya. Terserlahlah wajah putih pucat seorang wanita yang masih muda. Bibirnya yang bergincukan merah gelap menampakkan perbezaan yang ketara dengan kulit wajahnya yang licin dan putih serlah bagaikan disapu bedak Dodo Palgantong sekati. Dia mulai melangkah perlahan menuju ke hadapan mendekati pertaurngan Xain dan General. Dia mampu melihat Xain yang dikatakan ghaib itu sebenarnya sedang bergerak laju mengelilingi General yang terkontang-kanting. Sungguhlah laju pergerakan Xain sehingga tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia biasa.

"Jangan campuri urusan Nyaeng Ratu Neng wahai Puteri Ipo. Kelak nanti Nyaeng Ratu akan murka. Walaupun puteri adalah cucunya, nanti sakit yang tiba." seekor kucing tidak berbulu berdiri di sebelahnya memberi amaran.


p/s: MM = Mega Meow...ukuran tenaga...seperti horse power.


okay....tetiba je sambung panjang2...hahahaha..dah korang punya turn pulak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:52 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 3-9-2015 10:30 AM
"HuarghhhhhhhhH!!!!!" bergemalah tempikan dari kerongkong Xain tatkala terpancar sinaran kekuningan  ...

errkkkk... ni xain bertukar ala2 pokemon plak ke ni
aku serender bab2 lawan2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:41 PM | Show all posts
Azam masih lagi terpaku di balik banir pokok yang besar itu. Bermacam rasa dirasakan ketika ini. Takut, terkejut, teruja semua ada. Takut sebab tak mahu nyawa melayang dalam pertempuran yang entah siapa lawan siapa kawan ini. Terkejut sebab masih terkejut bagaimana dia boleh berada di dunia pelik ini, walhal sebentar tadi dia sedang bertentang mata dengan Nike. TEruja sebab selalunya pertarungan seumpama hanya dilihat melalui kaca tv atau melalui komik-komik sahaja. Dalam takut-takut, jika difikirkan kembali, syok juga dapat tengok 'live' depan mata. Kesejukan mula terasa hingga ke tulang hitam. Tubuh badannya mula menggigil dengan kuat.

Genggaman tangannya dieratkan. Pandangannya terus fokus ke arah pertarungan ala-ala cerita Naruta-san itu. Tidak disedari tangannya sedang elok menggenggam erat tangan Qaseh yang entah dari mana tiba-tiba memunculkan diri di sisinya. Azam masih tidak menyedari akan kehadiran Qaseh.

Qaseh terpaku di situ. Tidak pasti apa yang harus dilakukan. Tangan Azam tiba-tiba menggenggam erat tangannya. Bunyi dentuman yang kuat mengejutkan Qaseh. Bulat matanya melihat kejadian di depan mata. Badannya menggeletar, dan tidak semena-mena dia merasa tubuhnya longlai. Dia teringat akan mimpi-mimpi ngerinya sebelum ini.

Ya! TEmpat ini ada tempat yang seringkali muncul di dalam mimpinya itu. Adakah aku bermimpi lagi? Katakan ini hanya mimpi!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:17 PM | Show all posts
AZAM menoleh kali ke dua kepada Qaseh. Entah mengapa hatinya tiba-tiba terusik. Anak matanya tidak lepas dari memandang wajah yang hampir seiras Kim Tae-hee tapi dalam versi bertudung. Pandangannya terpaku melihat kecantikan dan kelembutan wajah gadis sunti itu. Hatinya dihentak kuat bagaikan ada seorang kerdil memukulnya dari dalam. Azam menelan air liur, pertama kali dia memerhati lama dan teliti seorang gadis. Pegangan tangannya tidak dilepaskan, malah semakin erat. Kelembutan tangan itu betul-betul buat dia cair bagai ketulan ais di gurun sahara. Serta merta lagu 'Cinta Abadi' nyayian Blackrose yang popular sekitar tahun 80an menerjah hati dan benaknya. Damn! Aku dah jatuh cinta!

Dilihatnya Qaseh masih seperti tadi. Masih ralit melihat pertarungan 2 makhluk yang sudah tak jelas kemanusiaannya. Azam berdoa agar Qaseh terus melihat ke depan tanpa menoleh ke arahnya. Sekurang-kurangnya dia dapat menikmati wajah itu barang seminit dua lagi. Azam masih tidak jemu, dia terpaku sebenarnya. Bagaikan leher yang dikejangkan, dia berharap dia dapat menikmati saat-saat indah ini buat selama-lamanya.

Qaseh menggengam erat tangan Azam tanpa sedar yang dia diperhatikan. Kecil sahaja tangan gadis itu jika dibandingkan dengan tangan Azam. Dia juga rasa sesuatu tapi sengaja dia tidak mengendahkannya. Walaupun begitu, dia malu sebenarnya kerana ini kali pertama seorang lelaki memegang tangannya. Kerana terlalu takut, dia tak mahu melepaskan tangan itu. Dirasanya bagai selamat jika dipimpin begitu. Qaseh mengetab bibir. Hatinya berdebar kencang. Dalam kekalutan pertarungan, dia menoleh ke arah empunya tangan. Mata bundarnya bertaut dengan mata segak Azam. Seperti ada arus elektrik yang mengalir, mereka terpaku bersama. Qaseh terpegun dengan lelaki dihadapannya itu. Terasa lelaki itu cukup macho di matanya. Lagu duet 'Senja Nan Merah' bergema di hatinya. Ah! Perasaan apakah ini???

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 02:20 PM | Show all posts
"Hoi! Aku tengah fight habis-habisan ni, korang boleh bercinta pulak kat sana?!!!" Xain menjerit lantang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 02:58 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-9-2015 02:20 PM
"Hoi! Aku tengah fight habis-habisan ni, korang boleh bercinta pulak kat sana?!!!" Xain menjerit lan ...

Ada jugak kuar lagu kuch kuch hotak hey kat situ kang..



Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:44 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-9-2015 09:20 AM
"Hoi! Aku tengah fight habis-habisan ni, korang boleh bercinta pulak kat sana?!!!" Xain menjerit lan ...

kahkahkah...tulah kan? bila buat citer sambung2 camni menarik jugak. Buleh nampak gaya menulis memasing. Yang mana style action...dengan adegan berlawan dan aksinya...yang mana style misteri dengan saspen thrillernya....yang mana style jiwang menulis style aku hidup dalam bluesnya. Tunggu LGBT/18sg dan unsur tahyul mana ni tak mai2 lagih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 09:41 PM | Show all posts
“Pppsssttt.... ppssstttt. Hoi...hoi. Korang...ppsssttt....” Berkali-kali Nike memanggil Qaseh dan Azam. Tetapi, nampaknya mereka seperti terpaku memandang antara satu sama lain.

“Azam..hoi.”

“Qaseh... oooo Qaseh...”

Tiada siapa yang mengendahkan suara itu. Mereka sebenarnya langsung tidak menyedari bahawa nama mereka diseru. Malah, pertarungan hebat yang berlaku diantara Xain dan General juga sudah tidak mampu mengalihkan perhatian. Tautan pandang seakan terkunci seeratnya.

“Aduyaaiii...” Nike merengus. Dahi ditepuk dua, tiga kali. Rasa terbejat otaknya ketika ini. Masakan tidak? Dia sedang merisaukan Xain yang sedang bertarung dengan General. Ikutkan hati, dia mahu turut serta membantu Xain. Dalam masa yang sama, keselamatan penjaga Permata Indera itu juga perlu diutama.  

Tapi, masalahnya, Qaseh dan Azam seolah-olah dipukau. Kuasa apa yang mempengaruhi keduanya? Nike tergeleng-geleng. Dahi berkerut.

“Ambillah kesempatan ini. Bawa mereka pulang ke alam nyata. Bangunkan mereka dari mimpi...” Terdengar suara itu ditelinga.

“Pahlawan Warrior?” Nike berbisik sendiri.

“Lekas. Sebelum Ratu Neng dan orang-orangnya sedar.”

“Bagaimana dengan Xain?”

“Usah kau risau tentang itu. Xain pasti selamat.”

Jaminan dari Pahlawan Warrior memberi sedikit kelegaan pada Nike. Segera, dia menghampiri Qaseh dan Azam. Mentera dibaca perlahan lalu ditiupkan kepada keduanya.

“Pulanglah segera.”

Serentak dengan itu, Qaseh dan Azam rebah, langsung tidak sedarkan diri.


-------------------

Okay, aku hantar Qaseh dengan Azam 'balik' dulu. Sila yang lain-lain, boleh sambung part gaduh ka... apa ka...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-9-2015 04:41 PM
“Pppsssttt.... ppssstttt. Hoi...hoi. Korang...ppsssttt....” Berkali-kali Nike memanggil Qaseh dan  ...

part yg ko tulis ni bagaikan Nike nak cakap "Oii, Azam, Qaseh....get a room la!"




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.467109 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list