View: 5651|Reply: 59
|
[Jenayah]
Ambil Wuduk,Baca Yassin Dan Mengail Di Surau!
[Copy link]
|
|
Suspek dikerumuni orang ramai yang menangkapnya ketika cuba mencuri di Masjid Melawi, Bachok semalam.
BACHOK - Kelicikan sepasang suami isteri yang menjalankan aktiviti mencuri duit tabung masjid sejak beberapa bulan lalu akhirnya tumpas apabila mereka ditangkap penduduk ketika kembali untuk 'mengail' duit, semalam.
Pasangan ini dicekup di Masjid Mukim Melawi, dekat sini, sekitar jam 6 petang.
Modus operandi mereka membawa bersama tiga anak berusia setahun hingga enam tahun ke masjid untuk mengaburi mata jemaah.
Pasangan berusia 30-an itu sebelum ini berpura-pura alim singgah ke masjid menaiki motosikal sebelum berwuduk, solat dan membaca yasin.
Penghulu Mukim Melawi, Mat Lazim Mat Ya, berkata, kegiatan pasangan itu dikesan penduduk sejak Mei lalu apabila perbuatan mereka berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di dalam masjid berkenaan.
Menurut Mat Lazim, pasangan ini dipercayai telah melakukan kegiatan mencuri di masjid berkenaan lebih lima kali.
“Mereka berlagak alim dengan memakai sedang jubah, singgah wuduk, solat dan berpura-pura membaca Yasin bagi mengaburi mata jemaah sebelum bertindak mencuri tabung masjid ketika orang tak ada.
“Rakaman menunjukkan mereka mengail sebanyak mungkin duit daripada tabung sehinggalah ada orang masuk ke masjid dan pernah sehingga salah seorang daripada anak mereka tertidur kerana menunggu terlalu lama,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, pagi tadi.
Menurutnya, rakaman juga menunjukkan suami isteri itu ‘mengail’ duit dalam tabung menggunakan peralatan khas dan gam tikus yang dibawa bersama, manakala anak-anak mereka pula bertindak sebagai pengawal kawasan untuk memaklumkan jika ada orang masuk ke dalam masjid.
Mat Lazim berkata, semalam apabila penduduk melihat suspek ke masjid menaiki motosikal, mereka segera menangkap suspek sebelum menunjukkan rakaman CCTV yang menyebabkan suspek mengaku jenayah yang dilakukan.
Katanya, suspek yang berasal daripada Kuala Krai dan menyewa di Bachok mengaku menjalankan kegiatan mencuri selepas waktu Asar kerana ketika itu masjid agak lengang.
Beliau berkata, selepas panik diserbu penduduk, isteri suspek juga dipercayai menyorokkan gam tikus yang dibawa ke dalam kain telekung wanita.
"Bau kuat gam itu dikesan seorang jemaah wanita yang mahu menunaikan solat Maghrib semalam. Dia menjumpai gam itu berbalut dalam kain telekung dan menyerahkannya kepada ahli jawatankuasa masjid.
"Namun, kami tak buat laporan polis kerana mereka ditangkap sebelum sempat mencuri. Kami yakin dengan kejadian ini mereka tidak akan berani lagi mencuri di masjid. Lagipun, penduduk kini semakin berwaspada dengan kegiatan mencuri di sekitar kampung ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad memaklumkan tiada laporan polis dibuat penduduk mengenai kejadian itu.
Namun, suspek ditahan untuk siasatan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menyimpan motosikal curi.
Sabit kesalahan, OKT (orang kena tangkap) boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun penjara.
Bagaimanapun, isteri dan anak- anak suspek dibebaskan.
[url=]http://www.sinarharian.com.my/semasa/belum-sempat-kail-duit-suami-isteri-kena-cekup-1.420784
[/url] |
|
|
|
|
|
|
|
ingat mengail apa ler tadi ...
mengail duit ghupernya |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas bebas ni.......depa buat lg....... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nasib anak2 diorg. Apa pilihan yg diorg ada? Nk tk nak trpksa la hadap sikap mak ayah mcmtu. Dan yg plg malang bila xde bimbingan sewajarnya utk anak2 itu membesar menjadi org yg berguna. Bila dh besar, kawen..mcne nk lead keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Mencuri satu hal..bawak anak bagi free lesson lagi...
kenapa ko dijadikan tuhan sebagai manusia? |
|
|
|
|
|
|
|
Menggiurkan sangat tabung tu sebab sarat dengan duit. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana la non muslim nak respect....ni kira mencuri secara berjemaah la ni...bapak ni silap tafsir makna imam ke...org suh jadi imam tuk solat bukan tuk mencuri... |
|
|
|
|
|
|
|
pemalas nya laki ko...
diajak plk mencuri anak branak |
|
|
|
|
|
|
|
Family pengail tabung sejid ghupernya
Ni seb bek ada skali bini dgn anak2nya. kalau tidak mau bertabur gg kna belasah. Apsal ko x bwk skali mak ayah, org2 kg mengail ha |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya kat anak3 tu....kecik-kecik dah di ajar yang bukan-bukan....huhuhuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak patut tunjuk contoh terbaik pada anak2..ni diajar benda tak senonoh |
|
|
|
|
|
|
|
walaupon susah, jangan la sampai mencuri duit tabung masjid. Nak kena sambar petir ke????
Tunjuk pulak kat anak2. Kang besar, lagi terok budak-budak ni buat. |
|
|
|
|
|
|
|
ai kesian kt bebudak tuh dpt parent camni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak dapat rezeki anak-anak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tak kut...nasib dia anak2 sama dgn nasib anak2 orang tua lu kut..
|
|
|
|
|
|
|
|
mengail di darat rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
penting sangat ka non muslim punyer respect...??
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian anak2 dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
kann
nnt dah bessar budak2 tu jadi perampok plak
sbb kecik2 dah diajar
apa punya makbapak la mcm ni
klu diorg je buat jahat takpe lg
ni dengan budak2 tu dihangkut skali
|
|
|
|
|
|
|
| |
|