CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2755|Reply: 2

60 Petua Mendapatkan Pasangan petua dapat jodoh

[Copy link]
Post time 17-8-2015 09:43 AM | Show all posts |Read mode


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan  yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang  bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita  wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai  dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat  di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua  perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati  dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan  orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar anda  dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang,  ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.


8. Orang yang sedang mencari pasangan  harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila  masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik  setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah  pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan  pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.


10. Buka hati dan minda anda untuk  menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah  datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata lalu  turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal  pasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui  fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan  dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang dan  patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara  yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal  pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan  memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan  mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan  yang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra dan  bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan  bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai  apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan  sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra  seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman  dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


18. Makin mudah kita menceritakan hal  peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia  menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita  pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang  lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang.  Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh  menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.  Justeru buang semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual mahal  terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang  anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik  kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih  dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.


23. Orang perempuan mudah tertarik  kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan  kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau  kedekut.


24. Orang lelaki perlu belajar mengenal  kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,  kesukaan dan kebenciannya.


25. Elakkan memberi tumpuan kepada  kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan  sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


27. Orang mudah tertawan kepada bakal  pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat.  Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan  menyesakkan.


28. Orang mudah tertarik kepada bakal  pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan  melengkapkan sikap dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat dengan  bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti  yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan dengan  berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu  kegiatan secara bersama.


31. Orang mudah tertawan kepada bakal  pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti  kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan  hobi.


32. Dua orang yang amat banyak  perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau  dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong  atau suka ramai anak.


33. Tindakan yang serentak akan menarik  bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak  angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.


34. Tawan hati bakal pasangan dengan  pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa –  sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.


35. Dua insan mudah serasi jika  mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban,  kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.


36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai  oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal  pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan  kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.


37. Semua orang mencari cinta sejati  tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda  mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.


38. Bakal pasangan akan tertawan kepada  anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang  semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.


39. Keikhlasan amat penting dalam  memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia  akan terus menjauhkan diri daripada kita.


40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas  bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian  daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian  daripada kawan lama.


41. Ulang sebut perkataan, ayat atau  slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa  istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.


42. Kenalpasti keistimewaan bakal  pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini  dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.


43. Untuk bakal pasangan yang popular  dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya.  Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan  dihargai.


44. Beri penghargaan serta merta kepada  setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan  melembutkan hatinya terhadap anda.


45. Jika bakal pasangan memuji anda,  pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan  bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau  ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab  keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.


47. Ramai pasangan sengsara bila isteri  terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal  pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodoh  sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan  bentuk  keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi  menyerlahkan kecantikan anda.


49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki  yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita,  berani dan yakin diri.


50. Untuk jadi lebih menawan,  berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran  komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.


51. Lelaki harus mempamerkan sifat  kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya  seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak  batin.


52. Perempuan harus mempamerkan sifat  kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki
seperti minat dalam  politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak  tapi, jangan terlalu bijak.


53. Untuk menambat hati wanita, kerap  bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,  kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.


54. Sebelum benar-benar rapat, orang  perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai  perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.


55. Orang lelaki amat pantang bila  bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan  lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.


56. Orang perempuan mudah tertawan  kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan,  bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap  wanita.


57. Bila bercakap dengan lelaki, orang  perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas.  Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh  minat lelaki terhadapnya.


58. Jika orang perempuan marah,  pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan  teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah  sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada  perasaannya.


59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak  tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang  tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.


60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap  secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering  bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.




-pakarcinta



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 12:45 PM | Show all posts
mcm pernah baca dlm buku motivasi dr fadzilah kamsah, hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.095160 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list