CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2600|Reply: 6

[Tempatan] Tiada keperluan untuk menambat ringgit ketika ini - Zeti

 Close [Copy link]
Post time 13-8-2015 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Tiada keperluan untuk menambat ringgit ketika ini - Zeti
Najib Arof, Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 13, 2015 14:38 MYT


ZETI: Malaysia mempunyai regim tukaran asing yang fleksibel bagi memudahkan penyelarasan ekonomi mengikut perubahan global.


                            KUALA LUMPUR: Bank Negara tidak akan menambat nilai ringgit seperti yang pernah dilakukan sewaktu krisis kewangan Asia 1997/98 yang lalu.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata ini kerana Malaysia mempunyai regim tukaran asing yang fleksibel bagi memudahkan penyelarasan ekonomi mengikut perubahan global.

“Sekiranya tukaran asing tidak fleksibel, Malaysia akan terjejas teruk sekiranya berlaku kejutan luaran,” katanya kepada pemberita pada pengumuman KDNK suku kedua di ibu negara hari ini.

Dr Zeti berkata, fokus kini adalah meningkatkan eksport yang sepatutnya menikmati kesan positif ekoran kelemahan ringgit sekaligus memberikan lebihan akaun semasa kepada ekonomi yang menjadi antara faktor terpenting.

“Jika kita berada dalam defisit akaun semasa, tekanan adalah lagi besar,” katanya.

Tambah Zeti, Malaysia sudah mempelbagaikan sumber pendapatan negara untuk tidak terlalu bergantung kepada kepada hasil minyak dan gas.

“80 peratus sumbangan adalah perkhidmatan dan ini akan terus menyokong ekonomi,” tambah Zeti.

Tambahnya Malaysia mempunyai asas ekonomi kukuh hasil langkah yang dijalankan selama ini termasuk mempunyai simpanan rizab mencukupi bagi berdepan persekitaran tidak menentu.

“Sudah tentu rizab menurun apabila kita sokong ringgit namun kita kembali berusaha meningkatkan jumlah rizab, dan ia dilakukan sejak krisis 1998," katanya lagi.

Malaysia juga mempunyai sistem kewangan yang kukuh termasuk pengantaraan wang yang kukuh untuk menyokong aktiviti ekonomi termasuk akses luas kepada pembiayaan perniagaan.
Zeti yakin, kelemahan ringgit yang disebabkan faktor sentimen domestik dan luaran hanya sementara seperti yang pernah disaksikan sewaktu Amerika Syarikat mengumumkan penghentian program pembelian bon.

“Saya percaya sekiranya persekitaran luaran bertambah baik dan isu domestik diselesaikan, nilai ringgit akan kukuh berdasarkan asas ekonomi,” katanya.                                                
                    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 04:17 PM | Show all posts
tak perlu menambat sebab ada cara lain nak betulkan ringgit malaysia camtu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 04:18 PM | Show all posts
biozipstar replied at 13-8-2015 04:17 PM
tak perlu menambat sebab ada cara lain nak betulkan ringgit malaysia camtu ke?

cara mcm mana? pulangkan rm2.6b ke arab semula ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
biozipstar replied at 13-8-2015 04:17 PM
tak perlu menambat sebab ada cara lain nak betulkan ringgit malaysia camtu ke?

zeti ni bkn pencacai... so aku yakin apa yg die ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 04:25 PM | Show all posts
maksudnya.. punca utama kejatuhan ringgit bukanllah semata2 najib dan 1 mdb.. ada kaitan dengan USD yg makin kuat dan langkah china yg devalue yuan ..yg mana secara elangsung kena tempias dengan malaysia

http://www.wsj.com/articles/chin ... the-yuan-1439258401

bila dah jadi cam ni.. faktor 1mdb dan najib secara tak lanngsung memberi tekanan kepada investor..

kan zeti ckp faktor luaran dan DOMESTIK..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 09:08 AM | Show all posts
dino replied at 13-8-2015 04:22 PM
zeti ni bkn pencacai... so aku yakin apa yg die ckp...

oh.... tapi ringgit makin teruk... takde ape la yg negara boleh buat ke? risau pulak wey

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2015 09:10 AM | Show all posts
skymania replied at 13-8-2015 04:18 PM
cara mcm mana? pulangkan rm2.6b ke arab semula ker?

kalau guna duit RM2.6bil tu bayar balik hutang malaysia boleh x? kekekekkeee

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.059383 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list