CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1220|Reply: 4

[Tempatan] Derma/Dana Asing Untuk Parti Politik - Boleh Atau Tidak ?

[Copy link]
Post time 6-8-2015 10:07 AM | Show all posts |Read mode

Sebelum ini ramai yang membantah mengenai penerimaan dana asing untuk parti politik atau NGO2 malah kebanyakkan bantahan ini datang dari pihak Kerajaan dan para penyokong Kerajaan atas alasan keselamatan dan tidak mahu dipengaruhi unsur asing, tak mahu jadi boneka asing bla bla bla

Tapi sekarang ni sudah terbongkar dan dibuktikan oleh SPRM bahawa presiden parti yang mewakili kerajaan telah menerima derma dari pihak asing sebanyak RM2.6 billion

yang menariknya penerimaan derma asing tersebut telah dipertahankan oleh segelintir pemimpin kerajaan sendiri, apa sudah jadi dengan pendirian sebelum ini ?

Sekarang ni saya percaya ramai yang nak tahu apakah sekarang ni dana asing sudah sudah boleh dibenarkan untuk menderma/menaja parti-parti politik dalam negara dan NGO2 ?

Mohon pencerahan.


Bank Negara pantau dana asing sabotaj Umno, BN

9 DISEMBER 2012

ACHOK - Bank Negara akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
   
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, sekiranya berlaku, Bank Negara sudah pasti dapat mengesan kegiatan seumpama itu.
   
"Kita akan dedahkan kepada umum supaya rakyat membuat penghakiman," katanya kepada pemberita selepas menemui 100 ulama muda di pejabat Umno Bahagian Bachok di sini hari ini.
   
Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim baru-baru ini dilaporkan berkata, pembangkang mewujudkan dana khas bagi membiayai 'golongan yang kecewa' dalam Umno dan BN untuk mensabotaj parti.
   
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan menegaskan, jika pembangkang diberi mandat memerintah negara, sudah pasti Malaysia akan berada di bawah pengaruh asing.

"Bila kita buat pendedahan, terpulang kepada rakyat sama ada untuk memilih parti yang di bawah telunjuk asing atau parti yang mengamalkan (pentadbiran)mengikut acuan kita sendiri," kata Awang Adek yang juga Ketua Umno Bachok.
   
Beliau berkata, jika didapati kemasukan dana itu boleh mengancam keselamatan negara atau melanggar undang-undang, pihak berkenaan boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
   
Tambah beliau, pihak yang tidak bertanggung jawab itu perlu berfikir panjang kerana risikonya sangat tinggi dalam bentuk balasan daripada rakyat yang tidak mahu negara menjadi boneka asing, selain tindakan undang-undang. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/po ... aj-umno-bn-1.111066


Sekat dana politik asing

2012/04/14 - 06:37:13 AM

SPRM kaji mekanisme elak campur tangan luar

KUALA LUMPUR: Kemasukan dana asing bagi membiayai parti politik akan disekat bagi menyelamatkan negara daripada cubaan pihak luar yang mahu mengambil kesempatan mempengaruhi dan mencampuri urusan pentadbiran negara.

Berikutan itu, kerajaan kini dalam proses merangka mekanisme khusus bagi memastikan matlamat mewujudkan negara maju yang bebas daripada politik wang hasil sumber luaran, termasuk memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengesan kegiatan itu.

Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata langkah itu bertujuan memastikan tiada pembabitan pihak luar dalam politik dalaman negara.

http://www2.bharian.com.my/bhari ... /Article/index_html


Kementerian Kewangan Terima Laporan Kemasukan Dana Asing Biaya PRU-13

BACHOK, 21 April –  Kementerian Kewangan menerima laporan yang boleh dipercayai mengenai terdapat dana asing daripada pelobi Zionis yang cuba mencampuri hal-ehwal politik negara ini, yang disalur kepada pihak tertentu untuk membiayai pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut.

“Ini mungkin disebabkan negara ini memberi sokongan kuat terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak menyenangkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan secara tunai kepada 566 nelayan di sini, Ahad.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, turut berkata pihaknya menerima aduan cubaan menyogok pengundi antara RM200 dan RM300 di Kampung Sungai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok di sini, melibatkan beberapa individu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok itu mendakwa sebelum menyerahkan wang, pengundi yang ditemui dalam lawatan rumah ke rumah itu diminta bersumpah di hadapan surah Yasin supaya mengundi calon tertentu.

Menurut Awang Adek, tindakan serupa dilakukan di DUN Tawang dan tidak menolak kemungkinan ia berlaku di kawasan lain di Kelantan.

Beliau menggesa kegiatan itu dihentikan segera.

Turut hadir calon DUN Jelawat Datuk Dr Ilias Hussin, DUN Perupuk Datuk Zaidi Sidek dan DUN Tawang, Mohd Zain Yassin.

http://www.umno-online.my/2013/0 ... asing-biaya-pru-13/


ARKIB : 27/02/2012

Inisiatif bagi kawal “pembiayaan politik” diperkenal – PM
27/02/2012 6:24pm

PUTRAJAYA 27 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan  memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi  mengawal “pembiayaan politik” demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat  terhadap pertubuhan politik di negara ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap  sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik, sama ada di  peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

"Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk  meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk  kepentingan persendirian,” katanya semasa berucap merasmikan Program Pegawai  Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari  ini.

Najib berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit  penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.

"Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir  tahun kewangan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan  sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi,  manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti  dan seterusnya rakyat. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz3htfMjhBe
©  Utusan Melayu (M) Bhd


Perundangan mengenai dana asing untuk PRU perlu

May 5, 2013, Sunday

Elak pihak asing campuri urusan pemilihan kerajaan: SPR

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencadangkan kepada pihak berkuasa mewujudkan satu perundangan mengenai dana asing yang diterima parti-parti politik di negara ini semasa pilihan raya umum.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan itu bertujuan mengelakkan pihak asing daripada mencampuri urusan pemilihan kerajaan negara ini.

“Kita harus mencontohi negara-negara lain contohnya Afrika. Setiap parti politik yang menerima dana asing harus diisytiharkan mengikut perundangan.

“Ini kerana semasa pilihan raya, sesiapa sahaja boleh menyalurkan dana termasuk pihak asing. Ia mungkin seorang individu yang terkaya dan juga badan-badan asing yang berpengaruh, tetapi kita hendak tahu apa niat mahu menyalurkan dana,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pemerhati antarabangsa di sini semalam.

Katanya, tidak ada pihak memberikan wang (dana) secara percuma begitu sahaja jika tidak ada niat di sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya pasti bahawa kerajaan menyedari akan keperluan mewujudkan perundangan tersebut dan berharap ia dapat dilaksanakan pada pilihan raya umum di masa depan.

“Kadang-kadang kita hairan bagaimana sesebuah parti politik itu boleh mengadakan kempen secara ‘mewah’, guna helikopter ke sana sini.

“Tetapi kita tidak boleh mengatakan sembarangan, biar pihak tertentu ini melakukan tugas tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad sekali lagi mengingatkan para penyokong parti politik agar tidak menghalang pengundi daripada memasuki kawasan pengundian sehingga mereka gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut.

“Terutama berdasarkan rupa paras mereka. Rakyat Malaysia ini berbilang kaum, ada bermacam warna kulit dan rupa.

“Jika mereka layak mengundi, maka jangan halang kerana ianya merupakan satu kesalahan serius,” katanya. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... erlu/#ixzz3hzqtPv9Z
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kl utk umno/bn semua boleh. Buatla apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 12:23 PM | Show all posts
Boleh jer tapi kenalah telus..dan buat ler policy tracking  documented ..takyah hamba-allah segala. Dan takyah nak berahsia sgt siapa pendermanya. Sebab nya, org nak tau siapa penderma bila ada siasatan kes, kalau tak ada issue...............walaupun ada stated penderma nya terang dan nyata..takder siapa yg tau and seakan tulis hamba-allah gek yg derma..so tak faham apa issue DANA politik ni sebenarnyer.

PUnca issue nyer dipertikaikan bukan dana politik tapi...SUmber SEDEKAH or DERMA  berbillion billion ke akaun individu yg di terima oleh dia yg duduk no1 tu jer issue..hehehe buang karen tul

hehe tak faham napa DANA Politik pulak jadi main issue.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2015 08:36 AM | Show all posts
ini senjata dah makan diri sebab cakap tak serupa bikin
perangkap yang dipasang akhirnya jerat kaki sendiri

dulu kemain beria dan bersungguh tak mahu pihak luar bagi derma kpd parti2 politik tempatan sudahnya kini kamu didapati terbukti menerima derma dari pihak asing

malu wooo

nak tanya betul ke derma dari pihak luar itu memang betul2 keluar dari poket mereka hasil penat lelah mereka selama ini ?  
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu bukan ke kecoh DS Anwar dpt wang dari luar utk pembangkang. Kan ker kan kerr..
Sekarang setepek kena kat muka Abam Najib, apa cer plak? Jilatlah balik ludah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.057813 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list