CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18180|Reply: 323

[Tempatan] Belia Cina digalak sertai TLDM

[Copy link]
Post time 21-8-2015 09:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Belia kaum Cina digesa menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi meningkatkan peratusan kaum berkenaan dalam pasukan tersebut yang masih rendah pada masa ini.

Ketua Pemuda MCA, Choong Sin Woon berkata lebih banyak belia kaum itu perlu menyertai pasukan tersebut, bukan sahaja sebagai sumber pendapatan semata-mata, malah bagi menunjukkan sikap patriotisme untuk bersama-sama menjaga keamanan negara.

Beliau berkata selain masa depan yang cerah, kerjaya itu juga menjanjikan banyak kelebihan antaranya peluang untuk menerokai dunia luar.

"Kekuatan tentera laut pada masa ini sebanyak 15,208 orang dan daripada jumlah itu, hanya 50 orang atau 0.003 peratus terdiri daripada kaum Cina. Jumlah ini sangat rendah, tidak sampai 0.1 peratus.

"Bagi peringkat pegawai pula, daripada 2,338 orang secara keseluruhan, hanya 57 daripadanya masyarakat Cina iaitu 20 peratus," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ia bukan sahaja tentang gaji, tetapi satu tanggungjawab membanggakan untuk mempertahankan kedaulatan negara memandangkan Malaysia memiliki pantai yang panjang, kata Choong.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Peperangan TLDM Kapten Chan Peng Cheong berkata TLDM sedang merekrut anggota bagi pangkat Laskar Muda, untuk mereka yang berumur 18 hingga 23 tahun.

Katanya Laskar Muda dengan sekurang-kurangnya kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menikmati gaji bulanan termasuk elaun berjumlah RM1,752 sebulan.

Beliau yang mula menyertai TLDM pada usia 18 tahun, berkata kerjaya TLDM  tetap menjanjikan pendapatan lumayan.

"Saya sudah 16 tahun berkhidmat dengan TLDM. Saya kini seorang Kapten yang menikmati gaji bulanan sebanyak RM8,700 sebulan. Namun bukan itu yang dikejarkan, tetapi lebih kepada semangat untuk mempertahankan negara," katanya.

Kempen 'Join The Navy, See The World' sedang berjalan di seluruh negara dengan proses pemilihan bermula 12 Ogos lepas di Johor, Melaka, Seremban, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Cawangan Pengurusan Sumber Manusia-Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan di talian 03-20713177. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 09:03 AM | Show all posts
tiada sebarang sekatan untuk
cina di malaysia menyertai
institusi militari
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:10 AM | Show all posts
Edited by Tok_Batin at 21-8-2015 09:12 AM

Saya sokong



Dulu PDRM pun ada buat kelonggaran untuk pengambilan khas kaum Cina. Masalah yg dibangkitkan ialah tidak kredit BM dalam SPM. Kelonggaran diberikan ketika pengambilan dengan syarat menduduki peperiksaan ulangan jika diterima.

Semoga lebih ramai Cina masuk militari
http://www.themalaysianinsider.c ... enyertaan-kaum-cina

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu.

Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah dari kaum itu, secara berperingkat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (gambar) berkata PDRM juga berkemungkinan mengkaji semula aspek gaji, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya bagi menarik penyertaan kaum itu.


"Kita sasar penyertaan kira-kira 5,000 orang Cina secara berperingkat sebab kita perlu melihat tentang kapasiti dan juga keperluan kita dalam memberikan latihan-latihan kursus dan latihan asas," katanya selepas tamat Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.zJIiD3Wa.dpuf

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:13 AM | Show all posts
Militari ? Apake rojak. Ptuih
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:19 AM | Show all posts
#h$=== replied at 21-8-2015 09:13 AM
Militari ? Apake rojak. Ptuih

english yang dimelayukan...sama mcm subsidi...xpnah dgr ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:22 AM | Show all posts
Militari tiew untuk persedian bahasa Indon nanti Malaya neh dah nak bergabung dengan Rembhang Indonesia. So, guna bahasa Indhonesia siap2 lar kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2015 09:22 AM | Show all posts
pernah kete aku kena block kat Penang data dua orang polis trafik pi saman kete yang block aku tu. Polis tu sorang cina, sorang india.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak pernah jumpa bangsa yenna pangkat rendah ATM / Pulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 09:31 AM | Show all posts
kentel replied at 21-8-2015 09:19 AM
english yang dimelayukan...sama mcm subsidi...xpnah dgr ke?

Sebut saja tentera..
Lain la kalo subsidi.Tak pernah ada istilah dalam bahasa melayu

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:33 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 21-8-2015 09:22 AM
Militari tiew untuk persedian bahasa Indon nanti Malaya neh dah nak bergabung dengan Rembhang Indone ...

Indon gampang jer sebut militer.


militeŕrrrrrrrrrrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:37 PM | Show all posts
ala i pnh p ..depa buat mcm exam..i sungguh2 jawab semua soalan...budak sebelah aku asyik duk pandang aku..dia kata tk tau nk jawab..aku kesian..bg je jawapan aku kat dia ...last2 dia dpt ..aku tak dipilih..aku dah la mai dr utara naik bas..and depa nak spm ja..time tu aku ada diploma lg..aku tanya sorang wanita yg bg markah utk paper tu..knpa tk dipilih..lgpun i yakin i jawab dengan betul..paling terukpun aku bole dpt 80...wanita tu kata..adik jgn marah..sbnrnya kebnyakkan mereka ni dah dipilih awal..kalau kami nk bg markah...mmg tk sempat..ambik 3 hrpun tk sempat nk periksa semua..sbb ramai sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
50/15209 = 0.33% la .... bahlol punyer menteri BN
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
abam Cina badan lawa pakai uniform. harusla merembes
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlaa kurang cina pun... gigih nk mencinakan semua.. puih laa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
It is all about wages. U pay peanut u get..?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
...kenapa takde satu pun kapal TLdm yang pakai nama cina lahnat??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2015 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
@clarizsa
...sebabnya kalau nak harapkan mulayu aje jaga keselamatan habis kapal TLdm.terbakar, injin TUdm abis melayang ke Uruguai, MH370 patah balik dlm radar sekadar ditengok saja..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat2 keramat para macai Pprt tak sekolah:
- Cina tak patriotik
- Cina nak kuasai Muleysia
- Cina taknak gaji rendah askar
- Cina taknak pangkat rendah
- Cina tak boleh dipurcaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 09:40 AM | Show all posts
dizek replied at 21-8-2015 09:03 AM
tiada sebarang sekatan untuk
cina di malaysia menyertai
institusi militari

mana boleh? nanti cina belot masa perang........ hahahaha   
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 09:42 AM | Show all posts
#h$=== replied at 21-8-2015 09:31 AM
Sebut saja tentera..
Lain la kalo subsidi.Tak pernah ada istilah dalam bahasa melayu

guna perajurit....... bunyi lebih gagah perkasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071871 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list