CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2612|Reply: 10

[Dunia] Lelaki Korea bakar diri di Kedutaan Jepun

[Copy link]
Post time 13-8-2015 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki Korea bakar diri di Kedutaan Jepun
13 Ogos 2015


Seorang penunjuk perasaan cuba memadam api semasa seorang lelaki membakar dirinya di luar Kedutaan Jepun di Seoul, semalam. - Foto AFP


SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang lelaki warga emas bertindak membakar dirinya di luar Kedutaan Jepun di Seoul semasa protes menuntut Tokyo mengemukakan permohonan maaf kerana memaksa wanita Korea Selatan bekerja di rumah pelacuran tentera pada era Perang Dunia Kedua.

Insiden berkenaan berlaku dua hari menjelang ulang tahun ke-70 peristiwa berakhirnya penjajahan Jepun ke atas Semenanjung Korea dari 1910-1945, Sabtu ini lapor Reuters .

Difahamkan, protes berkenaan turut disertai kira-kira 2,000 penunjuk perasaan, termasuk 47 wanita yang pernah dijadikan hamba seks oleh tentera Jepun semasa perang.

"Nampaknya lelaki berkenaan berniat untuk membunuh diri memandangkan botol yang dibawa bersamanya dipenuhi petrol," kata jurucakap bomba.

Agensi berita Yonhap berkata, warga emas berkenaan berusia dalam lingkungan 80-an dan berasal dari selatan bandar Gwanju.  

Selepas perang berakhir, Tokyo berulang kali menafikan dakwaan tenteranya menjadikan wanita Korea sebagai hamba seks.

Menurut sejarah, sekitar 200,000 wanita berasal dari Korea, China, Indonesia, Filipina dan Taiwan dipaksa bekerja sebagai hamba seks atas paksaan tentera Jepun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 09:03 AM | Show all posts
Rakyat Merhain kita takde yang nak bakor diri ker...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:14 AM | Show all posts
dh lama berlalu pun.. tp masih pertahankan kebenaran. bagus dia nk pertahankan kebenaran tp kenapa sampai nak bunuh diri?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:40 AM | Show all posts
Hok aloh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:55 AM | Show all posts
buragazz replied at 13-8-2015 09:03 AM
Rakyat Merhain kita takde yang nak bakor diri ker...

aku lg suka klu menteri2 bodoh kita yg bakar diri
aman mesia gitu

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:56 AM | Show all posts
Seorang lelaki warga emas bertindak membakar dirinya di luar Kedutaan Jepun di Seoul semasa protes menuntut Tokyo mengemukakan permohonan maaf kerana memaksa wanita Korea Selatan bekerja di rumah pelacuran tentera pada era Perang Dunia Kedua.

Peristiwa tu dh lama berlalu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2015 10:17 AM | Show all posts
musangcomel replied at 13-8-2015 09:55 AM
aku lg suka klu menteri2 bodoh kita yg bakar diri
aman mesia gitu

Aku sokong 200%
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:00 AM | Show all posts
atok tu bukan tgh buat kuasa super saiya kn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2015 08:44 PM | Show all posts
musangcomel replied at 13-8-2015 09:55 AM
aku lg suka klu menteri2 bodoh kita yg bakar diri
aman mesia gitu

ye jugak.. buat live sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 11:24 PM | Show all posts
salah satu kekejaman tentera Jepun le ni... tangkap dan culik gadis2 berkulit cerah, letak dua tiga org dlm setiap rumah kecil sbg stesen utk memuaskan napsu berpuluh2 tentera Jepun sehari. Ada yg mati, ada yg kena STDS dan ada yg jd mandul.
Negara Jepun spt biasa, menafikan kewujudan comfort women paksaan. Tambahan pula ada golongan apologists tentera Jepun yg tuduh pompuan2 Korea yg masih hidup nih penipu besar dan mata duitan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya semua org tahu tentang kekejaman tentera Jepun ketika jd penjajah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.424487 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list